Keselamatan Penasihat Kedutaan Malaysia di Korea Utara, Mohd Nor Azrin Md Zain bukan sahaja didoakan anggota keluarganya, malah jiran-jiran ibunya di Kampung Raja Uda di sini, turut mendoakan supaya beliau, isteri serta tiga anaknya selamat dan dapat pulang ke tanah air secepat mungkin.
Seorang jiran yang hanya mahu dikenali sebagai Lim berkata, beliau hanya mengetahui anak jirannya itu antara 11 rakyat Malaysia yang tidak dibenarkan keluar dari Korea Utara kira-kira dua hari lepas.
"Saya berdoa untuk keselamatan mereka, harap mereka boleh balik sini segera," katanya ketika ditemui Bernama di sini pada Jumaat.
Mohd Nor Azrin, isterinya Iza Karmila Ramli dan tiga anak mereka, Annur Zulaikha, Aynur Zhafirah serta Ayscha Zinnirah merupakan antara 11 rakyat Malaysia yang dihalang daripada meninggalkan Korea Utara sebagai tindak balas sejurus Malaysia mengusir keluar dutanya, Kang Chol selepas diisytiharkan sebagai Persona Non Grata atau orang yang tidak dialu-alukan.
Namun dua rakyat Malaysia, Stella Lim dan Nyanaprakash Muniandy yang sedang mengikuti Program Makanan Sedunia (WFP) di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) telah dibenarkan keluar dari Pyongyang dan kini berada di Beijing.
Seorang lagi jiran yang ditemui pula berharap kerajaan dapat melakukan yang terbaik bagi menjamin keselamatan Mohd Nor Azrin dan rakyat Malaysia di sana.
"Harap kerajaan Malaysia dapat berbincang elok-elok dengan kerajaan Korea Utara, keselamatan orang kita perlu menjadi keutamaan," kata pesara kerajaan itu yang mahu dikenali dengan nama Omar.
Terdahulu, kira-kira 1,000 jemaah di Masjid Kampung Raja Uda menunaikan solat hajat sejurus selesai solat Jumaat bagi mendoakan keselamatan Mohd Nor Azrin dan rakyat Malaysia di Korea Utara.
Sementara itu, usaha Bernama untuk menemui ibu dan anggota keluarga Mohd Nor Azrin tidak kesampaian berikutan mereka tiada di rumah sejak pagi.
Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara tegang berikutan pembunuhan Kim Chol, yang telah disahkan polis sebagai Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un, di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 13 Feb lalu. -- Bernama
Bernama
Fri Mar 10 2017
![Jiran turut doakan Mohd Nor Azrin, rakyat Malaysia di Korea Utara selamat Jiran turut doakan Mohd Nor Azrin, rakyat Malaysia di Korea Utara selamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/61489160525_MohdNorAzrin.jpg)
Gambar Iza Karmila Ramli bersama suami Mohd Nor Azrin Md Zain serta tiga anak mereka Annur Zulaikha, Aynur Zhafirah dan Ayscha Zinnirah yang dirakamkan di hadapan Kedutaan Malaysia di Pyongyang, Korea Utara. - Foto Bernama
Lebih 18,000 pelarian kembali ke Afghanistan
Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air dari negara jiran, Pakistan, bulan lepas, lapor Xinhua yang memetik media tempatan, Tolo, pada Sabtu.
Latvia henti kebergantungan grid elektrik Rusia
Latvia antara tiga negara baltik yang terbaharu mengambil keputusan dramatik memutuskan hubungan serta kebergantungan dengan grid kuasa elektrik dengan Rusia pada Sabtu. Pelan itu adalah sebagai sebahagian dari rancangan Latvia untuk memacu keselamatan dan mengintegrasikan hubungan dengan negara-negara dibawah Kesatuan Eropah (EU).
![Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739031607_TembakSetiaCityM.jpg)
Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis
Penembak itu bertindak melarikan diri dari pusat beli-belah tersebut, dia dipercayai masih berada di kawasan berhampiran.
[TERKINI] Polis sahkan kejadian tembakan di pusat membeli belah
Ratusan pengunjung yang sedang berada di dalam sebuah pusat beli-belah di Shah Alam berada dalam keadan cemas apabila dipercayai berlaku satu insiden tembak-menembak di lokasi berkenaan.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 8 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738916821_GazaPalestineHam.jpg)
Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera
Dalam tempoh 48 jam lepas sahaja, 26 lagi rakyat Palestin dilaporkan terbunuh, termasuk 22 mayat yang ditemukan daripada runtuhan.
Tumpuan Ahad – 9 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (8 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Parti pimpinan Modi dijangka takluk New Delhi
Parti Perdana Menteri India Narendra Modi Bharatiya Janata Party (BJP), dijangka memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya dewan perundangan tempatan di Delhi. Trend pengiraan undi pada Sabtu menunjukkan BJP memenangi lebih daripada 45 kerusi dalam dewan perundangan 70 anggota, mengatasi Aam Aadmi Party (AAP) yang dipimpin bekas Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal.
![Kronologi pembunuhan Kim Jong-nam: Apa yang diketahui setakat ini Kronologi pembunuhan Kim Jong-nam: Apa yang diketahui setakat ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/81487867373_KimJongNam.jpg)
Kronologi pembunuhan Kim Jong-nam: Apa yang diketahui setakat ini
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berdepan cabaran tatkala sukar mendapatkan kerjasama dengan Kedutaan Korea Utara di Malaysia.
![Malaysia pertimbang tutup Kedutaan Besar di Pyongyang - PM Malaysia pertimbang tutup Kedutaan Besar di Pyongyang - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/81509342501_NajibParlimen.jpg)
Malaysia pertimbang tutup Kedutaan Besar di Pyongyang - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia pada masa ini telah memperkenalkan visa kepada rakyat Korea Utara yang mahu ke negara ini.
![Jiran turut doakan Mohd Nor Azrin, rakyat Malaysia di Korea Utara selamat Jiran turut doakan Mohd Nor Azrin, rakyat Malaysia di Korea Utara selamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/61489160525_MohdNorAzrin.jpg)
Jiran turut doakan Mohd Nor Azrin, rakyat Malaysia di Korea Utara selamat
Keselamatan Penasihat Kedutaan Malaysia di Korea Utara, Mohd Nor Azrin Md Zain bukan sahaja didoakan anggota keluarganya, malah jiran-jiran ibunya.
![Duta Besar Malaysia ke Korea Utara berada di Malaysia - Kementerian Luar Duta Besar Malaysia ke Korea Utara berada di Malaysia - Kementerian Luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/51487741436_NizanMohamad.jpg)
Duta Besar Malaysia ke Korea Utara berada di Malaysia - Kementerian Luar
Duta Besar Malaysia ke Korea Utara Mohamad Nizan Mohamad yang diisytiharkan sebagai persona non grata (PNG) oleh kerajaan Korea Utara, kini berada di Malaysia.
![Keputusan kerajaan terhadap Duta Korea Utara tidak akan jejaskan ekonomi - Rafidah Keputusan kerajaan terhadap Duta Korea Utara tidak akan jejaskan ekonomi - Rafidah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/71437809403_RafidahAziz.jpg)
Keputusan kerajaan terhadap Duta Korea Utara tidak akan jejaskan ekonomi - Rafidah
Ekonomi Malaysia tidak akan terjejas susulan keputusan kerajaan mengisytiharkan Duta Korea Utara di Malaysia, Kang Chol sebagai 'Persona Non Grata'.
![Korea Utara usir duta Malaysia, diisytihar 'Persona Non Grata' Korea Utara usir duta Malaysia, diisytihar 'Persona Non Grata'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/51488802566_KedutaanMalaysia.jpg)
Korea Utara usir duta Malaysia, diisytihar 'Persona Non Grata'
Korea Utara berkata negara itu telah mengarahkan pengusiran Duta Malaysia ke negara dan dianggap individu "persona non grata".
![Ri Tong Il tinggalkan Kedutaan Korea Utara Ri Tong Il tinggalkan Kedutaan Korea Utara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/61488710334_Kedutaan.jpg)
Ri Tong Il tinggalkan Kedutaan Korea Utara
Perwakilan Korea Utara yang dihantar ke Malaysia bagi berbincang berhubung kes pembunuhan Kim Jong Nam, Ri Tong Il dilihat keluar daripada Kedutaan Korea Utara di Bukit Damansara.
![Kang Chol diisytihar persona non grata, diarah keluar dalam 48 jam Kang Chol diisytihar persona non grata, diarah keluar dalam 48 jam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/81487672018_KangChol.jpg)
Kang Chol diisytihar persona non grata, diarah keluar dalam 48 jam
Beliau dikehendaki meninggalkan Malaysia selewat-lewatnya 48 jam dari masa mesyuarat tersebut, iaitu 6.00 petang, 4 Mac 2017.
![Pembunuhan Jong Nam: Polis serah Ri Jong Chol kepada imigresen esok Pembunuhan Jong Nam: Polis serah Ri Jong Chol kepada imigresen esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/71488438060_RiJongChol.jpg)
Pembunuhan Jong Nam: Polis serah Ri Jong Chol kepada imigresen esok
Lelaki warga Korea Utara yang ditahan polis berhubung kes pembunuhan seorang rakyat negara itu pada 13 Feb lepas, akan diserah kepada Jabatan Imigresen esok.
![Kes bunuh Jong Nam perlu diselesaikan secara diplomatik - Hishammuddin Kes bunuh Jong Nam perlu diselesaikan secara diplomatik - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/71487867314_KimJongNam.jpg)
Kes bunuh Jong Nam perlu diselesaikan secara diplomatik - Hishammuddin
Kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un, perlu diselesaikan secara diplomatik, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.