JOHOR BAHRU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor mengeluarkan sebanyak 91,945 saman atas pelbagai kesalahan sepanjang tahun lepas, yang menyaksikan penurunan 0.9 peratus berbanding 100,944 saman pada 2020.
Pengarah JPJ Johor Azmil Zainal Adnan berkata daripada jumlah itu, sebanyak 48,801 saman dikeluarkan atas kesalahan berkaitan lesen memandu, 5,871 berkaitan cukai jalan, 20,618 bagi kesalahan teknikal manakala bakinya membabitkan kesalahan lain.
"Pandemik COVID-19 merupakan antara punca (penurunan jumlah saman yang dikeluarkan)," katanya kepada pemberita selepas operasi khas sempena Tahun Baharu Cina berhampiran tol Skudai hari ini.
Mengulas operasi khas itu, beliau berkata sejumlah 170 anggota penguat kuasa JPJ terlibat di pelbagai lokasi di 10 daerah di Johor yang bermula 25 Jan lepas hingga hari ini dan akan diteruskan dari 3 hingga 8 Feb depan, yang membabitkan pelbagai agensi.
Azmil berkata dalam operasi khas motosikal di Plaza Tol Skudai yang bermula semalam hingga hari ini, sebanyak 1,281 kenderaan diperiksa dan 148 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.
Katanya operasi itu juga menyaksikan enam lelaki dan seorang wanita berumur lingkungan 25 hingga 37 tahun ditahan selepas didapati positif dadah jenis metamfetamina serta ganja.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 31 2022

Anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor melakukan pemeriksaan kepada para penunggang motosikal dalam Operasi Khas Sempena Sambutan Tahun Baru Cina (TBC) 2022 di Plaza Tol Skudai hari ini. - Foto BERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

JPJ Johor keluar lebih 90,000 saman pelbagai kesalahan sepanjang 2021
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor mengeluarkan sebanyak 91,945 saman atas pelbagai kesalahan sepanjang tahun lepas, yang menyaksikan penurunan 0.9 peratus berbanding 100,944 saman pada 2020.