MELAKA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka telah mengenal pasti dan akan mengambil tindakan terhadap pemilik dan pemandu bas dalam rakaman video tular melalui laman sosial yang didapati bergerak secara mengundur di lebuh raya, dipercayai kerana terlepas simpang susur keluar ke Simpang Ampat, Alor Gajah.
Pengarahnya Muhammad Firdaus Sharif berkata JPJ negeri telah menggerakkan pasukan penyiasat daripada Unit Pengurusan Aduan dan Siasatan serta Unit Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA) bagi menyiasat aduan itu dan mendapatkan keterangan daripada pihak syarikat.
"Notis panggilan temu siasat di bawah Seksyen 114 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 telah dikeluarkan kepada pemilik kenderaan berkenaan bagi mengenal pasti butiran pemandu seterusnya melengkapkan siasatan kes itu.
"JPJ juga telah mendapatkan maklumat pihak yang merakam video itu bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut dan mengesan pemilik serta pemandu bas itu semalam," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Terdahulu, dalam rakaman berdurasi 43 saat yang tular sejak semalam menerusi media sosial Facebook akaun Melaka itu memaparkan bas berkenaan mengundur ke belakang sejauh kira-kira satu kilometer.
Mengulas lanjut, Muhammad Firdaus berkata kegagalan mematuhi notis panggilan temu siasat di bawah Seksyen 114 APJ 1987 itu akan menyebabkan pemilik syarikat berhadapan tindakan kompaun dan senarai hitam akan diambil sekiranya gagal membayar kompaun.
Katanya sekiranya didapati bersalah, pemandu berkenaan boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 79(2) APJ 1987, Kaedah 15(d) Kaedah-Kaedah Kenderaan Perkhidmatan Awam 1959 dan Kaedah 53 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.
"JPJ Melaka memandang serius perkara ini dan menasihati semua pemandu kenderaan persendirian, perkhidmatan awam dan perdagangan supaya mematuhi peraturan jalan raya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 05 2023

Pemilik bas ekspres yang didakwa mengundur di lebuh raya terima notis temu siasat di bawah Seksyen 114 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - Foto Sinar Harian

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Pemeriksaan dijalankan Puspakom berdasarkan kaedah, prosedur ditetapkan JPJ
Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) menegaskan operasi pemeriksaannya dijalankan mengikut kaedah dan prosedur yang ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Boleh tukar Lesen Memandu Percubaan kepada Lesen Memandu Kompeten guna aplikasi MyJPJ bermula esok
Permohonan bagi menukar Lesen Memandu Percubaan (PDL) kepada Lesen Memandu Kompeten (CDL) boleh dibuat melalui aplikasi MyJPJ bermula esok.

Pemandu lori didenda RM3,000 halang anggota JPJ laksana tugas
Majistret turut memerintahkan Mohd Syukri menjalani hukuman penjara lapan bulan sekiranya gagal membayar denda.

Tiga syarikat laksana perkhidmatan PPKM belum diberikan lesen operasi - Loke
Kerajaan belum memberikan lesen operasi kepada tiga syarikat baharu yang melaksanakan perkhidmatan sebagai Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) fasa pertama.

Peminat Yamaha RXZ dinasihat elak beli motosikal seludup - JPJ
JPJ Kelantan menasihati peminat motosikal Yamaha RXZ agar tidak membeli dan memiliki motosikal seludup.

Trend guna 'dummy buckle' semakin membimbangkan - Pengarah JPJ Negeri Sembilan
Pemandu suka memakai 'dummy buckle' bagi menghentikan penggera dengan alasan tidak selesa.

Penunggang motosikal mengamuk keluar kata-kata kesat ditahan polis
Keadaan semakin tegang apabila lelaki tersebut mula melakukan provokasi dan cuba bertindak agresif terhadap anggota JPJ dan polis trafik.

Operasi Khas Tahun Baharu Cina: JPJ keluarkan lebih 100,000 notis kesalahan
Notis dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 429,423 kenderaan dan daripada jumlah itu, sebanyak 724 kenderaan telah disita.

JPJ Perak sita 143 motosikal dalam operasi Tahun Baharu Cina
Sebanyak 143 motosikal disita daripada 24,494 motosikal yang diperiksa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak dalam Operasi Khas Motosikal bersempena dengan Tahun Baharu Cina 2025 yang dilaksanakan se

Op Penyamaran: Gagal patuhi lampu isyarat kesalahan paling tinggi
Jabatan Pengangkutan Jalan Selangor mengeluarkan 298 notis membabitkan pelbagai kesalahan lalu lintas menerusi Op Penyamaran sempena Op Tahun Baharu Cina 2025 dalam tempoh 20 Jan lepas hingga semalam.