ISKANDAR PUTERI: Johor mencatatkan peningkatan kes kesihatan mental serta gangguan emosi melebihi 20 peratus, sejak penularan COVID-19, tiga tahun lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Ling Tian Soon berkata perkembangan itu cukup membimbangkan memandangkan ia perlu dikendalikan dengan baik supaya tidak berlarutan sehingga membawa kepada isu kesihatan lain.
"Tahun lalu, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) merekodkan sebanyak 28 peratus kes kesihatan mental serta gangguan emosi di negeri ini, berbanding 21 peratus yang dicatatkan pada 2021.
"Pada 2020, kes kesihatan mental dan gangguan emosi juga berada pada tahap tinggi iaitu 28 peratus. Kita mengesan trend peningkatan ini berlaku selepas penularan wabak COVID-19 pada 2020," kata beliau ketika menjawab soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan persidangan Dewan Undangan Negeri Johor di Bangunan Sultan Ismail, di sini hari ini.
Beliau berkata kes kesihatan mental dan gangguan emosi sebelum 2020 di negeri itu hanya mencatatkan antara 11 hingga 12 peratus.
Ling (BN-Yong Peng) berkata demikian ketika menjawab soalan Selamat Takim (BN-Sungai Balang) yang mahu mengetahui kes kesihatan mental dan gangguan emosi yang direkodkan di Johor.
Setakat tahun lalu, seramai 57,855 pesakit berkaitan kes kesihatan mental dan gangguan emosi disaring.
"Ia berbanding hanya 35,951 pesakit pda 2021 dan 37,128 pesakit pada 2020 ketika COVID-19 mula menular," katanya.
Beliau berkata antara gangguan emosi yang dikenal pasti adalah kehilangan pekerjaan dan isu kewangan.
Justeru, Ling berkata JKNJ menyediakan perkhidmatan untuk membantu pesakit beradaptasi dengan situasi baharu dan bagaimana untuk menghadapi kecelaruan emosi.
Selain itu, beliau berkata kerajaan negeri turut menyediakan perkhidmatan sokongan kesihatan mental kepada mangsa banjir khususnya di kawasan terjejas teruk menerusi JKNJ.
"Perkhidmatan ini turut menyediakan pertolongan cemas psikososial, sokongan intervensi untuk mangsa bencana bagi memerangi isu kesihatan mental yang berpunca daripada krisis seperti banjir yang melanda Johor ketika ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 20 2023
Tahun lalu, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) merekodkan sebanyak 28 peratus kes kesihatan mental serta gangguan emosi di negeri ini, berbanding 21 peratus yang dicatatkan pada 2021. - Gambar hiasan
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
Biden, Macron dijangka umum gencatan senjata Israel-Hezbollah
Rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
WHO kecam serangan hospital di utara Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam serangan berterusan rejim Zionis ke atas Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza.
Perkara itu disampaikan Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi sebuah ciapan di X.
Serangan Israel di beirut tengah ragut 29 nyawa
Kawasan padat penduduk di tengah Beirut, musnah akibat serangan udara Israel pada Sabtu lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 29 orang, termasuk kanak-kanak.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
UAE tahan tiga suspek kes bunuh rabai
Ketiga-tiga suspek merupakan warga Uzbekistan berusia 28 hingga 33 tahun.
Gantz desak Netanyahu dedah perjanjian dengan Lubnan
Pemimpin pembangkang Israel Benny Gantz, mendesak Netanyahu mendedahkan butiran perjanjian gencatan senjata yang dilaporkan hampir dimeterai antara Israel dan Lubnan.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Nahas pelajar UiTM: Pemandu wanita masih di Hospital Permai
Mahkamah Majistret diberitahu wanita yang didakwa atas tiga pertuduhan melanggar empat pelajar UiTM Dungun, Oktober lalu masih lagi berada di Hospital Permai.
Astro lancar inisiatif AI menerusi siri Project EXIT, sokong keterlibatan positif di media sosial
Astro, menerusi siri terbaharu Astro Originals, Project EXIT, memperkenalkan inisiatif terkini menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).
KBS sasar tambah bilangan pakar psikologi sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berhasrat untuk menambah bilangan pakar psikologi sukan dalam usaha membantu persediaan atlet menghadapi Sukan Olimpik dan Paralimpik 2028 di Los Angeles.
Nga seru kerjasama UN-Habitat promosi ruang hijau dan taman awam
Nga menyeru kerjasama dengan UN-Habitat untuk mempromosikan kawasan hijau dan membangunkan lebih banyak taman awam di seluruh Malaysia.
Jumlah pakar psikiatri hanya 623 orang - Dr Dzulkefly
Pada 16 Dis 2021, KKM dilapor menyasarkan nisbah satu pakar psikiatri bagi setiap 50,000 penduduk di seluruh negara menjelang 2025.
Tular hina Islam: Polis kenal pasti identiti suspek
Pihak polis akan rakam keterangan suspek dalam masa terdekat memandangkan lelaki itu sedang dapatkan rawatan kesihatan mental di sebuah hospital.
Cuti kesihatan mental perlu dimasukkan dalam pindaan Akta Kerja 1955 - Pakar
Seorang pakar sumber manusia mencadangkan supaya cuti kesihatan mental mandatori, atau cuti tekanan perlu dimasukkan dalam pindaan Akta Kerja 1955 yang akan datang.
Lebih 400,000 kanak-kanak di Lubnan hilang tempat tinggal dalam tempoh tiga minggu - UNICEF
Keadaan di tempat perlindungan sangat sesak dan tidak mencukupi, dengan banyak kemudahan kesihatan tidak berfungsi, menyebabkan kesan besar kepada kesihatan mental dan fizikal kanak-kanak.
Pesakit mental masih boleh dibenarkan memandu - MMHA
Dr Andrew berkata, pesakit itu perlu dipastikan patuh arahan pengambilan ubat secara teratur dan mengikuti rawatan susulan sebelum memandu.
Kesihatan mental di tempat kerja penting untuk kesejahteraan - Lee
Lee berkata kesejahteraan mental berkait rapat dengan produktiviti dan kesihatan mental yang baik di tempat kerja membawa manfaat.