Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dicadangkan membantu pasukan penguat kuasa membanteras aktiviti penerokaan haram di Cameron Highlands, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.
Beliau berkata JPAM, agensi yang terletak di bawah bidang kuasanya, akan melaksanakan rondaan dan membuat laporan kepada pasukan penguat kuasa jika wujud sebarang aktiviti penerokaan tanah haram.
"JPAM akan meronda di kawasan tanah yang tidak mendapat kebenaran terutamanya (yang diteroka secara haram) oleh pendatang asing tanpa izin (PATI) serta orang tempatan.
"Kehadiran kita lebih kepada penerokaan baharu atau penerokaan yang melebihi daripada kawasan yang dibenarkan oleh kerajaan negeri," katanya dalam sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini sebelum berlepas ke Kuching, Sarawak, hari ini.
Isnin lepas, Shahidan menghadiri Taklimat Op Gading di Cameron Highlands, dan beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sempena taklimat itu menyatakan kes pencerobohan tanah di Cameron Highlands dipandang serius oleh kerajaan.
Berhubung laporan pada Selasa lepas yang mengaitkan beliau memberi arahan kepada lima platun Askar Wataniah untuk membantu Pejabat Daerah Cameron Highlands membanteras penerokaan tanah di kawasan tersebut, Shahidan berkata ia bukan di bawah bidang kuasanya untuk memberi arahan sedemikian.
"Askar Wataniah bukan di bawah saya, tetapi di bawah Kementerian Pertahanan. Saya cuma kata hendak minta tolong untuk bantu penguatkuasaan di Cameron Highlands," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan kepada Jabatan Hutan agar program "bapa angkat" diwujudkan di kawasan tanah tinggi itu untuk mengembalikan keindahan dan kesejukan Cameron Highlands seperti dahulu.
Beliau berkata agensi kerajaan dan badan sukarela boleh turut serta dalam program itu dalam usaha penanaman semula pokok di kawasan yang telah diteroka secara haram.
"Saya sendiri jadi bapa angkat di kawasan seluas 10 ekar (4.05 hektar) untuk aktiviti penanaman semula pokok," katanya.
Bernama
Fri Mar 11 2016
Shahidan (gambar) ditemu bual pemberita mengenai rondaan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia mengawal aktiviti penerokaan haram di Cameron Highland, Pahang semasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini. -fotoBERNAMA
Cukai Minuman Manis: Luas skop cukai, tarik semula subsidi gula - Pusat Galen
Menurut Azrul, jika kerajaan bercadang menaikkan cukai gula, maka sewajarnya subsidi kepada pengeluar dan pengilang gula juga perlu ditarik balik.
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 5 Oktober 2024
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
Sultan Pahang perkenan fatwa pengikut GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang memperkenankan fatwa pengikut GISB adalah menyeleweng dan sesat.
Gitar milik George Harrison dijangka cecah RM3.38 juta dalam lelongan
Gitar Futurama berkenaan dibeli di sebuah kedai alat muzik di Liverpool dan dimain oleh Harrison pada awal tahun 1960-an.
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
JPAM bantu banteras penerokaan haram di Cameron Highlands - Shahidan
JPAM akan melaksanakan rondaan dan membuat laporan kepada pasukan penguat kuasa jika wujud sebarang aktiviti penerokaan tanah haram.