BANGI: Kerajaan menyediakan peruntukan RM1.2 juta untuk diagihkan kepada 20 universiti awam bagi melaksanakan program Jualan Murah Keluarga Malaysia Siswa (JMKMSiswa) yang menawarkan diskaun sehingga 20 peratus untuk pembelian barangan keperluan siswa.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar berkata 13 premis koperasi dan tujuh unit keusahawanan di bawah 20 universiti awam dipilih menjadi pelaksana JMKMSiswa, dengan setiap universiti menerima RM60,000 bagi menyediakan insentif diskaun barangan keperluan itu.
"Penjual memberikan harga diskaun untuk barangan keperluan pelajar seperti makanan kering, buku, alat tulis, tambah nilai kad prabayar telekomunikasi dan barangan kegunaan harian lain," katanya ketika merasmikan program JMKMSiswa itu di Universiti Kebangsaan Malaysia di sini semalam.
JMKMSiswa berkenaan berlangsung semalam hingga 18 Dis bagi meringankan beban kos sara hidup mahasiswa.
Noh berkata inisiatif JMKMSiswa dilaksanakan susulan sambutan baik program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) yang dilaksanakan di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara.
Dalam pada itu, terdapat 113 koperasi yang pada masa ini beroperasi secara aktif di universiti awam seluruh negara dengan jumlah aset bernilai RM549 juta dan perolehan tahunan mencecah RM160 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 20 2022

Noh ketika berucap merasmikan program JMKMSiswa di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, semalam. - Facebook Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

JMKMSISWA dilancar untuk ringankan kos sara hidup siswa
13 premis koperasi dan tujuh unit keusahawanan di bawah 20 universiti awam dipilih menjadi pelaksana JMKMSiswa.