BATU PAHAT: Kerajaan Negeri Johor akan mengkaji satu skim atau program khusus yang memudahkan penglibatan orang awam, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) vtertentu bagi meningkatkan mutu perkhidmatan perubatan dan kesihatan, terutamanya di negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Ling Tian Soon berkata dalam usaha berkenaan, pihaknya juga akan berbincang dengan Kementerian Kesihatan (KKM) kerana terdapat beberapa prosedur dan pekeliling yang perlu diikuti sebelum setiap sumbangan sampai ke hospital milik KKM.
Tambahnya, beliau telah bertemu secara peribadi dengan Menteri Kesihatan, sekali gus menyatakan cadangan untuk memudahkan kaedah sumbangan berkenaan dan secara lisan ia telah dipersetujui, dengan beberapa perbincangan antara Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) dengan KKM akan dilaksanakan.
"Sekiranya berjaya, pihak kerajaan negeri akan menjadikan Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di Batu Pahat sebagai peneraju skim atau program ini, serta dalam masa yang sama ia akan dijadikan contoh kejayaan kerjasama antara pihak kerajaan dengan swasta dalam memberikan perkhidmatan dalam sektor perubatan dan kesihatan.
"Antara yang akan diberikan tumpuan ialah menambah baik fasiliti di wad-wad tertentu yang telah lama dan tidak sesuai digunakan lagi," katanya kepada Bernama selepas Majlis Penyerahan Peralatan Wad di HSNI oleh pihak swasta di daerah berkenaan, hari ini.
Hadir sama dalam penyerahan itu ialah Timbalan Pengarah Perubatan HSNI Dr Noridawati Abd Manap; Timbalan Pengarah Pengurusan HSNI Zarina Mohd Noh dan Penasihat Syarikat Ramatex Textile Datuk Lim Chai Kui.
Menurut Ling, pihak kerajaan negeri juga akan memperluas kaedah berkenaan di hospital lain di negeri ini serta premis kesihatan yang lain sekali gus berhasrat menjadi contoh kepada negeri lain dalam kejayaan skim atau program yang dirancang.
"Kita juga tidak perlu menunggu pihak KKM untuk selesaikan masalah atau menambah baik fasiliti tertentu tetapi kita libatkan pihak NGO atau swasta kerana mereka juga boleh membantu," katanya.
Terdahulu, dalam majlis penyerahan berkenaan pihak HSNI telah menerima sumbangan sebanyak RM60,000 oleh Syarikat Ramatex Textile dan Syarikat Teo Seng Capital Bhd bagi peralatan di wad kanak-kanak, selain RM50,000 daripada kerajaan negeri dan RM10,000 daripada Chinese Chamber Batu Pahat.
Tambah Ling, selain HSNI, dua lagi hospital yang telah menerima sumbangan pihak swasta tahun ini ialah Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru dengan 300 unit set katil wad dan Hospital Kulai dengan RM50,000 untuk menaik taraf wad.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 06 2023
Tian Soon berkata dalam usaha berkenaan, pihaknya juga akan berbincang dengan KKM kerana terdapat beberapa prosedur dan pekeliling yang perlu diikuti sebelum setiap sumbangan sampai ke hospital milik KKM. -Gambar fail/Bernama
Michael Olise dedah faktor tolak Man United, Chelsea sebelum sertai Bayern
Bayern mengesahkan pembelian Olise bernilai GBP52 juta dari Crystal Palace dengan perjanjian lima tahun pada Ahad.
Pemimpin sayap kiri Perancis gesa Macron panggil NFP bentuk kerajaan
Melenchon menggesa Perdana Menteri untuk meletakkan jawatan dan Macron harus memanggil NFP untuk membentuk kerajaan baharu.
Insan mulia Mansor Puteh derma darah 631 sepanjang hayatnya - Menteri Kesihatan
Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merakamkan takziah ke atas pemergian Mansor.
Gempa bumi 6 skala Richter landa Kepulauan Bonin, Jepun
Satu gempa bumi kuat berukuran enam pada skala Richter dikesan berlaku di Kepulauan Bonin, Jepun pada 4.01 pagi tadi.
Paris 2024: Ariana Nur Dania 'bidik' pengalaman atau podium?
Ariana Nur Dania akan menjalani latihan pecutan akhir di Korea Selatan ditemani dua rakan lain, Nurul Azreena dan Syaqiera.
WEF #AMNC24: Memperkukuh ekosistem syarikat pemula Asia Tenggara
Ketua ESG & Ekonomi Sirkular, Gobi Partners, Carlo Chen-Delantar mengupas cabaran semasa, unjuran masa depan serta usaha menambah baik ekosistem syarikat pemula di Asia Tenggara.
AWANI Ringkas: Korban konflik Israel-Palestin terus meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Prospek dan cabaran ekonomi Malaysia separuh kedua 2024
Kerajaan optimis Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berada pada kedudukan yang baik dan akan berkembang pada kadar unjuran rasmi antara 4.0 peratus dengan 5.0 peratus bagi 2024, didorong pertumbuhan suku pertama yang lebih tinggi daripada jangkaan. Apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada prestasi ekonomi Malaysia dalam tempoh enam bulan lalu dan apakah yang akan menjadi perhatian di kalangan pelabur untuk prestasi separuh tahun kedua 2024?
Prestasi FBMKLCI: Unjuran enam bulan akan datang
Setakat 31 Mei 2024, Indeks Komposit FBMKLCI ditutup pada 1,596.68 mata, mencatatkan peningkatan kukuh sebanyak 1.3% dari bulan ke bulan. Ini merupakan kenaikan mengagumkan sebanyak 9.3% dari awal tahun. Indeks ini menunjukkan prestasi yang kuat dengan mencapai tahap signifikan 1,600
mata pada pertengahan bulan, menonjolkan ketahanan dan potensi pertumbuhannya. Adakah indeks ini akan meneruskan momentum ini dalam tempoh enam bulan akan datang?
mata pada pertengahan bulan, menonjolkan ketahanan dan potensi pertumbuhannya. Adakah indeks ini akan meneruskan momentum ini dalam tempoh enam bulan akan datang?
30 remaja Korea Utara dihukum mati, penjara kerana tonton K-drama
50 sehingga 60 remaja berusia sekitar 17 tahun di Korea Utara diketahui menonton drama Korea Selatan.
11,783 outlet makanan diiktiraf BeSS - KKM
BeSS merupakan pengiktirafan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada premis yang telah diperiksa dan didapati bersih serta memenuhi pelbagai kriteria tertentu.
KKM komited capai nisbah 1 doktor kepada 400 penduduk pada 2025
Sebagai perbandingan, Singapura mempunyai nisbah 1:270, UK 1:357, Australia 1:270, Austria 1:192, Thailand 1:1,111, dan Indonesia 1:1,400.
KKM belum terima maklumat lanjut sindrom STSS di Jepun - Dzulkefly
Kementerian Kesihatan (KKM) belum mendapat maklumat lanjut berhubung kes Sindrom Kejutan Toksik Streptococcal (STSS) yang sedang melanda Jepun.
KKM perinci langkah perangi gula waktu terdekat
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memperincikan langkah-langkah memerangi gula dalam waktu terdekat.
KKM lancar kajian pemetaan penjagaan kesihatan fasa 1
Kajian itu menumpukan analisis komprehensif situasi penjagaan kesihatan di seluruh negara merangkumi aspek fasiliti kesihatan, peralatan dan sumber manusia.
KKM mahu tingkatkan jumlah jururawat lelaki
Kementerian Kesihatan mahu meningkatkan jumlah jururawat lelaki di negara ini kepada 10 peratus seiring keperluan sektor kejururawatan dan perkembangan teknologi .
Kes demam denggi meningkat, lima kematian pada ME24
Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 2,900 kes pada Minggu Epidemiologi ke-24 (ME24) bagi tempoh 9 hingga 15 Jun lepas dengan lima kematian direkodkan, berbanding 2,508 kes pada minggu sebelumnya.
KKM rancang digitalkan buku derma darah - KP Kesihatan
Melalui aplikasi itu, penderma darah dapat mengakses rekod pendermaan mereka dengan lebih mudah dan pantas.
KKM teliti kesediaan 95 hospital swasta bekerjasama perkasa akses kesihatan
Kementerian Kesihatan sedang menyenarai pendek hospital yang bakal terlibat dalam kerjasama awam-swasta bagi memperkasakan sektor penjagaan kesihatan dalam negara.
Projek naik taraf 403 klinik daif tunjuk perkembangan positif - Lukanisman
Projek menaik taraf 403 klinik kesihatan di negara ini yang dikenal pasti sebagai klinik daif menunjukkan perkembangan positif.