Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan campur tangan sekiranya hak penjagaan dua anak yatim piatu yang kehilangan ibu bapa akibat nahas jalan raya pada Mei tahun lepas, gagal diselesaikan anggota keluarga.
Pada masa sama, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim, kecewa terhadap perebutan hak penjagaan Nur Firuza Amira Fairuz Nizam, 8, dan adiknya, Nur Firuza Aqilah, 5, yang ibu bapa mereka maut dalam kemalangan ngeri di Lebuhraya Duta Ulu Kelang (Duke).
"Ia adalah pertikaian keluarga. Saya harap mereka dapat selesaikannya supaya berada pada keadaan terbaik untuk menjaga dua kanak-kanak itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Pembangunan Wanita dan Keluarga di sini hari ini.
Fairuz Nizam, 35, isterinya Nova Safitri, 27, serta bayi perempuan tujuh bulan mereka, Nur Annisa Firuza maut dalam kemalangan ngeri di Lebuhraya Duke pada 2 Mei tahun lepas.
Rohani berkata pihaknya sedang mendapatkan maklumat dan laporan terperinci berhubung keadaan dua adik-beradik itu sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut.
"Jika keadaan di luar kawalan, kami akan campur tangan. Kami memang ada hak mengambil penjagaan anak ini (diletakkan di institusi kebajikan) bagi kepentingan kanak-kanak itu.
"Namun, ia adalah pilihan terakhir. Apa yang saya utamakan ialah mereka diberi kasih sayang sepenuhnya," kata Rohani.
Menurutnya, beberapa hari selepas kemalangan itu, anggota keluarga mereka sepakat menyerahkan hak penjagaan dua adik-beradik tersebut kepada seorang anggota keluarga namun kini mereka pula bertelagah untuk mendapatkan hak penjagaan mereka.
"Pada masa itu, mereka memberi jaminan kepada kami. Pada ketika itu, saya juga amat gembira sebab ahli keluarga sepakat untuk menjaga dua adik-beradik itu dan JKM mahu hak penjagaan diberikan kepada ahli keluarga terdekat. Kini, apa yang berlaku amat mengecewakan," katanya. --BERNAMA
Bernama
Thu Oct 20 2016
![JKM campur tangan jika keluarga gagal selesai hak penjagaan dua beradik JKM campur tangan jika keluarga gagal selesai hak penjagaan dua beradik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/51448455832_rohaniabdulkarim.jpg)
ROHANI: Ia adalah pertikaian keluarga. Saya harap mereka dapat selesaikannya supaya berada pada keadaan terbaik untuk menjaga dua kanak-kanak itu. -Gambar fail
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![JKM salur bantuan segera kepada mangsa banjir di Sarawak JKM salur bantuan segera kepada mangsa banjir di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51738150885_banjir.jpg)
JKM salur bantuan segera kepada mangsa banjir di Sarawak
Jabatan Kebajikan Masyarakat di Sarawak telah digerakkan dengan segera bagi memastikan keperluan asas dan sokongan psikososial disalurkan kepada mangsa banjir.
![80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa - Nancy 80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737543854_HajahNancyHajiShu.jpg)
80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa - Nancy
Nancy berkata 475 lagi telah diserahkan kepada keluarga mengikut Seksyen 30 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 manakala lima lagi diserahkan kepada Orang yang Layak dan Sesuai (OYLS) mengikut akta sama.
![JKM cari ibu kandung, waris Muhammad Iqbal Rayyan Abdullah JKM cari ibu kandung, waris Muhammad Iqbal Rayyan Abdullah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737262298_IQBALRAYYANBINAB.jpg)
JKM cari ibu kandung, waris Muhammad Iqbal Rayyan Abdullah
Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar sedang mencari ibu kandung atau waris kepada kanak-kanak lelaki Muhammad Iqbal Rayyan Abdullah.
![Mangsa banjir di Johor dan Kelantan meningkat malam ini Mangsa banjir di Johor dan Kelantan meningkat malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733560885_banjirkelantantu.jpg)
Mangsa banjir di Johor dan Kelantan meningkat malam ini
Jumlah mangsa banjir di Johor dan Kelantan, masing-masing menyaksikan peningkatan setakat 8 malam ini.
![Majoriti kanak-kanak GISB di perak telah dituntut keluarga - Exco Majoriti kanak-kanak GISB di perak telah dituntut keluarga - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734446613_anakanakGISBHdi.jpg)
Majoriti kanak-kanak GISB di perak telah dituntut keluarga - Exco
Sebahagian besar daripada 55 kanak-kanak yang diselamatkan dalam Op Global membabitkan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) di Perak telah dituntut ahli keluarga masing-masing.
![Banjir di Terengganu pulih, di Pahang, Perak, Johor tidak jauh berubah Banjir di Terengganu pulih, di Pahang, Perak, Johor tidak jauh berubah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733572258_PPSTumpat.jpg)
Banjir di Terengganu pulih, di Pahang, Perak, Johor tidak jauh berubah
Situasi banjir di Terengganu pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Kemaman ditutup pada 2.30 petang tadi.
![3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM 3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731582027_TBUzir.jpg)
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
![1,580 jurulatih SST, AST digerakkan bantu emosi, akademik pelajar di PPS 1,580 jurulatih SST, AST digerakkan bantu emosi, akademik pelajar di PPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733373743_FadhlinaSidek.jpg)
1,580 jurulatih SST, AST digerakkan bantu emosi, akademik pelajar di PPS
KPM menggerakkan 1,580 jurulatih utama SST dan AST di PPS bagi membantu pelajar yang terjejas akibat banjir dari aspek emosi dan akademik.
![GISB: 130 kanak-kanak masih belum dituntut oleh ibu bapa - Nancy GISB: 130 kanak-kanak masih belum dituntut oleh ibu bapa - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731822412_TBNANCY.jpg)
GISB: 130 kanak-kanak masih belum dituntut oleh ibu bapa - Nancy
Seramai 130 kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal dikaitkan dengan GISB masih belum dituntut ibu bapa mereka.
![Depoh simpanan keperluan bencana JKM di Kelantan akan ditambah baik - Nancy Depoh simpanan keperluan bencana JKM di Kelantan akan ditambah baik - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733392229_NancyShukri.jpg)
Depoh simpanan keperluan bencana JKM di Kelantan akan ditambah baik - Nancy
Depoh simpanan keperluan bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Kelantan akan ditambah baik dari semasa ke semasa.