ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri hari ini mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Perubahan Iklim dan Pengurusan Banjir yang akan dibarisi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor.
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata pembentukan jawatankuasa yang akan dianggotai ADUN merentasi parti politik itu, sebagai menyahut peringatan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.
Beliau berkata menerusi titah baginda Khamis lepas, Sultan Ibrahim menggesa kepada semua Bangsa Johor supaya membudayakan amalan mesra alam, menjaga kebersihan, dan mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Baginda juga berkenan mengingatkan semua supaya setiap pembangunan yang hendak dibuat di kawasan berbukit atau tanah tinggi mestilah mengekalkan bentuk.
"Untuk makluman Dewan yang mulia ini, peringatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku berkait rapat dengan misi kerajaan negeri Johor untuk mencari langkah yang efektif bagi menangani isu perubahan iklim ini.
"Oleh itu, mengikut Fasal 32(8) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Johor, kerajaan negeri akan mengemukakan satu rundingan penubuhan Jawatankuasa Perubahan Iklim dan Pengurusan Banjir semasa sidang DUN ini, dan menjadi harapan saya agar rundingan ini akan disokong sebulat suara oleh ahli-ahli Yang Berhormat," kata Onn Hafiz (BN-Machap).
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Bangunan Sultan Ismail, di sini hari ini.
Onn Hafiz menjawab soalan Liow Cai Tung (PH-Johor Jaya), Chiong Sen Sern (PH-Bukit Batu), Nor Rashidah Ramli (BN-Parit Raja) dan Chew Chong Sin (PH-Mengkibol) mengenai usaha dan pelan kerajaan negeri dalam kesiapsiagaan hadapi banjir serta peruntukan tambahan yang diberikan kepada agensi terlibat.
Berhubung soalan tambahan Liow mengenai jawatankuasa itu, beliau berkata penubuhannya sangat penting supaya Johor dapat memperhalusi rancangan yang telah diatur dan dirangka, memperbaiki serta belajar daripada negara yang pernah melalui bencana itu, selain turut mempunyai pelan yang komprehensif.
Selain itu, beliau juga menjelaskan mengenai peruntukan tambahan yang dimohon daripada kerajaan Persekutuan berjumlah RM1.153 bilion bagi membaiki kerosakan susulan bencana itu.
Menurutnya selain projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB), permohonan peruntukan adalah untuk membaiki jalan raya dan infrastruktur.
Antaranya, peruntukan RM168.64 juta menerusi Jabatan Kerja Raya bagi membaik pulih jalan, laluan jalan kaki, cerun dan lain-lain; RM35.676 juta menerusi pejabat daerah untuk baiki sekolah, longkang dan parit; selain RM904.772 juta menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran bagi projek RTB dan sistem saliran, baik pulih jambatan, tebing serta cerun.
Onn Hafiz berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Chew mengenai peruntukan tambahan yang dimohon untuk diberikan kepada agensi terlibat bagi membaiki kerosakan akibat banjir.
Terdahulu, beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Sultan Ibrahim serta keluarga diraja atas keprihatinan baginda sekeluarga yang berkenan menziarahi mangsa banjir selain membantu dari segi wang ringgit dan aset baginda.
Menteri Besar juga menzahirkan penghargaan kepada semua agensi kerajaan negeri dan Persekutuan yang terlibat kerana kerja keras mereka membantu mangsa banjir selain peruntukan segera daripada kerajaan Persekutuan.
"Kerajaan negeri Johor ingin merekodkan dalam Dewan yang mulia ini, ucapan simpati yang tidak terhingga kepada mangsa banjir. Namun, kita tidak pernah pejam mata atau berpeluk tubuh demi membantu semua mangsa banjir di Johor ini," katanya.
Lebih 85,000 rakyat Johor di 10 daerah di negeri ini terjejas dalam bencana banjir yang bermula 28 Feb lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 19 2023
Onn Hafiz berkata pembentukan jawatankuasa yang akan dianggotai ADUN merentasi parti politik itu, sebagai menyahut peringatan Sultan Johor. - Gambar fail
UFC: Nassourdine Imavov cipta kejutan tumbangkan Israel Adesanya dalam pusingan kedua
Keputusan itu juga menyaksikan rekod kekalahan Adesanya dalam kategori middleweight berpanjangan kepada tiga perlawanan berturut-turut.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [2 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Perkembangan banjir di Borneo
- Sidang Parlimen dibuka esok, titah Agong tumpuan utama
- Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
#AWANIpagi #AWANInews
- Perkembangan banjir di Borneo
- Sidang Parlimen dibuka esok, titah Agong tumpuan utama
- Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
#AWANIpagi #AWANInews
Polis pukul pemilik kolam selepas ditegur jangan memancing
Satu laporan polis telah di buat di balai polis Takalar. Polis kini sedang menyiasat berhubung insiden tersebut.
Hapus LGBT: AS mula pelaksanaan iktiraf hanya dua jantina
Penghapusan itu termasuk memaparkan bendera LGBT serta berkaitan dengan golongan itu.
Arteta tak kisah sindiran 'stay humble' Haaland
Arteta turut menegaskan bahawa hubungannya dengan Pep Guardiola tetap positif.
Zaid cadang KJ sertai Pas kerana UMNO sudah tiada masa depan
Zaid turut menolak idea jika Khairy mahu menubuhkan parti politik baharu kerana bakal berdepan laluan sukar.
Remaja ditemukan lemas di Lata Tebing Tinggi
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditemukan lemas ketika mandi bersama rakan-rakannya di Lata Tebing Tinggi, Selama pada Sabtu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan berkenaan insiden itu pada 4.53 petang sebelum tiba ke lokasi kejadian 14 minit kemudian.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan berkenaan insiden itu pada 4.53 petang sebelum tiba ke lokasi kejadian 14 minit kemudian.
Trump arah serangan udara di Somalia, sasar anggota ISIS
Penilaian awal menunjukkan beberapa anggota ISISI terbunuh, tanpa sebarang kecederaan terhadap penduduk awam.
Pengurusan taman tema akan dipanggil - MB Selangor
Kerajaan Selangor akan memanggil pihak pengurusan sebuah taman tema terkenal di Shah Alam berikutan insiden seorang pengunjung cedera tertimpa pelampung permainan gelongsor air kaca yang terjatuh pada Rabu lalu.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan berkenaan adalah untuk menjawab beberapa persoalan berbangkit.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan berkenaan adalah untuk menjawab beberapa persoalan berbangkit.
PM hulur sumbangan kepada bapa tunggal di Kuantan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada seorang bapa tunggal dikenali sebagai Mohammad yang menyara lima anak di Kampung Chengal Lempong, Kuantan, Pahang.
Johor akan tubuh Jawatankuasa Perubahan Iklim dan Pengurusan Banjir
Kerajaan negeri hari ini mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Perubahan Iklim dan Pengurusan Banjir yang akan dibarisi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor.
Selangor tubuh jawatankuasa perubahan iklim bagi mendepani bencana
Jawatankuasa itu akan menumpukan terhadap usaha pencegahan dan kawalan bencana.