IPOH: Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) menyasarkan 170 rumah untuk dibaik pulih pada tahun ini, kata Ketua Pengarahnya Mej Jen Zambery Jefry Darus.
Beliau berkata daripada jumlah itu, 147 unit telah diluluskan hingga hari ini dan proses membaiki baki rumah rosak akan diteruskan secepat mungkin.
"Melalui inisiatif perumahan veteran tentera pada tahun ini, kerajaan memperuntukkan RM5.7 juta bagi membina 40 rumah baharu dan 170 rumah untuk dibaik pulih.
"Setakat ini, kita sudah bina 32 unit rumah baharu dengan tujuh daripadanya telah siap dibina. Tempoh bagi menyiapkan sebuah rumah dalam tiga bulan sahaja," katanya pada sidang media selepas merasmikan penyerahan kunci rumah di Kampung Ulu Chepor di sini hari ini.
Zambery Jefry berkata usaha itu melalui inisiatif perumahan yang dijayakan oleh JHEV ATM bagi membina rumah baharu kepada veteran ATM yang daif dan memerlukan.
Zambery Jefry berkata rumah bina baharu yang dirasmikan hari ini bernilai RM85,000 dengan JHEV ATM membiayai sebanyak RM65,000, manakala bakinya dibiayai dan dipantau oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).
Sementara itu, seorang pesara komando, Mohd Sobri Bakar, 63, berkata beliau berasa gembira dan bersyukur apabila menerima sebuah rumah selepas kira-kira empat tahun tinggal dalam pondok di Kampung Gapis dekat Padang Rengas.
Mohd Sobri yang pernah bertugas selama 15 tahun sebagai anggota Grup Gerak Khas di Kem Slim, Cameron Highlands sejak 1982, menyifatkan JHEV ATM adalah sebuah badan yang sentiasa cakna dan responsif dalam membantu golongan tersebut.
"Saya membuat permohonan untuk mendapatkan rumah pada Mac tahun lepas dan siap sepenuhnya bulan lepas, saya berterima kasih kepada pihak JHEV ATM.
"Selepas bersara, saya meneruskan hidup dengan membuat pelbagai kerja termasuk sebagai pemandu lori, kerja kilang serta kerja kebun seperti mengambil upah potong rumput dan menebang pokok bagi menampung keluarga," katanya ketika ditemui di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 14 2023

Pesara Komando Angkatan Tentera Malaysia Mohd Sobri Bakar, 63, (kanan) dan isterinya Zima Abu Talib, 54, ceria setelah menerima rumah baharu pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Inisiatif Veteran ATM. - Foto BERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

JHEV ATM sasar baik pulih 170 rumah tahun ini
Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) menyasarkan 170 rumah untuk dibaik pulih pada tahun ini, kata Ketua Pengarahnya Mej Jen Zambery Jefry Darus.

RM5.7 juta untuk baik pulih, bina rumah veteran ATM - Adly
Kementerian Pertahanan memperuntukkan RM5.7 juta melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) bagi inisiatif perumahan veteran tentera pada tahun ini.

Keluarga Prebet Suria akan ditempatkan di rumah transit Flat Sri Johor - Rina Harun
Empat daripada lima anak pesara tentera itu juga akan menerima Bantuan Kanak-Kanak di bawah JKM mulai bulan hadapan.