KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low telah membuka akaun bank Swiss untuk Good Star Limited (Ltd) tiga bulan sebelum syarikat miliknya itu menerima dana AS$700 juta milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 2009.
Penganalisis Bank Negara Malaysia (BNM), Adam Ariff Mohd Roslan, 34, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa Jho Low membuka akaun bank Good Star Ltd pada 11 Jun 2009 dan syarikat itu menerima AS$700 pada 30 Sept, 2009.
Saksi pendakwaan ke-47 itu berkata, menurut rekod perbankan, 1MDB telah mengarahkan Deutsche Malaysia supaya melakukan pemindahan tersebut (AS$700 juta).
Adam Ariff, yang juga penganalisis pasukan petugas khas (1MDB), itu berkata, demikian ketika disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Kamal Baharin Omar dalam perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes penyelewengan dana RM2.3 bilion 1MDB.
Bagaimanapun, peguam bela Najib, Muhammad Farhan Muhammad Shafee berkata, pasukan pembelaan mengekalkan bantahannya terhadap kebolehterimaan dokumen yang menjadi sandaran pihak pendakwaan untuk membuktikan pembukaan akaun Good Star.
Terdahulu, ketika membaca pernyataan saksi, Adam Ariff memaklumkan bahawa RM2.28 bilion dikreditkan dalam akaun peribadi Najib menerusi 19 transaksi dari 2011 hingga 2014 boleh dijejak daripada dana yang dikumpul dan dimilik 1MDB berdasarkan analisis 343 dokumen dan rekod perbankan.
Membaca laporan yang disediakan pada Julai lalu mengenai jejak aliran wang masuk ke akaun perbadi Najib, Adam Ariff berkata, beliau telah membuat kenyataan dan analisis dalam laporan itu secara jujur, tepat dan boleh dipercayai.
Dalam laporan itu, katanya, beliau tidak mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa terdapat sebarang fakta material yang mengelirukan atau telah dirahsiakan daripadanya.
Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung 18 Sept ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 30 2023
Jho Low telah membuka akaun bank Swiss untuk Good Star Ltd tiga bulan sebelum syarikat miliknya itu menerima dana AS$700 juta milik 1MDB. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (26 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Gempur Teknikal | Sebat di Khalayak Awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight 26 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. MACC to focus on grand corruption, national asset recovery in 2025
2. Thousands mark 20 years since deadly tsunami
#AWANIEnglish #AWANINews
1. MACC to focus on grand corruption, national asset recovery in 2025
2. Thousands mark 20 years since deadly tsunami
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: Thousands mark 20 years since deadly tsunami
Survivors and families of victims across countries gathered on Thursday to mark the 20th anniversary of the deadly tsunami that killed over 230,000 people.
AWANI Tonight: Driving growth with tax education, compliance
AWANI 7:45 [26/12/2024] - 20 tahun tragedi tsunami | Siap siaga banjir di Kelantan Ahad ini | Hukuman sebat di masjid | Seleweng bahan kawalan
- Mengenang 20 tahun tragedi tsunami, siren dibunyikan di Banda Aceh
- Kelantan siap siaga, ramalan banjir sembilan jajahan Ahad ini
- Hukuman sebat pesalah khalwat dilaksana di masjid esok
- Kapal angkasa Nasa cipta sejarah, terbang hampiri matahari
- Kelantan siap siaga, ramalan banjir sembilan jajahan Ahad ini
- Hukuman sebat pesalah khalwat dilaksana di masjid esok
- Kapal angkasa Nasa cipta sejarah, terbang hampiri matahari
Lima wartawan terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza
Tentera rejim mengebom sebuah kenderaan penyiaran televisyen di hadapan Hospital Al-Awda di kem Al-Nuseirat.
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 26 Disember 2024
1️⃣ Terjatuh dari tingkat 33, pelajar universiti maut
2️⃣ Tiada rakyat Malaysia terjejas
3️⃣ Kastam rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
#awaniringkas
1️⃣ Terjatuh dari tingkat 33, pelajar universiti maut
2️⃣ Tiada rakyat Malaysia terjejas
3️⃣ Kastam rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
#awaniringkas
Kimchi, yogurt buatan Malaysia jadi sumber pendapatan ibu tunggal
Setakat ini, seramai 35 ibu tunggal diberi tunjuk ajar cara menghasilkan dua produk makanan berasal dari luar negara itu.
Majlis Peguam gesa Terengganu, Kerajaan Pusat pertimbang semula sebatan di khalayak ramai
Presiden Majlis Peguam Mohamad Ezri Abdul Wahab berkata pelaksanaan hukuman sebat di khalayak ramai melebihi had bidang kuasa Mahkamah Syariah.
1MDB: 'Saya bukan tidak siuman untuk minta bukti dokumen jejas pembelaan' - Najib
Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi, beliau bukan tidak siuman untuk meminta bukti dokumen yang boleh menjejaskan pembelaan kes penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1MDB.
Saya secara palsu dikaitkan dengan perbuatan salah laku Jho Low - Najib
Najib memberitahu bahawa beliau secara palsu dilibatkan dalam perbuatan salah laku ahli perniagaan, Low Taek Jho berkaitan hal ehwal 1MDB.
1MDB: Pelayaran ke Selatan Perancis adalah percutian bersama keluarga - Najib
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pelayaran ke Selatan Perancis pada 2009 adalah semata-mata untuk meluangkan masa bercuti bersama keluarga.
1MDB: Shahrol Azral tidak seharusnya ikut arahan Jho Low - Najib
Bekas CEO 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi tidak seharusnya mengikut arahan Jho Low, kata Najib.
1MDB: Tidak wujud budaya kerja silo - Najib
Najib menafikan wujud struktur budaya kerja secara silo ketika beliau memegang jawatan Perdana Menteri.
Najib nafi terlibat dalam transisi TIA ke 1MDB
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi beliau tidak pernah mengadakan perbincangan dengan Jho Low mengenai transisi TIA kepada 1MDB.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Jho Low mungkin bersembunyi di Myanmar - Muhammad Shafee
Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa, ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low mungkin bersembunyi di Myanmar dan dilindungi oleh junta tentera negara itu.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
Permohonan maaf Najib tidak bawa apa-apa makna - Anthony
DAP menyifatkan permohonan maaf terbuka Datuk Seri Najib Razak berhubung kes salah laku dalam 1MDB tidak membawa apa-apa makna.