Seorang bekas timbalan pengarah Jabatan Kereta Api Negeri Sabah (JKNS) bersama dua isterinya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, pada Isnin ke atas 23 pertuduhan pengubahan wang secara haram bernilai RM1.96 juta.
Tertuduh, Ismail Ahmad, 59, berhadapan lapan pertuduhan berjumlah RM1.44 juta manakala dengan tuduhan bersama isteri pertamanya, Muhilim@Masniah Buaya@Buayie, 57, pula dia berhadapan dengan enam pertuduhan pengubahan wang haram bernilai RM204,052.
Ismail dalam masa sama turut dituduh dengan sembilan pertuduhan pecah amanah bersama isteri keduanya, Runtiah Rais, 42, bernilai RM49,097.
Muhilim juga berhadapan dengan pertuduhan peribadi melibatkan kes pengubahan wang haram sebanyak RM83,653 manakala Runtiah sebanyak RM464,790.
Kesemua tertuduh bagaimanapun tidak mengaku bersalah di hadapan Hakim Abu Bakar Manaf dalam prosiding di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu.
Untuk rekod, kertas pertuduhan yang menyebut 21 kesalahan Ismail bersama dua isterinya itu melibatkan transaksi wang daripada beberapa kontraktor ke dalam akaun peribadinya di beberapa buah bank di ibu negeri pada 23 Jan tahun lalu.
Manakala dua lagi pertuduhan yang juga membabitkan transaksi wang ke dalam akaun tertuduh dilakukan pada 24 Jan dan 29 Ogos tahun sama.
Ketiga-tiga tertuduh diwakili oleh peguam Mottie Junius manakala Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diwakili Faliq Basiruddin.
Faliq memohon mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak RM100,000 ke atas Ismail manakala RM50,000 masing-masing ke atas dua isterinya.
Hakim kemudian memerintahkan jaminan sebanyak RM100,000 kepada Ismail perlu dibayar dua kali iaitu RM50,000 pada minggu ini manakala bakinya minggu hadapan.
Terdahulu, bagi kesemua kesalahan, ketiga-tiga suspek didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta, mengikut mana yang lebih tinggi.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 19 Jun depan.
Ruzaini Zulkepli
Mon Apr 22 2019
![Bekas timbalan pengarah dan dua isteri didakwa tuduhan rasuah RM1.96 juta Bekas timbalan pengarah dan dua isteri didakwa tuduhan rasuah RM1.96 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/71555954143_Rasuah.jpg)
Ismail bersama dua isterinya ketika di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu pada Isnin. - Foto Astro AWANI- Astro AWANI
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![Bekas timbalan pengarah dan dua isteri didakwa tuduhan rasuah RM1.96 juta Bekas timbalan pengarah dan dua isteri didakwa tuduhan rasuah RM1.96 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/71555954143_Rasuah.jpg)
Bekas timbalan pengarah dan dua isteri didakwa tuduhan rasuah RM1.96 juta
Seorang bekas timbalan pengarah Jabatan Kereta Api Negeri Sabah bersama dua isterinya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu pada Isnin.
![Kepulangan terakhir abang bomba Kepulangan terakhir abang bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/51545917073_bombameninggal.jpg)
Kepulangan terakhir abang bomba
Arwah mula menceburi bidang bomba pada awal tahun ini.
![JPJ jangka nombor pendaftaran kenderaan 'F1' mampu dijual lebih RM1 juta JPJ jangka nombor pendaftaran kenderaan 'F1' mampu dijual lebih RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/51465638370_NomborPendaftaran.jpg)
JPJ jangka nombor pendaftaran kenderaan 'F1' mampu dijual lebih RM1 juta
Tarikh tutup bagi membida nombor pendaftaran dengan abjad 'F' adalah pada Selasa ini.
![Operasi banteras tonto, kereta klon dan pemalsuan lesen diperluas ke Sabah dan Sarawak - KP JPJ Operasi banteras tonto, kereta klon dan pemalsuan lesen diperluas ke Sabah dan Sarawak - KP JPJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/51457414220_SekatanJalanRaya.jpg)
Operasi banteras tonto, kereta klon dan pemalsuan lesen diperluas ke Sabah dan Sarawak - KP JPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperluaskan operasi membanteras aktiviti tonto, kereta klon dan pemalsuan lesen ke Sabah dan Sarawak.
![Hanya sembilan institut memandu bertaraf lima bintang - JPJ Hanya sembilan institut memandu bertaraf lima bintang - JPJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/41459587641_SekolahMemandu.jpg)
Hanya sembilan institut memandu bertaraf lima bintang - JPJ
Sejumlah 117 daripada 200 Institut Memandu di seluruh negara hanya mencapai taraf dua dan satu bintang, ujar Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Ismail Ahmad.
![Mat Rempit disaran tingkat status mereka kepada Mat Motor Mat Rempit disaran tingkat status mereka kepada Mat Motor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/41436336889_ISMAILAHMAD.jpg)
Mat Rempit disaran tingkat status mereka kepada Mat Motor
Beliau menambah Mat Motor juga melakukan aktiviti perlumbaan, tetapi di litar yang ditetapkan.
![JPJ jangka bayaran untuk dapat lesen kereta dan motosikal turun JPJ jangka bayaran untuk dapat lesen kereta dan motosikal turun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-07/81406159582_295x200.jpg)
JPJ jangka bayaran untuk dapat lesen kereta dan motosikal turun
JPJ menjangka kadar bayaran untuk mendapatkan lesen memandu kereta dan motosikal akan turun berikutan peraturan baharu yang menetapkan pemohon lesen hanya perlu menduduki satu ujian undang-undang.
![Cermin gelap: JPJ bakal laksanakan keputusan bengkel Cermin gelap: JPJ bakal laksanakan keputusan bengkel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-05/61401016316_295x200.jpg)
Cermin gelap: JPJ bakal laksanakan keputusan bengkel
Bengkel dua hari itu akan membuat penilaian wajar merangkumi pelbagai aspek termasuk keselamatan, jenayah dan kesihatan.
![Tiada operasi besar-besaran cermin gelap buat masa ini - KP JPJ Tiada operasi besar-besaran cermin gelap buat masa ini - KP JPJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-05/61401016316_295x200.jpg)
Tiada operasi besar-besaran cermin gelap buat masa ini - KP JPJ
Ketua Pengarahnya Datuk Seri Ismail Ahmad turut menafikan mereka tidak membenarkan langsung penggunaan cermin gelap pada kenderaan.
![15 pemandu bas didapati positif dadah 15 pemandu bas didapati positif dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-10/71383230791_295x200.jpg)
15 pemandu bas didapati positif dadah
Seramai 15 daripada 1,986 pemandu bas ekspres didapati gagal dalam ujian saringan dadah yang dijalankan oleh JPJ setakat ini.