JOHOR BAHRU: Johor mengharapkan ‘berita positif’ menerusi pertemuan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan rakan sejawatnya dari Singapura Lee Hsien Loong, yang dijangka akan membincangkan mengenai pembukaan semula sempadan yang dijadualkan pada awal bulan hadapan.
Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, hal ini kerana pembukaan sempadan merupakan agenda berterusan kerajaan negeri, dan pihaknya akan memastikan mereka yang terlibat dalam rentas sempadan itu seperti pekerja, menerima vaksin COVID-19.
“Oleh sebab itu, kita juga akan mempersembahkan kepada kerajaan persekutuan prosedur operasi standard (SOP) rentas sempadan. Ia termasuk pergerakan terhad, walau mereka boleh rentas sempadan, tidak bermakna mereka boleh bergerak di seluruh Singapura.
“Kalau mereka bekerja, maksudnya mereka perlu bergerak dari tempat A dan tempat B, jadi akan ada mekanisme yang boleh dibangunkan untuk kita kawal,” katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas menghadiri ‘Kickstart’ Program Mekar: Modul Kesedaran Jenayah Kanak-Kanak dan Remaja, kolaborasi antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini pada Isnin.
Turut hadir Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dan Naib Canselor UTM Profesor Datuk Ts Dr Ahmad Fauzi Ismail.
Beliau berkata demikian, ketika diminta mengulas tentang tahap keyakinan kerajaan negeri dalam pembukaan semula sempadan ke republik itu, memandangkan kes Covid-19 dilihat meningkat.
Pada 12 April lepas, Menteri Luar Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata, pembukaan sempadan antara dua negara itu dijangka menjadi agenda perbincangan, menerusi pertemuan antara Muhyiddin dan Hsien Loong pada awal bulan depan.
Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai isu dadah Hasni berkata, berdasarkan statistik terkini daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), daerah Mersing mencatatkan tertinggi kes dadah melibatkan golongan belia dan remaja di negeri ini.
Katanya, situasi itu membimbangkan dan usaha untuk menangani isu berkenaan harus dilakukan.
“Bagi peringkat nasional, (ikut ratio penduduk) dalam 100,000 penduduk kira-kira 450 orang didapati terlibat penyalahgunaan dadah, tetapi di Mersing merekodkan kira-kira 1,050 orang (bagi 100,000).
“Kita perlu lakukan sesuatu, bukan sahaja dari pandangan pendidikan, tetapi juga faktor lain yang mempengaruhi penyalahgunaan dadah dan penggunaan dalam kalangan generasi muda di Mersing,” katanya.
Sementara itu Ayob Khan berkata, kebanyakan mereka yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah di Mersing adalah golongan nelayan.
“Kebanyakan dadah digunakan adalah syabu dan methamphetamine, untuk nelayan mungkin mereka guna untuk kekuatan kerana lama berada di laut. Kebimbangan kita adalah ia libat remaja, contoh mungkin terpengaruh daripada ibu bapa, jadi anak turut sama ikut,” katanya.
Beliau berkata pihaknya sentiasa melakukan operasi bagi membanteras isu berkenaan, dan dalam masa sama menjelaskan betapa pentingnya Modul Mekar yang dibangunkan bersama-sama UTM, diharapkan dapat membantu memberikan kesedaran kepada pelajar mengenai bahaya penggunaan dadah dan terlibat dalam kes jenayah. - Bernama
Bernama
Mon Apr 19 2021
Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, hal ini kerana pembukaan sempadan merupakan agenda berterusan kerajaan negeri. - Gambar fail
PENA lancarkan projek penerbitan buku, sasarkan 100 buah buku
Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) membuka peluang kepada penulis tempatan untuk menerbitkan karya sastera melalui projek Penerbitan Buku PENA-MALAYSIA MADANI dan mensasarkan sebanyak 100 judul buah buku penerbitan tahun ini.
Penceramah bebas pertuduhan lakukan amang seksual ke atas kanak-kanak
Hakim Mohd Zul Zaqikudin Zulkifli membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Badrulamin Bahron, 63 tahun.
Wanita antara enam ditahan di Pulau Pinang
Seorang wanita warga tempatan dan lima lelaki warga asing ditahan dalam operasi bersepadu Op Tiris di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 24 Julai lepas.
[TERKINI] Wakil rakyat belakangkan parti akan dituntut RM100 juta
Mana-mana wakil rakyat dari parti UMNO yang meninggalkan dan membelakangi pendirian parti, akan dituntut ganti rugi sebanyak RM100 juta.
Anggota keluarga graduan berdepan serangan dron
Anggota keluarga sekumpulan graduan menjerit dan melarikan diri selepas berdepan serangan dron di Pangkalan Tentera Gebit di timur Sudan tular pada Rabu.
224 orang terkorban, 225 masih hilang di Wayanad
Lebih 1,000 orang telah diselamatkan di sekitar daerah Wayanad, manakala 225 mangsa dikhuatiri masih hilang dalam tragedi tanah runtuh di Kerala, India.
Media tempatan melaporkan, jumlah kematian akibat tragedi itu mencerah 179 orang, dan 195 lagi tercedera
Media tempatan melaporkan, jumlah kematian akibat tragedi itu mencerah 179 orang, dan 195 lagi tercedera
Indonesia naikkan had usia merokok, sekat pengiklanan rokok
Indonesia menaikkan had usia minimum untuk membeli rokok daripada 18 kepada 21, sebagai sebahagian daripada siri perubahan kepada peraturan kesihatan.
Zii Jia mara ke pusingan kalah mati
Pemain profesional badminton perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia mudah melepasi peringkat kumpulan Olimpik Paris 2024 untuk layak ke pusingan kalah mati, di Porte de La Chapelle Arena.
Juara All England 2021 itu menewaskan pemain ke-62 dunia dari Sepanyol Pablo Abian, 21-10, 21-13 dalam tempoh 34-minit.
Juara All England 2021 itu menewaskan pemain ke-62 dunia dari Sepanyol Pablo Abian, 21-10, 21-13 dalam tempoh 34-minit.
"Dia seperti seorang bapa"- Penduduk Gaza berduka dan meratapi pemergian Ismail Haniyeh
Semestinya, pembunuhan pemimpin Hamas Ismail Haniyeh mencetuskan kecaman meluas daripada pemimpin dan pegawai di seluruh dunia.
Turut terkesan atas pemergian Ketua Biro Politik Hamas itu ialah Penduduk Gaza terutamanya di Kem Al-Shati.
Turut terkesan atas pemergian Ketua Biro Politik Hamas itu ialah Penduduk Gaza terutamanya di Kem Al-Shati.
AS tidak terlibat
Amerika Syarikat tidak terlibat atau mengetahui mengenai insiden pembunuhan Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh.
Pembunuhan Ismail Haniyeh: PN seru kerajaan panggil segera Mesyuarat Khas Dewan Rakyat - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, insiden terhadap Ismail merupakan jenayah tidak berperikemanusiaan, terkutuk lagi terkeji yang wajib dikecam sekeras-kerasnya.
Gantung Parlimen: 2 wakil rakyat dibenar mulakan semakan kehakiman
Mahkamah Persekutuan membenarkan dua wakil rakyat memulakan semakan kehakiman bagi mencabar nasihat Muhyiddin untuk menggantung Parlimen sepanjang tempoh darurat pandemik COVID-19.
Bersatu Perak sokong pelan cadangan penyatuan Muhyiddin
Ketetapan itu diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Badan Pimpinan Bersatu Perak malam tadi.
Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin
Muhyiddin memberitahu bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary.
Tiada pengosongan kerusi: Bersatu ambil tindakan undang-undang dalam masa terdekat
Bersatu konsisten menolak keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dan menegaskan beliau tidak sepatutnya membuat keputusan sebegitu.
Pemilihan Bersatu: Peja undur diri, Hamzah bertanding Timbalan Presiden
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bakal 'naik pangkat' dan menyandang jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan akan datang.
Pembangkang semakin dapat sokongan rakyat - Muhyiddin
Pembangkang semakin mendapat sokongan rakyat terutama orang Melayu berdasarkan situasi politik semasa ketika ini.
Pemilihan Bersatu: Saya sudah ada 'keputusan' - Muhyiddin
'Ilham' diperoleh selepas Muhyiddin bertemu dengan sebahagian besar Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, baru-baru ini.
Kekosongan kerusi Parlimen: Kerajaan Perpaduan tak isytihar sebab takut kalah - Muhyiddin
Muhyiddin dakwa, Kerajaan Perpaduan sanggup melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuaan berkait Akta Lompat Parti.
Isu dipecat Bersatu: 'PN jadikan kami ahli Parlimen Bebas' - 6 MP
Enam bekas ahli Parlimen Bersatu yang dipecat daripada parti itu menegaskan tidak akan menyertai mana-mana parti politik, sebaliknya akan terus berkhidmat sebagai wakil rakyat Bebas.