JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri akan mengkaji semula pelaksanaan cuti hujung minggu yang ditetapkan sebelum ini pada hari Jumaat dan Sabtu.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata keputusan mengenai perkara itu akan diumumkan setelah pihaknya mendapat kaedah yang tuntas.
"(Kita) mendengar keluhan rakyat mengenai cuti hujung minggu yang berbeza untuk pihak kerajaan dan pihak swasta, (oleh itu) kerajaan negeri akan mengkaji semula perkara ini agar ibu bapa dan anak-anak dapat berehat pada hari yang sama.
"Perkara ini akan saya umumkan kelak setelah mendapat kaedah paling tuntas untuk menyelesaikannya," katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Menteri Besar Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada (PERSADA) di sini hari ini.
Majlis amanat itu yang dihadiri lebih 1,600 penjawat awam negeri dan Persekutuan itu, turut disiarkan secara langsung di Facebook rasmi beliau.
Cuti minggu negeri Johor berkuat kuasa pada 1 Januari 2014 susulan titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang menitahkan pertukaran cuti itu kepada hari Jumaat dan Sabtu.
Sementara itu Onn Hafiz dalam amanatnya turut memberikan penekanan mengenai aspek keselamatan bagi memastikan Johor sentiasa selamat untuk didiami dan dikunjungi serta akan meningkatkan kawalan keselamatan dengan menyediakan Van Polis Bergerak dan Two Wheels Balancing Scooter, terutamanya di kawasan- kawasan tumpuan pelancong.
Katanya semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan memperkukuhkan Program Bandar Selamat dengan menambah bilangan kamera litar tertutup (CCTV) di pusat bandar dan tempat-tempat tumpuan pelancong, serta menambah baik sistem pencahayaan di kawasan-kawasan 'panas' jenayah kerap berlaku, premis-premis perniagaan dan kawasan rekreasi.
Beliau berkata Skim Rondaan Sukarela (SRS) juga akan diperkasa dan peruntukan akan disediakan bagi latihan serta perolehan peralatan asas rondaan kepada 450 SRS aktif di seluruh Johor, untuk tempoh lima tahun akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 14 2022
![Johor kaji semula pelaksanaan cuti hujung minggu - MB Johor kaji semula pelaksanaan cuti hujung minggu - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61655009202_OnnHafizGhazi.jpg)
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata keputusan mengenai perkara itu akan diumumkan setelah pihaknya mendapat kaedah yang tuntas. - Gambar fail
![RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678788517_MahkamahUtama.jpg)
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
![Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646741163_DatukWilliamNg.jpg)
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
![Pusat pemeriksaan: Trafik dijangkakan sesak mulai 31 Ogos menjelang cuti sekolah Pusat pemeriksaan: Trafik dijangkakan sesak mulai 31 Ogos menjelang cuti sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-05/81494995513_WoodlandsSingapura.jpg)
Pusat pemeriksaan: Trafik dijangkakan sesak mulai 31 Ogos menjelang cuti sekolah
Trafik dijangkakan sesak di kedua-dua pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas dalam tempoh 31 Ogos hingga 11 Sept 2023.
![Ringgit terus susut berbanding dolar AS menjelang musim cuti hujung tahun Ringgit terus susut berbanding dolar AS menjelang musim cuti hujung tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-12/81482163435_money.jpg)
Ringgit terus susut berbanding dolar AS menjelang musim cuti hujung tahun
Pada 6 petang, unit tempatan berada pada 4.4225/4260 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4215/4255 pada Khamis.
![Gabung mohon cuti mingguan pada Jumaat, Sabtu dikekalkan di Johor Gabung mohon cuti mingguan pada Jumaat, Sabtu dikekalkan di Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61661425469_TBSIDANGMEDIAMELAYUJ.jpg)
Gabung mohon cuti mingguan pada Jumaat, Sabtu dikekalkan di Johor
Katanya, cuti mingguan pada Jumaat dan Sabtu turut melambangkan penghormatan buat hari Jumaat sebagai penghulu segala hari.
![Sultan Johor tidak akan tergesa-gesa buat keputusan cuti hujung minggu Sultan Johor tidak akan tergesa-gesa buat keputusan cuti hujung minggu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81661227071_SultanIbrahim.jpg)
Sultan Johor tidak akan tergesa-gesa buat keputusan cuti hujung minggu
Titahnya, isu itu tidak perlu dipolitikkan dan tumpuan seharusnya diberikan kepada pembangunan ekonomi dan kepentingan rakyat.
![Penyelarasan cuti hujung minggu negeri, dapatan kajian akan dipersembahkan kepada Sultan Johor - MB Penyelarasan cuti hujung minggu negeri, dapatan kajian akan dipersembahkan kepada Sultan Johor - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71659611259_TBmbjohor.jpg)
Penyelarasan cuti hujung minggu negeri, dapatan kajian akan dipersembahkan kepada Sultan Johor - MB
Perbezaan cuti hujung minggu antara ibu bapa dan anak-anak menyebabkan mereka sukar untuk meluangkan masa bersama.
![Penyelarasan cuti hujung minggu di Johor masih dalam kajian - MB Penyelarasan cuti hujung minggu di Johor masih dalam kajian - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81656232680_TBONNHAFIZ.jpg)
Penyelarasan cuti hujung minggu di Johor masih dalam kajian - MB
Kerajaan Negeri Johor masih mengkaji penyelarasan semula cuti hujung minggu yang ketika ini ditetapkan pada Jumaat dan Sabtu.
![Adun PH, MUDA sokong usaha Johor kaji semula cuti hujung minggu Adun PH, MUDA sokong usaha Johor kaji semula cuti hujung minggu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71655286170_JohorBharu.jpg)
Adun PH, MUDA sokong usaha Johor kaji semula cuti hujung minggu
ADUN PH dan MUDA di Johor menyokong penuh usaha kerajaan negeri untuk mengkaji semula pelaksanaan cuti hujung minggu.
![Johor kaji semula pelaksanaan cuti hujung minggu - MB Johor kaji semula pelaksanaan cuti hujung minggu - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61655009202_OnnHafizGhazi.jpg)
Johor kaji semula pelaksanaan cuti hujung minggu - MB
Kerajaan negeri akan mengkaji semula pelaksanaan cuti hujung minggu yang ditetapkan sebelum ini pada hari Jumaat dan Sabtu.
![Bursa Malaysia dibuka rendah awal pagi ini, sentimen berhati-hati Bursa Malaysia dibuka rendah awal pagi ini, sentimen berhati-hati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/61613009619_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia dibuka rendah awal pagi ini, sentimen berhati-hati
Peserta pasaran mungkin mengurangkan aktiviti urus niaga masing-masing sebelum cuti hujung minggu yang panjang bermula.
![Mustapa: Syarikat di Johor akan buat penyesuaian bila cuti hujung minggu diubah Mustapa: Syarikat di Johor akan buat penyesuaian bila cuti hujung minggu diubah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-06/41372552317_295x200.jpg)
Mustapa: Syarikat di Johor akan buat penyesuaian bila cuti hujung minggu diubah
Datuk Seri Mustapa Mohamed percaya syarikat-syarikat di Johor akan buat penyesuaian sewajarnya bila cuti hujung minggu di ubah tahun depan.