ISKANDAR PUTERI: Johor perlu menarik lebih banyak pelabur berkualiti pada masa hadapan dalam usaha untuk mencapai sasaran sebagai negeri maju menjelang 2030, menurut Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Sehubungan itu, beliau berkata, sasaran pertumbuhan ekonomi perlu konsisten dengan tujuh peratus yang disasarkan sebelum ini.
"Bagi mencapai matlamat dan cita-cita tersebut, sasaran pertumbuhan ekonomi perlu konsisten pada kadar tujuh peratus. Justeru, ia tidak membenarkan gerak kerja seperti lazimnya. Perniagaan tidak boleh seperti biasa, sebaliknya, menuntut kepada anjakan paradigma dan pemangkin yang boleh merangsang ekonomi kita.
"Kita perlu menarik pelabur berkualiti seperti dari sektor minyak dan gas, petrokimia, pusat data, industri elektrik dan elektronik, di samping mengembangkan industri makanan atau bank makanan. Berkat gemblengan tenaga semua pihak, Johor kembali menjadi nombor satu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pemanis Anuar Abd Manap; ADUN Tiram, Azizul Bachok; ADUN Benut, Datuk Hasni Mohammad; ADUN Sungai Balang, Selamat Takim dan ADUN Pulai Sebatang, Hasrunizah Hassan pada Mesyuarat Ketiga Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15, di sini, hari ini.
Mereka ingin tahu perancangan jangka panjang kerajaan negeri bagi memastikan pelaburan di Johor terus meningkat selain faedah yang akan diterima rakyat termasuk di luar daerah susulan pelaburan sebanyak RM60.9 bilion yang direkodkan, sekali gus yang tertinggi dalam negara untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini.
Sehubungan itu, Onn Hafiz berkata, kerajaan negeri telah menggariskan enam inisiatif untuk memperkasakan lagi aktiviti pelaburan serta memastikan kemasukan pelaburan berkualiti ke negeri ini.
Beliau berkata, langkah itu termasuk memperkasakan peranan Invest Johor sebagai agensi utama kerajaan negeri yang bertanggungjawab untuk membawa masuk pelabur dari dalam dan luar negara dan memperhebat Jawatankuasa Pelaburan Johor (JIC) dan Pejabat Ekonomi, Pelancongan dan Kebudayaan Johor Johor (JETCO) yang berada di bawah seliaan Invest Johor.
Turut dirancang ialah misi perdagangan serta pelaburan strategik dan berfokus yang disasarkan bagi meraih pelaburan dan industri berteknologi tinggi, inovasi serta penyelidikan yang akan melengkapkan dan mengukuhkan ekosistem perindustrian di Negeri Johor, katanya.
Onn Hafiz berkata, daripada pelaburan berjumlah RM60.9 bilion itu, sebanyak 7,421 peluang pekerjaan dijangka ditawarkan kepada rakyat menerusi 222 projek.
"Bagi sektor perkhidmatan, kebanyakan pekerjaan yang akan ditawarkan adalah untuk berkemahiran tinggi, membawa peluang pekerjaan berpendapatan tinggi. Dalam masa sama, lebih banyak peluang pekerjaan untuk disi bagi kategori separuh mahir.
"Pelaburan sebegini akan memberi limpahan ekonomi kepada industri sokongan yang terlibat dengan pelaburan sedia ada, dapat meningkatkan peluang pekerjaan secara am di Johor dan membawa manfaat kepada peniaga tempatan seperti industri makanan dan pelancongan dalam negeri," kata beliau.
Menurutnya, selain impak langsung dari segi penjanaan aktiviti ekonomi dan pekerjaan berkualiti kepada rakyat, pelaburan yang berjaya dibawa masuk akan turut menyumbang dari segi pendapatan cukai tanah dan cukai harta.
"Pelaburan yang berkualiti ke Johor, secara tidak langsung akan menggalakkan pemindahan teknologi dan peningkatan kemahiran kepada pasaran pekerjaan domestik. Selain itu, Johor akan berupaya untuk terus memperbaiki struktur ekonomi, terutamanya melibatkan peningkatan tahap produktiviti dalam negeri," katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu Sep 22 2022
Johor perlu menarik lebih banyak pelabur berkualiti pada masa hadapan dalam usaha untuk mencapai sasaran sebagai negeri maju menjelang 2030, kata Datuk Onn Hafiz Ghazi. - Gambar fail BERNAMA
Dua maut nahas kereta berlanggar lori 10 tan
Kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Waja yang dipercayai berlanggar dengan lori 10 tan.
JPS ramal banjir landa sembilan jajahan di Kelantan Ahad depan
JPS meramalkan kemungkinan berlaku banjir di sembilan jajahan di Kelantan dalam tempoh tiga hari bermula Ahad depan.
AWANI Pagi: Merancakkan ekonomi Pahang cara Kuantan 188
Bagaimana ekonomi Pahang khususnya ibu kota Kuantan boleh dirancakkan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026. Apa peranan bijak boleh dimainkan produk pelancongan seperti Kuantan 188 untuk merangsang peluang mengajak kedatangan pelancong lebih-lebih lagi semasa Malaysia memegang tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan. Diskusi bersama Mohd Hanis Fakhri Ahman Yussri, Pengurus Operasi Kuantan 188 untuk kupasannya dalam siaran luar Awani Pagi dari Kuantan 188, di Kuantan Pahang.
The Economy: Xmas, new years, and a new US President
BFM Anchor, Sharaad Kuttan dives into the global buzz surrounding Donald Trump’s inauguration, blending festive vibes with critical analysis. Join us as we unwrap the intersection of holiday cheer and political shifts.
Transforming AI Applications with Langflow by DataStax
DataStax introduces Langflow, an innovative low-code platform for building and deploying AI applications. This tool simplifies the design and implementation of generative AI and RAG applications, enabling businesses to leverage artificial intelligence more efficiently and effectively.
Mykhailo Mudryk-Chelsea 'berpisah sementara'
Pemain berusia 23 tahun itu mungkin berdepan hukuman larangan berpanjangan jika didapati bersalah.
Silent Risk: How weak regulations impact property owners, tenants, and the real estate market
How gaps in regulation put property owners, tenants, and the real estate market at risk. Join Director, Research, Sr Sulaiman Saheh Explore as he explore critical need for robust property management regulations to safeguard public interest and elevate industry standards.
Malaysia hab pelaburan global, lonjak reformasi ekonomi
Niaga AWANI meninjau bagaimana lonjakan pelaburan pada sembilan bulan pertama tahun ini dapat diterjemahkan kepada manfaat ekonomi yang ketara, peluang pekerjaan berkualiti dan kemakmuran jangka panjang.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini, disokong oleh yuan yang stabil.
[Data & Statistik] Prestasi Pelaburan Malaysia Januari-September 2024
Malaysia berjaya merekodkan jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion dalam 9 bulan tahun ini membabitkan 4,753 projek, ia dijangka menjana 159,347 peluang pekerjaan baharu.
KPDN serbu stor haram simpan LPG di Johor
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mematahkan cubaan menyeleweng gas petroleum cecair (LPG) selepas menyerbu sebuah premis dijadikan stor untuk menyimpan dan mengedar bahan
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
Jumaat pertama 2025 Johor cuti atau bekerja ditetapkan minggu depan - Exco
Keputusan sama ada Jumaat pertama 2025 diisytihar cuti atau hari bekerja akan ditetapkan minggu hadapan, susulan perubahan cuti hujung minggu di Johor kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Jan.
Johor sah penganjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini mengesahkan Johor akan menganjurkan Sukan SEA 2027 bersama-sama Kuala Lumpur, Sarawak dan Pulau Pinang.
Tiada keperluan runding semakan kadar air mentah ke Singapura - Akmal Nasrullah
Menurut Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, ia diputuskan menerusi perbincangan pada Oktober lalu antara pihaknya dengan Kerajaan Negeri Johor.
Banjir: Mangsa di empat negeri bertambah, Johor pulih
Situasi banjir di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis terus memburuk dengan pertambahan mangsa malam ini.
174 individu ditahan disyaki terlibat aktiviti pelacuran di Johor
Polis menahan 174 individu termasuk 162 warga asing dalam 16 serbuan menerusi Op Noda yang dijalankan di beberapa kawasan di negeri ini bermula 16 Nov lepas hingga hari ini.
Banjir: Melaka pulih, Terengganu semakin baik, Johor dan Kelantan tidak banyak perubahan
Situasi banjir di Melaka pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa di Terengganu semakin berkurang sementara Johor dan Kelantan tidak menunjukkan banyak perubahan setakat malam ini.
Johor kekal larang penjualan vape, tidak pernah keluar lesen sejak 2016
Tiada sebarang lesen penjualan vape atau rokok elektronik dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor.