KINABATANGAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersetuju menjadikan cogan kata rasmi Sabah 'Sabah Maju Jaya' (SMJ) sebagai nombor plat khas kenderaan kerajaan Sabah.
Perkara itu diumumkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bahawa SMJ kini bukan saja diiktiraf di peringkat negeri malah di peringkat kerajaan Persekutuan melalui JPJ.
"Baru-baru ini apabila saya berjumpa dengan Pengarah JPJ Sabah, mereka bersetuju supaya plat SMJ dikhaskan untuk kereta kerajaan Sabah.
"JPJ mengkhaskan plat SMJ kepada kerajaan negeri sebagai pengiktirafan bahawa ia adalah satu hala tuju yang baik untuk Sabah," katanya pada Majlis Himpunan Gagasan Rakyat Bahagian Sukau-Lamag di Dataran Pekan Sukau, pada Sabtu.
Menurutnya, inisiatif kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menggunakan SMJ dalam pelan pembangunannya adalah untuk memartabat dan memperkasakan lagi cogan kata Sabah yang sudah wujud sejak awal kemerdekaan negeri ini.
"Inipun SMJ jadi kritikan. Mereka yang dengki dengan kita, mereka yang dulu tiada hala tuju, kerana itu selalu mereka mempunyai fikiran negatif dan cakap SMJ jalan berlubang, SMJ air tiada.
"Inilah yang dilakukan pembangkang hari ini. Ini niat tidak baik dan terlalu negatif kerana bagi kita SMJ adalah cogan kata yang mesti diperkasa dan dimartabat. Tiada orang guna ini sebelum saya tetapi saya guna ini untuk bangunkan Sabah," katanya.
Jelasnya lagi, banyak inisiatif di bawah SMJ yang sudah berjaya dilaksanakan termasuk bantuan kewangan untuk anak-anak Sabah melanjutkan pengajian di peringkat diploma dan ijazah.
"Malah dalam tempoh lebih dua tahun memerintah, kerajaan negeri juga melakar banyak kejayaan dalam aspek ekonomi termasuk berkaitan perjanjian dengan Petronas yang menyaksikan Sabah menerima perkongsian kepentingan dalam beberapa projek syarikat minyak dan gas negara, di Sabah," katanya
Sementara itu, Hajiji yang juga Pengerusi GRS yakin Gagasan Rakyat mempunyai masa depan yang cerah untuk menarik sokongan rakyat di seluruh negeri termasuk di kawasan Lamag dan Sukau.
"Gagasan Rakyat adalah parti tempatan yang kita tubuhkan untuk teruskan perjuangan di Sabah dan ia adalah ahli GRS kerana dalam GRS kita ada tujuh parti yang akan memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat Sabah pada masa akan datang," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jul 08 2023
Hajiji bersama pemimpin parti bergambar bersama ahli dan penyokong Gagasan Rakyat pada Majlis Himpunan Gagasan Rakyat Bahagian Sukau-Lamag di Dataran Pekan Sukau, Kinabatangan. - Foto Sinar Harian
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
JPJ setuju plat 'SMJ' khas untuk kenderaan kerajaan Sabah
Hajiji berkata, SMJ kini bukan saja diiktiraf di peringkat negeri malah di peringkat kerajaan Persekutuan melalui JPJ.