KUALA LUMPUR: JOJO Pet melancarkan aplikasi teksi haiwan peliharaan pertama di Malaysia dikenali JOJO Pet Taxi dengan matlamat menyokong pencinta haiwan peliharaan di negara ini dalam menyediakan perkhidmatan teksi yang boleh dipercayai terutama dalam kepantasan era digital.
JOJO Pet dalam kenyataan memaklumkan ia bertujuan memberi kemudahan kepada pemilik haiwan peliharaan dengan perkhidmatan terbaik supaya pemilik haiwan peliharaan tidak perlu risau mengenai kesesakan lalu lintas dan tempat letak kenderaan yang terhad.
Pengasas JOJO Pet, Seow Kim Chin berkata pihaknya telah berjaya melatih kumpulan pertama pemandu teksi haiwan peliharaan di negara ini dan mereka bersedia membantu pemilik haiwan peliharaan untuk membawa haiwan kesayangan mereka bagi janji temu dandanan dan sebagainya.
"Kumpulan pertama pemandu telah menjalani pemeriksaan ketat sebelum mereka dibenarkan menghadiri latihan. Mereka telah melepasi semua kriteria yang ditetapkan dan kini disahkan sebagai pemandu teksi haiwan peliharaan profesional," katanya.
Beliau memberi jaminan kepada pemilik haiwan peliharaan bahawa aplikasi JOJO Pet Taxi mudah diakses menerusi telefon bimbit.
Seow berkata JOJO Pet Taxi mengutamakan keselamatan penumpang dengan semua pengangkutan di bawah perkhidmatan itu dilengkapi kamera papan pemuka, tali pinggang keledar haiwan peliharaan, jaring keselamatan dan sarung kerusi dengan tahap kebersihan terbaik bagi memastikan penumpangnya menikmati perjalanan selesa dan selamat.
"Pemilik haiwan peliharaan yang menggunakan aplikasi kami boleh menjejaki teksi yang dinaiki haiwan kesayangan mereka untuk memastikan ia tiba di destinasi dengan selamat," katanya.
Beliau berkata antara kemahiran penting yang diperoleh pemandu menerusi latihan adalah melakukan pertolongan cemas ke atas haiwan peliharaan sekiranya perlu, jadi fikiran pemilik haiwan peliharaan akan tenang mengetahui bahawa haiwan mereka dalam keadaan baik.
Seow yakin JOJO Pet Taxi melengkapkan gaya hidup pemilik haiwan peliharaan di Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan terbaik bagi pemilik dan haiwan peliharaan terutama dalam suasana sibuk.
JOJO Pet menggalakkan gaya hidup sihat dan kesejahteraan mental dengan menyediakan perkhidmatan yang diperlukan pada masa kini dan menyelesaikan masalah dihadapi pemilik haiwan peliharaan.
Seiring rancangan pengembangan perniagaan tahun ini, JOJO Pet juga mengalu-alukan pelabur untuk turut serta dalam misi mereka bagi memperluas perkhidmatan kepada pemilik haiwan peliharaan di dalam mahupun luar negara.
Mereka yang berminat boleh menghubungi Seow di talian 010-228 3035 atau kcseow@jojo-pets.com.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 22 2022

Ia bertujuan memberi kemudahan kepada pemilik haiwan peliharaan dengan perkhidmatan terbaik. - Foto Facebook/JoJo Pet Driver

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

JOJO Pet tawar perkhidmatan teksi untuk haiwan peliharaan
JOJO Pet melancarkan aplikasi teksi haiwan peliharaan pertama di Malaysia dikenali JOJO Pet Taxi.