SIBU: Kegiatan aktif pembalakan haram di kawasan Batu 36, Jalan Oya, Tamin, Selangau berjaya dihentikan oleh Jabatan Hutan Sarawak semasa melakukan rondaan penguatkuasaan dekat sini pada Isnin.
Menurut Pengarahnya Datu Hamden Mohammad, pasukan penguatkuasaan daripada Pejabat Hutan Wilayah Sibu itu kemudiannya bertindak menahan kayu-kayu balak tersebut untuk siasatan lanjut serta membuat laporan polis di Balai Polis Selangau.
“Apabila tiba ke lokasi berkenaan, pasukan penguatkuasaan ini telah menjumpai tujuh longgok kayu balak yang sebanyak 717 batang kayu balak pelbagai spesies dan saiz dipercayai telah ditebang secara haram kerana tidak mempunyai tanda Tukul JH, Tukul Hak Milik dan Tag LPI pada kedua hujung kayu balak berkenaan.
“Satu kertas siasatan berkaitannya akan dibuka dalam waktu terdekat agar pihak yang terlibat tidak terlepas begitu sahaja,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Nilai rampasan keseluruhan kayu balak tersebut belum dapat dipastikan sehingga siasatan lanjut berkaitannya dilaksanakan.
Hamden menegaskan pihaknya akan terus melakukan rondaan penguatkuasaan tanpa mengira cuti umum atau hujung minggu bagi mematahkan cubaan kegiatan haram ini.
Fadilah Sulaiman
Tue Feb 01 2022

Longgokan kayu balak pelbagai spesies dan saiz yang dipercayai ditebang secara haram ditemui di kawasan Batu 36, Jalan Oya, Tamin, Selangau.
AWANI Ringkas: Permit masuk warga asing
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tahan sakit lebih 3 jam kepala tertusuk besi
Mangsa dalam keadaan sedar dan stabil, tetapi masih memerlukan pembedahan susulan untuk mengeluarkan baki batang besi.

Amerika Syarikat lancar misi ke ISS, bawa pulang dua angkasawan
Kapal angkasa itu berlepas menggunakan roket SpaceX Falcon 9 dari Pusat Angkasa Kennedy NASA di Florida pada 7.03 malam waktu Timur, menurut siaran langsung NASA.

Projek Waterfront Labuan bernilai RM78 juta bakal lonjakkan ekonomi, pelancongan
Projek itu akan dibangunkan di Victoria Harbour Beach, tapak pasar basah lama di pusat bandar Labuan.

Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak - MetMalaysia
Menurut MetMalaysia, kawasan dijangka terjejas ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), serta Bintulu.

Lelaki maut digilis lori, dilanggar beberapa kenderaan ketika hujan lebat
Siasatan awal mendapati motosikal mangsa dipercayai bergesel dengan sebuah lori yang datang dari arah sama.

Lima maut, 27 cedera kren runtuh di lebuh raya di Bangkok
Pasukan penyelamat segera dikerahkan untuk menyelamatkan mangsa, termasuk yang terperangkap di atas kren.
DBKL banteras penjaja air balang 'Rambo' tanpa lesen, abai kebersihan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Jabatan Penguatkuasaan melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap penjaja air balang tanpa lesen di sekitar Jalan Raja. DBKL mendapati penjaja sering bertukar lokasi perniagaan bagi mengelak dikesan oleh penguat kuasa.
Grid bekalan elektrik Cuba lumpuh, seluruh negara bergelap
Rangkaian elektrik nasional Cuba mengalami kerosakan besar pada lewat Jumaat, menyebabkan gangguan bekalan elektrik yang meluas di ibu negara Havana serta di seluruh negara pulau itu.

Anna Jobling tak sabar bintangi filem baharu, hadiah istimewa selepas GMWA 2024
Anna Jobling berkata dia langsung tidak menyangka akan menerima tawaran berlakon filem selepas meraih kemenangan besar di anugerah berprestij itu.

PGA Sarawak tumpas aktiviti pembalakan haram libat rampasan RM3.2 juta
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak menumpaskan aktiviti pembalakan haram melibatkan rampasan bernilai lebih RM3.2 juta menerusi Op Taring Libas, semalam.

Insiden kepala air Ulu Slim: 'Kayu hanyut bukan sebab pembalakan' - MB Perak
Sisa kayu dan pokok tumbang yang hanyut di Sungai Slim dalam kejadian kepala air di Slim Village pada Jumaat bukan berpunca daripada aktiviti pembalakan.

Sarawak rekod 264 kes pembalakan haram - Awang Tengah
Sebanyak 264 kes pembalakan haram telah direkodkan di Sarawak bagi tempoh di antara 2020 dan 2022, kata Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua negeri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Parlimen: Sarawak catat kes tertinggi pembalakan haram tahun lepas - Nik Nazmi
Sebanyak 90 kes pembalakan haram telah direkodkan di seluruh negara pada 2022 dengan Sarawak mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 60 kes, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Ceroboh hutan di kawasan ECRL, projek telah diarah dihentikan
Kegiatan terbabit dikesan berlaku di empat kawasan di sekitar Hutan Simpan Hulu Gombak dan Serendah, telah pun ditangani Disember lalu.

PDRM sedia bekerjasama kekang pembalak haram
JKDNKA Bukit Aman mengalu-alukan sebarang maklumat daripada individu atau mana-mana pihak berkaitan untuk tindakan lanjut.

Tiada aktiviti pembalakan haram di Tasik Kenyir - Jabatan Perhutanan Negeri
Roslan menyangkal dakwaan sesetengah pihak termasuk netizen yang berkongsi maklumat tidak benar itu di media sosial.

Kerajaan setuju beri pampasan kepada negeri kekalkan hutan simpan - PM
Kerajaan bersetuju memberi pampasan kepada negeri yang mengekalkan hutan simpan sebagai kawasan tadahan air dan melindungi dariapada sebarang kegiatan pembalakan haram.

Pembalakan aktif punca lambakan sisa kayu tersekat di Sungai Baleh - Sarawak Energy
SEB dalam satu kenyataan media berkata, tiada ada aktiviti pembukaan tanah yang berlaku di tapak projek sehingga boleh menyebabkan pembuangan sisa pembalakan.

Timbus kayu balak dengan tanah untuk elak dikesan
260 batang kayu balak jenis meranti dan belian bernilai sekitar RM700,000 dirampas dalam satu operasi oleh SFC.