Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bercadang melantik sebuah panel bebas untuk mengkaji secara menyeluruh masalah berbangkit berikutan migrasi sistem pengkomputeran jabatan itu daripada sistem Sikap kepada sistem MySIKAP, bermula 1 Nov lepas.
Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad berkata panel berkenaan akan mencari penyelesaian jangka panjang yang konkrit bagi mengelak gangguan sistem MySIKAP, yang telah menyebabkan proses urus niaga menjadi perlahan sehingga mengakibatkan pelanggan menunggu lama ketika berurusan di pejabat-pejabat JPJ.
"Panel bebas ini akan melihat sama ada vendor yang dilantik telah melaksanakan pembangunan sistem mengikut keperluan dan spesifikasi yang ditetapkan oleh jabatan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata JPJ juga mengarahkan vendor yang bertanggungjawab ke atas pembangunan semula sistem itu supaya meningkatkan keupayaan kerangka utama daripada 415 mips kepada 1,200 mips bagi menampung sistem JPJ.
Ismail berkata ia adalah antara langkah yang diambil JPJ untuk menyelesaikan masalah itu yang telah menimbulkan kegelisahan serta rasa tidak puas hati orang ramai apabila berurusan di pejabat JPJ.
JPJ juga membuka kaunter-kaunter perkhidmatan di semua pejabatnya di seluruh negara pada hujung minggu iaitu Jumaat dan Sabtu di Kedah, Kelantan dan Terengganu serta Sabtu dan Ahad bagi negeri lain.
"Pembukaan kaunter pada hujung minggu telah dimulakan sejak dua minggu lepas dan akan diteruskan sehingga sistem MySIKAP stabil," menurutnya.
Beliau berkata JPJ turut menubuhkan bilik gerakan yang beroperasi setiap hari bagi memantau prestasi sistem itu dan menerima aduan daripada semua pejabat JPJ untuk tindakan penyelesaian serta-merta.
Bernama
Mon Nov 18 2013
Gambar fail Ismail Ahmad -- fotoBERNAMA
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
Bekas timbalan pengarah dan dua isteri didakwa tuduhan rasuah RM1.96 juta
Seorang bekas timbalan pengarah Jabatan Kereta Api Negeri Sabah bersama dua isterinya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu pada Isnin.
Kepulangan terakhir abang bomba
Arwah mula menceburi bidang bomba pada awal tahun ini.
JPJ jangka nombor pendaftaran kenderaan 'F1' mampu dijual lebih RM1 juta
Tarikh tutup bagi membida nombor pendaftaran dengan abjad 'F' adalah pada Selasa ini.
Operasi banteras tonto, kereta klon dan pemalsuan lesen diperluas ke Sabah dan Sarawak - KP JPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperluaskan operasi membanteras aktiviti tonto, kereta klon dan pemalsuan lesen ke Sabah dan Sarawak.
Hanya sembilan institut memandu bertaraf lima bintang - JPJ
Sejumlah 117 daripada 200 Institut Memandu di seluruh negara hanya mencapai taraf dua dan satu bintang, ujar Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Ismail Ahmad.
Mat Rempit disaran tingkat status mereka kepada Mat Motor
Beliau menambah Mat Motor juga melakukan aktiviti perlumbaan, tetapi di litar yang ditetapkan.
JPJ jangka bayaran untuk dapat lesen kereta dan motosikal turun
JPJ menjangka kadar bayaran untuk mendapatkan lesen memandu kereta dan motosikal akan turun berikutan peraturan baharu yang menetapkan pemohon lesen hanya perlu menduduki satu ujian undang-undang.
Cermin gelap: JPJ bakal laksanakan keputusan bengkel
Bengkel dua hari itu akan membuat penilaian wajar merangkumi pelbagai aspek termasuk keselamatan, jenayah dan kesihatan.
Tiada operasi besar-besaran cermin gelap buat masa ini - KP JPJ
Ketua Pengarahnya Datuk Seri Ismail Ahmad turut menafikan mereka tidak membenarkan langsung penggunaan cermin gelap pada kenderaan.
15 pemandu bas didapati positif dadah
Seramai 15 daripada 1,986 pemandu bas ekspres didapati gagal dalam ujian saringan dadah yang dijalankan oleh JPJ setakat ini.