Kerajaan negeri berhasrat menjadikan Johor Bahru sebagai sebuah kota metropolis yang kosmopolitan dan memiliki ekonomi paling progresif.
Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ini kerana menjelang tahun 2050, 70 peratus penduduk di negara ini dijangka akan menetap di kawasan kota dan bandar besar.
"Aspirasi kita adalah agar bandar ini muncul sebagai metropolis yang menawarkan pelbagai ruang yang menyuluhi aspirasi warganya yang kreatif, berilmu dan berinovatif," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Pelan Strategik 2016-2020 dan Malam Apresiasi Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB) di sini malam Ahad.
Mohamed Khaled berkata beliau yakin pembangunan bandar raya ini akan lebih pantas berbanding bandar raya lain di Malaysia kerana pertumbuhan ekonominya yang berganda dan terancang.
Beliau berkata bagaimanapun, sebelum bandar raya ini mencapai tahap yang diharapkan itu, ia akan berhadapan dengan pelbagai cabaran dan permasalahan antaranya kemiskinan bandar, kesesakan lalu lintas dan pencemaran alam sekitar yang mengancam mutu hidup penduduk.
Justeru, pelan strategik MBJB yang baru dilancarkan itu harus diterjemahkan bukan sahaja menerusi strategi dan pemikiran baharu warga MBJB, malah turut fokus kepada pentadbiran bandar raya, membangunkan visi serta memahami aset, potensi dan sumber.
Beliau berkata, MBJB juga harus memperkaya dan memperkasa segala aset serta prasarana sedia ada bagi memastikan Johor Baharu menjadi bandar raya pintar dan lestari pada masa akan datang.
Selain itu katanya, satu lagi cabaran kepada MBJB ialah untuk mewujudkan jenama bagi Johor Bahru yang boleh dipasarkan ke seluruh dunia serta menarik kehadiran pelbagai acara sukan, peluang perniagaan dan forum hubungan politik.
Bernama
Mon Jan 04 2016
Khaled (dua dari kiri) sewaktu majlis pelancaran Pelan Strategik 2016-2020 dan Malam Apresiasi Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB) di Johor Bahru. - Foto Bernama
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Sibujaya tidak lagi berimejkan pedalaman
Itu gambaran yang diberikan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika merasmikan Karnival Konsert Sibujaya 2023.
Naik taraf status MPAJ kepada bandar raya dalam tempoh tiga tahun - Amirudin
Kerajaan Negeri Selangor menyasarkan untuk menaik taraf status Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kepada sebuah bandar raya dalam tempoh tiga tahun lagi.
Ipoh raih tempat kedua PBT terbaik Malaysia kategori bandar raya
Semoga kejayaan itu menjadi pemangkin kepada MBI untuk lebih cemerlang dan menjadi penanda aras kepada PBT lain di seluruh Malaysia.
Kulai perlu bersedia sebelum bergelar bandar raya
Perkara itu terlebih dahulu akan dinilai daripada keperluan semasa dan perkembangan sosio masyarakat.
Sandakan dinaik taraf bandar raya Februari depan - Bung Moktar
Sandakan akan dinaik taraf sebagai bandar raya kedua di Sabah selepas Kota Kinabalu, Februari depan.
Menara Kuantan 188, mercu baharu kebanggaan bandar raya pertama Pahang
Pada waktu malam, menara yang dahulunya dikenali sebagai Menara Teruntum, bercahaya dilimpahi lampu berwarna sekali gus menghidupkan suasana sekitar Kuantan Waterfront.
Perubahan status Kuantan akan bawa banyak kesan positif - Muhyiddin
Perubahan status bandar Kuantan tentunya akan membawa banyak kesan positif kepada penduduk dalam pelbagai segmen.
COVID-19: Rumah jagaan warga emas di New York wajib buat ujian saringan
Rumah penjagaan di New York diwajibkan menjalankan ujian saringan COVID-19 ke atas kakitangannya dua kali seminggu.
Seremban, dulu kawasan bijih timah kini bandar raya
Petempatan awal masyarakat di Negeri Sembilan adalah di Sungai Ujong, yang mula dibuka pada 1773, iaitu 247 tahun dahulu.
Penduduk yakin Seremban akan rancak membangun dengan status bandar raya
Seremban yang dinaik taraf menjadi bandar raya dilihat akan merancakkan aktiviti ekonomi serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan terutamanya kepada generasi muda.