KUALA LUMPUR: Seorang penyelesai hutang (liquidator) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis bahawa bayaran AS$8.99 juta diterima syarikat Blackstone Real Asia Estate Partners Ltd (BVI) dikawal oleh sekutu kepada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.
Saksi pendakwaan kedua, Angela Barkhouse berkata demikian dalam satu pernyataan saksi, ketika prosiding saman sivil AS$1.18 bilion SRC International terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC, Nik Faisal Ariff Kamil sebagai defendan pertama dan kedua, di hadapan Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin.
Angela yang juga pakar pemulihan aset luar pesisir berkata, wang yang diterima itu kemudiannya dirumuskan oleh penyiasat kewangan sebagai wang sogokan.
"Saya ambil maklum, ketika transaksi dibuat daripada Gobi Coal & Energy Limited (GCE) kepada Blackstone dan Globalink Private Aviation Ltd, sejurus pembayaran daripada syarikat usaha sama terbabit iaitu Aabar-SRC kepada GCE," katanya.
Sebelum ini, penyiasat kewangan berkata, tiada bukti menunjukkan Najib memulangkan AS$120 juta yang dikatakan daripada SRC kepada firma Singapura, Tanore Finance Corporation.
Beliau turut mengakui tidak melihat bukti melalui dokumen yang menyatakan Najib melakukan demikian menerusi akaun peribadinya di negara ini, kepada akaun Tanore Finance di Singapura pada tahun 2013.
SRC mengemukakan saman pada Mei 2021, terhadap Najib dan Nik Faisal atas dakwaan pecah amanah jenayah, salah guna kuasa dan memperoleh ganjaran peribadi selain melakukan penyelewengan dari dana syarikat itu.
Syarikat itu memohon ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi tambahan, faedah, kos dan relief lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
SRC juga menuntut deklarasi mahkamah bahawa Najib bertanggungjawab bagi kerugian yang dialami oleh syarikat itu akibat pelanggaran tugas serta amanah beliau dan menuntut supaya beliau membayar balik kerugian yang dialami sebanyak RM42 juta.
Najib, 71, yang kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Mar 14 2024
![AS$8.99 juta diterima BVI dikawal sekutu Jho Low - Saksi AS$8.99 juta diterima BVI dikawal sekutu Jho Low - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710414496_MahkamahKualaLumpu.jpg)
SRC mengemukakan saman pada Mei 2021, terhadap Najib dan Nik Faisal atas dakwaan pecah amanah jenayah, salah guna kuasa dan memperoleh ganjaran peribadi selain melakukan penyelewengan dari dana syarikat itu. - Gambar hiasan
![Lagi kilang biskut di Taiping diserbu KPDN, guna logo halal tidak sah Lagi kilang biskut di Taiping diserbu KPDN, guna logo halal tidak sah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720163349_kilangbiskuthalal.jpg)
Lagi kilang biskut di Taiping diserbu KPDN, guna logo halal tidak sah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak melakukan serbuan terhadap sebuah kilang biskut di Taiping yang menggunakan sijil halal tamat tempoh, semalam.
Rishi Sunak akui kekalahan, ucap tahniah kepada Keir Starmer
Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak, mengakui berdepan kekalahan dalam pilihan raya Britain dan menyatakan bahawa Parti Buruh pembangkang telah menang pada Jumaat.
![Representasi pegawai SPRM, Datuk Roy kaji semula tuduhan rasuah ditolak Representasi pegawai SPRM, Datuk Roy kaji semula tuduhan rasuah ditolak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720162604_pegawai.jpg)
Representasi pegawai SPRM, Datuk Roy kaji semula tuduhan rasuah ditolak
Jabatan Peguam Negara menolak representasi dikemukakan seorang pegawai SPRM dan Datuk Roy untuk mengkaji semula pertuduhan rasuah.
AWANI Ringkas: Tiga nama selesai disaring calon Nenggiri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![MCMC, PDRM rakam percakapan Hishamuddin Rais bagi bantu siasatan MCMC, PDRM rakam percakapan Hishamuddin Rais bagi bantu siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720161330_HishamuddinMdRais.jpg)
MCMC, PDRM rakam percakapan Hishamuddin Rais bagi bantu siasatan
MCMC dengan kerjasama PDRM telah merakam percakapan aktivis sosial Hishamuddin Md Rais di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields semalam.
![Prabowo pilih jalani pembedahan walaupun cedera sejak 80an - Pakar bedah Prabowo pilih jalani pembedahan walaupun cedera sejak 80an - Pakar bedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720156111_PrabowoSubianto.jpg)
Prabowo pilih jalani pembedahan walaupun cedera sejak 80an - Pakar bedah
Dr Yos Sunaryo berkata, beliau akur dengan permintaan Prabowo, namun enggan mengulas bila pembedahan itu dijalankan.
![Penari cilik Sabah bersinar di Tarian Piala Dunia, bawa pulang 3 pingat emas Penari cilik Sabah bersinar di Tarian Piala Dunia, bawa pulang 3 pingat emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720161501_TARIANPIALADUNIA.jpg)
Penari cilik Sabah bersinar di Tarian Piala Dunia, bawa pulang 3 pingat emas
Pelajar dari empat sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Mutiara, SK St. Agnes, SK Sri Gaya, dan SK Bundu berjaya membawa pulang dua perak dan dua pingat gangsa di Tarian Piala Dunia (DWC) di Prague
AWANI Ringkas: KESUMA lapor kepada SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Polis tumpaskan sindiket rekrut 'programmer' judi dalam talian Polis tumpaskan sindiket rekrut 'programmer' judi dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720161058_TBLOGOPDRM.jpg)
Polis tumpaskan sindiket rekrut 'programmer' judi dalam talian
Polis menumpaskan sindiket perjudian yang merekrut individu berkemahiran dalam bidang pengatur cara perisian atau 'programmer' di Kuala Lumpur.
![Isu HRD Corp: Kesuma serah laporan berkaitan kepada SPRM Isu HRD Corp: Kesuma serah laporan berkaitan kepada SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720160645_tbSPRM.jpg)
Isu HRD Corp: Kesuma serah laporan berkaitan kepada SPRM
Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) menyerahkan laporan mengenai isu membabitkan Human Resource Development Corporation (HRD Corp) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![AS akan kembalikan aset AS$100 juta yang dikaitkan dengan 1MDB kepada Malaysia AS akan kembalikan aset AS$100 juta yang dikaitkan dengan 1MDB kepada Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51680061897_TBJHOLOW.jpg)
AS akan kembalikan aset AS$100 juta yang dikaitkan dengan 1MDB kepada Malaysia
Karya seni, apartmen mewah di Paris dan hartanah serta wang tunai di Hong Kong, Switzerland dan Singapura akan dipulangkan kepada Malaysia.
![Jho Low catur operasi 1MDB - Saksi Jho Low catur operasi 1MDB - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716808744_JhoLow.jpg)
Jho Low catur operasi 1MDB - Saksi
Penyiasat SPRM bersetuju di Mahkamah Tinggi bahawa Jho Low mencatur semua operasi dalam syarikat 1MDB.
![Kes jenayah Goldman Sachs berhubung 1MDB tamat secara rasmi Kes jenayah Goldman Sachs berhubung 1MDB tamat secara rasmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697109012_GoldmanSachs.jpg)
Kes jenayah Goldman Sachs berhubung 1MDB tamat secara rasmi
Goldman Sachs telah memenuhi kewajipannya dan membayar penalti sebanyak AS$2.9 bilion.
![Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714204013_tbNajibTunRazak.jpg)
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
![Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714039800_NajibTunRazak.jpg)
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
!['Saya tidak tahu apa-apa mengenai hubungan Zeti-Jho Low' - Bekas peguam 1MDB 'Saya tidak tahu apa-apa mengenai hubungan Zeti-Jho Low' - Bekas peguam 1MDB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712315300_jasmineloojholow.jpg)
'Saya tidak tahu apa-apa mengenai hubungan Zeti-Jho Low' - Bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1MDB Jasmine Loo Ai Swan memberitahu mahkamah tidak tahu mengenai sebarang hubungan perniagaan antara suami Zeti dan Jho Low.
![AS$8.99 juta diterima BVI dikawal sekutu Jho Low - Saksi AS$8.99 juta diterima BVI dikawal sekutu Jho Low - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710414496_MahkamahKualaLumpu.jpg)
AS$8.99 juta diterima BVI dikawal sekutu Jho Low - Saksi
Seorang penyelesai hutang (liquidator) memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa bayaran AS$8.99 juta diterima syarikat Blackstone Real Asia Estate Partners Ltd (BVI) dikawal oleh sekutu Jho Low.
![Bekas pengurusan kanan bank BSI mengaku tidak semak dakwaan Jho Low Bekas pengurusan kanan bank BSI mengaku tidak semak dakwaan Jho Low](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709818043_TBKevinMichaelSwam.jpg)
Bekas pengurusan kanan bank BSI mengaku tidak semak dakwaan Jho Low
Bekas pengurusan kanan bank BSI mendedahkan pihak bank tidak pernah melakukan semakan untuk mengesahkan Jho Low bertindak bagi pihak Najib berkaitan hal ehwal SRC International.
![Jho Low bersumpah mahu jadikan hidup saya menderita jika kembali - Jasmine Loo Jho Low bersumpah mahu jadikan hidup saya menderita jika kembali - Jasmine Loo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700133261_jasmineloojholow.jpg)
Jho Low bersumpah mahu jadikan hidup saya menderita jika kembali - Jasmine Loo
Jasmine Loo memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa Jho Low telah bersumpah untuk menjadikan hidupnya menderita sekiranya beliau kembali ke Malaysia.