Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) masih menunggu siasatan polis dan rawatan hospital selesai sebelum memutuskan penjagaan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang parah didera dipercayai oleh ibu dan teman lelaki kepada wanita itu di Flat Paya Nahu, Sungai Petani.
Pengarah JKM Kedah Md Noor Chik berkata setakat ini pihaknya sudah pun menghantar pegawai pelindung bagi memantau keadaan kanak-kanak itu seterusnya melihat tindakan wajar yang boleh diambil bagi membantu kanak-kanak tersebut.
"Kita akan membantu semaksima yang mungkin dan tidak akan membiarkan kanak-kanak ini terabai malah kita akan membuat penilaian sekiranya mangsa perlu ditempatkan di tempat yang selamat atau bersama keluarga terdekat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Khamis.
BACA: Polis nafi mayat kanak-kanak mangsa dera diawet
Awal pagi tadi, aduan diterima Polis Kuala Muda berhubung kes pergaduhan di flat berkenaan, membongkar kes penderaan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dan membawa kepada penemuan mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun.
Mayat kanak-kanak malang itu ditemukan berbalut dengan selimut toto dan disorokkan di dalam tong ikan dalam bilik di rumah terbabit.
BACA: Maut didera: Ibu lihat sendiri anak dibungkus, diletak dalam tong ikan - Jiran
Susulan itu seorang lelaki berusia 34 tahun dan wanita berusia 26 tahun yang juga ibu kepada mangsa ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.
Jiran mangsa yang pernah menjaga kanak-kanak perempuan itu juga memberitahu pernah melihat banyak kesan lebam pada badan mangsa dipercayai akibat didera.
BACA: Kanak-kanak 2 tahun maut didera, mayat disimpan hingga reput
Sementara itu tinjauan Bernama di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani mendapati kanak-kanak perempuan itu masih menerima rawatan di wad kanak-kanak dan tiada pelawat yang dibenarkan masuk.
Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail pula enggan mengulas lanjut perkara berkenaan dan memberitahu pihaknya masih menunggu laporan penuh berkenaan kes tersebut. -- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 25 2016

Mayat kanak-kanak malang itu ditemukan berbalut dengan selimut toto dan disorokkan di dalam tong ikan dalam bilik di rumah terbabit. - Foto Astro AWANI

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Kes dera: Program pemutihan besar-besaran di Flat Paya Nahu - Ahmad Bashah
Tumpuan utama ialah terhadap penagih dadah yang berada di situ, mereka yang mendiami rumah secara tidak sah serta membuat penyambungan elektrik dan air secara haram.

JKM tunggu siasatan polis kes dera selesai
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) masih menunggu siasatan polis dan rawatan hospital selesai sebelum memutuskan penjagaan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang parah didera dipercayai oleh i

Mekanik dituduh bunuh Noor Amila Edrus Norsyam
Seorang mekanik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh kanak-kanak lelaki, Noor Amila Edrus Norsyam.

Jenazah Noor Amila Edrus selamat dikebumikan
Jenazah Noor Amila Edrus Norsham kanak-kanak berusia lima tahun yang ditemui mati pada Khamis selamat dikebumikan lewat malam tadi.