KUALA LUMPUR:Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low, yang menjadi 'mastermind' dalam skandal 1MDB percaya dia tidak melakukan kesalahan dan hanya meminjam wang daripada 1MDB.
Pengakuan Jho Low itu dibuat melalui rakaman perbualan telefon dengan bekas pegawai kerajaan di bawah pimpinan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang didedahkan melalui sebuah dokumentari disiarkan stesen penyiaran Al Jazeera.
Dokumentari bertajuk 'Jho Low - Hunt for a Fugitive' yang berdurasi selama sejam itu dimulakan dengan panggilan telefon antara Jho Low dan kerajaan malaysia antara Mei hingga November 2018.
Tegas Jho Low, dia hanya meminjam wang berbilion dolar berkenaan daripada 1MDB untuk dirinya.
"Saya percaya saya tidak melakukan apa-apa kesalahan," katanya melalui satu rakaman perbualan telefon yang diperoleh secara eksklusif oleh Al Jazeera.
Tambahnya, wang tersebut dibelanjakan antara lain untuk membeli hartanah mewah di seluruh dunia, karya seni, jet peribadi, kapal layar besar dan arak mahal.
Malah, Jho Low sedia memulangkan semula wang berkenaan, asalkan dia tidak didakwa di mahkamah.
"Semua ini sebenarnya hanya pinjaman, secara langsung atau tidak langsung, tetapi, akhirnya, saya rasa, masanya telah tiba, kami mahu membantu mengembalikan semula aset ini.
"Dan sebagai balasan atas kerjasama yang diberikan, kami mahu meneruskan kehidupan tanpa berdepan sebarang tuduhan," katanya.
Bekas ejen khas FBI, Debra LaPrevotte, yang terlibat dalam peringkat awal penyiasatan 1MDB dan kini menjadi penyiasat kanan NGO anti-kleptokrasi The Sentry, menolak dakwaan Jho Low.
"Jika benar ia tidak melibatkan sebarang salah laku, maka tidak perlu dipulangkan semula aset berkenaan, bukan? Sudah pasti tiada aset yang akan dirampas.
"Ini melucukan. Seolahnya, jika saya terus bercakap mengenai pembohongan ini, mungkin seseorang akhirnya akan mempercayai saya," ujar LaPrevotte.
Sementara itu, bagi bekas Ejen FBI, Bill McMurry, dia percaya satu-satunya cara Jho Low dapat terus melarikan diri adalah melalui rasuah dan dakwanya, bantuan 'orang atasan'.
"Saya percaya dalam tempoh panjang ini, akan ada orang dari peringkat tertinggi dan berkuasa yang membolehkan dia kembali ke Malaysia tanpa sebarang tuduhan," ujarnya.
Dalam pada itu, Jho Low turut meletakkan kesalahan terhadap 1MDB dan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan pada ketika itu.
Dakwanya, semua kelulusan melibatkan 1MDB dibuat Najib sebagai Menteri Kewangan yang bertanggungjawab pada ketika itu.
Jho Low juga memberi sokongan kepada Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, bahawa sebahagian besar daripada satu bilion dolar wang yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib bukan derma daripada Raja Arab Saudi Raja Abdullah, seperti didakwa bekas perdana menteri itu.
Dakwanya, derma tersebut adalah hanya sebahagian kecil daripada jumlah tersebut.
Sehingga kini, Jho Low masih diburu dan polis percaya ahli perniagaan itu masih berada di Macau, walaupun perkara itu dinafikan pihak berkuasa China.
Astro Awani
Mon Nov 16 2020
Jho Low berkata wang yang dipinjam dari 1MDB itu dibelanjakan antara lain untuk membeli hartanah mewah, lukisan, jet peribadi, kapal layar dan arak. - Gambar fail
KPDN Pahang serbu dua premis jadi stor simpanan barang kawalan bersubsidi
KPDN Pahang melakukan serbuan terhadap sebuah restoran dan rumah yang disyaki dijadikan lokasi penyimpanan barang kawalan bersubsidi di Triang, Bera pagi tadi.
10 Berita Pilihan - (23 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Pendidikan | Pencemaran | Ekonomi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Israel lakukan serangan udara di Beirut
Serangan udara itu menyasarkan sebuah bangunan kediaman di Jalan Fathallah, kawasan Basta Fawka yang padat penduduk.
AWANI 7:45 [23/11/2024] – Mangsa sindiran sejak jadi Perdana Menteri | Pelihara keharmonian negara | Tahan tiga suspek, keterangan 23 individu | Bercakap dengan lebah
Tak ambil gaji kena sindir, PM seloroh ambil gaji tahun depan.
Malaysia teguh kerana sepakat dalam perbezaan.
Bukan senyap, siasatan kes simbah asid Faisal Halim masih berlangsung.
Bunuh lebah, ancam bekalan makanan sedunia, laporan khas, Ridauddin Daud.
Malaysia teguh kerana sepakat dalam perbezaan.
Bukan senyap, siasatan kes simbah asid Faisal Halim masih berlangsung.
Bunuh lebah, ancam bekalan makanan sedunia, laporan khas, Ridauddin Daud.
Pilihan Raya Negeri India: BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
SPR India pada 15 Oktober mengumumkan bahawa negeri Maharashtra dan Jharkhand akan mengadakan pilihan raya DUN pada November.
Hadiah perpisahan sempurna Kim Swee, Sabah belasah PT Athletic 4-0
Skuad Badak bermula garang dengan membuka tirai jaringan menerusi Saddil Ramdani pada minit ke-12.
Dialog Perpaduan Malaysia MADANI tingkat kefahaman mengenai kepelbagaian bangsa, agama - Zulkifli
Dialog Perpaduan Malaysia MADANI meningkatkan lagi kefahaman mengenai kepelbagaian bangsa dan agama dalam memperkukuh perpaduan di negara ini.
Tunku Puteri Intan Safinaz kekal Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia
Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah kekal sebagai Pengerusi Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) bagi tempoh tiga tahun akan dat
Pemimpin Israel patut dihukum gantung
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan ICC yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Jho Low mungkin bersembunyi di Myanmar - Muhammad Shafee
Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa, ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low mungkin bersembunyi di Myanmar dan dilindungi oleh junta tentera negara itu.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
Permohonan maaf Najib tidak bawa apa-apa makna - Anthony
DAP menyifatkan permohonan maaf terbuka Datuk Seri Najib Razak berhubung kes salah laku dalam 1MDB tidak membawa apa-apa makna.
Jho Low anggap Riza Aziz sebagai kawan baik - Jasmine Loo
Bekas peguam 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Jasmine Loo Ai Swan memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low menganggap a
Tindakan Najib jelas menunjukkan kepentingannya dalam 1MDB - Pendakwaan
Mahkamah diberitahu tindakan dan kelakuan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pelbagai insiden berkaitan dengan 1MDB jelas menunjukkan beliau mempunyai kepentingan peribadi.
1MDB: Seorang meninggal dunia, seorang tidak tahu di mana, keterangan saksi hanya 'dengar cakap' - Peguam bela
Pasukan pembelaan Najib Razak menegaskan, mahkamah tidak sepatutnya mengambil kira keterangan saksi-saksi pendakwaan dalam kes penyelewengan dana 1MDB.
Arul Kanda tidak terlibat dalam transaksi 1MDB sebelum 2014 - Mahkamah
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Arul Kanda tidak terlibat dalam transaksi yang didakwa salah antara 2009 dan 2014.
Saman 1MDB: Jho Low pindah US$2.4 juta wang 1MDB ke akaun selebriti Hollywood
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Jho Low menggunakan syarikat samaran miliknya, untuk memindahkan sejumlah US$2.4 juta daripada 1MDB ke dalam akaun bank selebriti Hollywood.
1MDB: Amhari pegawai awam yang korup - Peguam Najib
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa bekas pegawai khas Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin adalah pegawai awam yang korup.