CHUKAI: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) disaran supaya membina parkir berbumbung untuk menyimpan kenderaan yang dirampas bagi mengelak berlaku susut nilai ke atas kenderaan tersebut semasa dilelong.
Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan berkata ia berikutan terdapat perbezaan harga yang ketara antara nilai kenderaan lelong yang ditempatkan di kawasan berbumbung berbanding tempat terbuka yang terdedah kepada cuaca hujan serta panas.
"Hasil lawatan ke tiga pejabat penguatkuasaan JKDM di Kuala Terengganu, Kelantan dan Kemaman, saya dimaklumkan bahawa nilai kereta yang tidak (ditempatkan di parkir) berbumbung berbeza, tidak tinggi seperti yang berbumbung.
"Jadi kita kehilangan hasil akibat tidak 'membumbungkan' kenderaan yang dirampas," katanya selepas melakukan lawatan kerja di Pejabat JKDM Kemaman yang turut dihadiri Pengarah JKDM Terengganu Mohd Nadzri Ariffin.
Ahmad berkata beliau akan membawa cadangan itu kepada pihak pengurusan tertinggi JKDM untuk membuat penilaian termasuk kos bagi pembinaan bumbung di pejabat penguatkuasaan di seluruh negara.
Menurut Ahmad walaupun perkara tersebut nampak kecil, ia boleh memberi tambahan kepada hasil negara untuk manfaat rakyat.
"Ini adalah antara cara kreatif yang boleh dilakukan oleh JKDM untuk menambah hasil baharu tanpa perlu melaksanakan cukai baharu kepada rakyat," katanya.
Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata JKDM Terengganu berjaya mencatat kutipan cukai lebih RM5.6 juta hingga 26 Dis lepas.
Selain itu sebanyak 167 kes tangkapan berjaya direkodkan melibatkan rampasan rokok, mercun, bunga api, kenderaan dan komoditi perindustrian.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 30 2022
Ahmad Maslan berucap di hadapan kakitangan dan pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kemaman ketika lawatan kerjanya pada Khamis. -Bernama
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
JKDM rampas 105kg dadah bernilai RM3.3 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 105 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine dianggarkan bernilai RM3.3 juta yang diisytiharkan sebagai teh herba Cina pada 15 Okt lepas.
JKDM Pahang gagalkan cubaan edar rokok seludup, minuman keras lebih RM2.6 juta
JKDM Pahang menggagalkan cubaan pengedaran rokok seludup dan minuman keras berjumlah lebih RM2.6 juta termasuk cukai serta duti selepas menyerbu dua gudang di Lukut, Negeri Sembilan bulan lepas.
Kastam rampas 1.06 juta rokok seludup dalam kilang terbiar
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak berjaya merampas 1.06 juta batang rokok putih pelbagai jenama disyaki rokok seludup yang dianggarkan bernilai RM808,562.
Op Carilamat nelayan hilang di perairan Kemaman diperluas
Op Carilamat tiga nelayan yang dikhuatiri hilang di laut selepas keluar menangkap ikan diperluas ke kawasan hingga 840 batu nautika persegi.
Kastam beri amaran arak tiruan diproses dekat kolam ternakan katak
JKDM menumpaskan sindiket memproses arak tiruan di sebuah rumah usang di kawasan hutan terpencil dekat Kampung Valdor Sungai Jawi, Seberang Perai Selatan (SPS) dalam serbuan, 20 Sept lepas.
Sindiket jadikan pelabuhan transit seludup dadah tumpas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor mematahkan sindiket penyeludupan dadah terbesar tahun ini melibatkan rampasan bernilai RM12.05 juta.
Kastam kutip hasil RM41.68 bilion setakat 31 Ogos 2024
Jumlah kutipan hasil Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) setakat 31 Ogos tahun ini telah mencapai RM41.68 bilion.
JKDM Kedah rampas arak, rokok dan setem cukai palsu
Tiada tangkapan dilakukan memandangkan premis itu tidak berpenghuni dan tidak berkunci sewaktu serbuan dilakukan.
Kastam Perlis rampas syabu lebih RM2 juta disembunyi dalam teh Cina
JKDM Perlis menggagalkan cubaan menyeludup masuk dadah jenis syabu seberat 73.319 kilogram (kg) bernilai RM2.34 juta di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar.
Kastam tahan 35 peniaga kedai runcit, rampas rokok, minuman keras seludup bernilai RM2.1 juta
Sebanyak 36 kertas siasatan dibuka dan 35 peniaga kedai runcit warga tempatan dan asing ditahan oleh JKDM.