KANGAR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis berjaya mematahkan cubaan menyeludup 2,001 liter minyak diesel dianggarkan bernilai RM4,302.15 ke negara jiran dalam tiga rampasan berasingan pada 24 April lepas.
Pengarah Kastam Perlis Ismail Hashim berkata rampasan pertama sebanyak 1,920 liter diesel bernilai RM4,128 yang dilakukan sepasukan anggota Kastam Cawangan Penguatkuasaan Kuala Perlis di Laluan Eskport Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, Kedah pada 9.30 pagi.
"Pemeriksaan dibuat ke atas sebuah lori treler bernombor pendaftaran Thailand dan hasil pemeriksaan mendapati kenderaan itu membawa tangki bahan api tambahan yang berisi cecair disyaki minyak diesel," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata modus operandinya ialah lori treler tersebut dipercayai digunakan bagi menyeludup diesel yang diperoleh dari stesen minyak sekitar Bukit Kayu Hitam menggunakan tiga tangki khas yang diubah suai untuk dibawa ke Bangkok, Thailand.
Menurutnya pemandu lori treler lelaki warga Thailand berusia 40 tahun, ditahan sebelum dilepaskan dengan jaminan Kastam sebanyak RM2,000.
Ismail berkata dua lagi rampasan diesel dipercayai juga untuk diseludup ke negara jiran, melibatkan 81 liter bernilai RM174.15 yang dibuat sepasukan anggota Kastam Cawangan Penguatkuasaan Padang Besar di Laluan Eksport ICQS Padang Besar terhadap dua kenderaan pikap jenis Toyota Hilux pada 10.30 pagi.
"Hasil pemeriksaan terhadap sebuah daripada kenderaan pikup tersebut menemui minyak diesel diisi dalam dua botol dan tiga beg plastik (48 liter diesel bernilai RM103.20) yang disorok di bawah tempat duduk penumpang bahagian belakang serta tempat letak kaki pemandu dan penumpang hadapan.
"Pemeriksaan terhadap sebuah lagi kenderaan pikap itu menemui minyak diesel dalam 12 botol dan tiga beg plastik (33 liter diesel bernilai RM70.95) yang disorok di bawah tempat duduk penumpang bahagian belakang dan ruangan enjin kenderaan tersebut," katanya.
Ismail berkata dua pemandu lelaki warganegara Thailand masing-masing berusia 34 tahun dan 44 tahun ditahan dan dilepaskan dengan jaminan kastam sebanyak RM1,500 setiap seorang, manakala ketiga-tiga kes itu disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.
Dalam pada itu, Ismail berkata pihaknya turut merampas 154 botol atau 42.35 liter minuman keras yang dipercayai tidak berkastam di Lorong Import, Unit Pemeriksaan Rapi ICQS Padang Besar pada 7.30 malam, 6 Mei lepas selepas memeriksa sebuah kereta jenis Proton Wira dipandu wanita Malaysia berusia 43 tahun.
"Kesemua minuman keras tersebut dianggarkan bernilai RM616 dan cukai RM876.84," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 13 2024

Menurut Ismail, pemandu lori treler lelaki warga Thailand berusia 40 tahun, ditahan sebelum dilepaskan dengan jaminan Kastam sebanyak RM2,000. - Gambar IG kastam.malaysia.official

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

Imigresen tumpas sindiket penipuan dalam talian didalangi warga asing
JIM menumpaskan sindiket penipuan dalam talian didalangi warga asing selepas menahan 46 individu dari pelbagai negara dalam serbuan di 17 unit premis kediaman mewah di Kuchai Lama, semalam.

Pegawai imigresen KLIA 'ditangkap' selit 12 pasport di pinggang
JIM menemui 12 keping pasport asing pada badan seorang pegawai JIM di Pejabat Operasi Terminal 2 KLIA pada 1 Januari lalu.

Pasukan inspektorat Imigresen periksa bazar Ramadan pastikan tiada peniaga pindah lesen
Pasukan itu akan melakukan pemeriksaan secara menyeluruh di bazar seluruh negara bagi mengekang aktiviti berkenaan.

Projek jajaran jalan Malaysia-Thailand hampir siap, perkukuh hubungan dua hala
Projek jajaran jalan yang menghubungkan kemudahan ICQS Bukit Kayu Hitam dengan CIQ Sadao di Thailand dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.

Ops Sapu: Imigresen berkas 28 PATI di 10 premis di Ipoh
Ops Sapu itu dilaksanakan di 10 premis di Ipoh bermula Selasa malam hingga Rabu pagi.

7,964 pekerja Bangladesh, kumpulan pertama ke Malaysia selepas migrasi tertangguh
Seramai 7,964 pekerja Bangladesh, daripada kira-kira 18,000 yang proses migrasi mereka ke Malaysia tertangguh menjadi kumpulan pertama bakal memasuki negara Asia Tenggara itu.

Imigresen Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.

Imigresen tahan 38 warga asing di Kampung Baru
Op Sapu KL Strike Force itu dijalankan oleh 35 pegawai selepas risikan selama dua minggu di lokasi terbabit berikutan aduan penduduk setempat mengenai kebanjiran warga asing.

Trump kerah 1,500 tentera ke sempadan AS-Mexico
Presiden Donald Trump pada Rabu mengarahkan pergerakan 1,500 anggota tentera ke sempadan Amerika Syarikat-Mexico (AS-Mexico) selepas menandatangani perintah eksekutif baharu yang melarang kemasukan ap