KUCHING: Penggunaan jet peribadi memberikan beberapa kelebihan berbanding pesawat komersial kepada pemimpin dan pegawai Kerajaan Sarawak termasuk tahap keselamatan yang lebih tinggi.
Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata jet peribadi juga menawarkan lebih kefleksibelan dalam mengatur perjalanan.
"Keselamatan pemimpin dan pegawai tinggi Kerajaan Sarawak amat penting sekali serta tidak boleh dinilaikan dengan wang ringgit dan kami akan mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi memastikan keselamatan penerbangan mereka, terutamanya ke luar negara.
Oleh itu, penggunaan jet peribadi adalah satu pilihan berdaya maju yang mampu memberikan tahap keselamatan yang diperlukan," kata beliau yang merupakan Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu Kedua Sarawak ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementerian itu di persidangan dewan undangan negeri di sini hari ini.
Pada 17 Mei lepas, Ahli Dewan Undangan Negeri Pending Violet Yong Wui Wui mempersoalkan penggunaan jet peribadi oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan lain-lain pemimpin negeri dalam perjalanan rasmi mereka ke London baru-baru ini.
Sementara itu, Uggah berkata Kerajaan Sarawak telah menandatangani satu kontrak dengan Hornbill Skyways untuk menyediakan perkhidmatan pesawat kepada kerajaan negeri, termasuk Yang Dipertua Negeri Sarawak, Premier Sarawak, Timbalan Premier dan Menteri-Menteri Kabinet.
"Jenis jet yang digunakan pemimpin kerajaan negeri tidak ditetapkan oleh Kerajaan Sarawak tetapi oleh Hornbill Skyways berdasarkan perjalanan mereka dan kesesuaian teknikal pesawat untuk penerbangan jauh," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 24 2023

Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata jet peribadi juga menawarkan lebih kefleksibelan dalam mengatur perjalanan. - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Jet Rusia terhempas: 10 penumpang termasuk anak kapal maut
Sebuah jet peribadi terhempas di Rusia pada hari Rabu, membunuh semua 10 orang di dalamnya.

Jet peribadi tawar keselamatan lebih tinggi untuk pemimpin Sarawak - Uggah
Penggunaan jet peribadi memberikan beberapa kelebihan berbanding pesawat komersial kepada pemimpin dan pegawai Kerajaan Sarawak termasuk tahap keselamatan yang lebih tinggi.

Twitter gantung akaun beberapa wartawan buat liputan Elon Musk
Beberapa wartawan yang membuat liputan mengenai Elon Musk digantung daripada Twitter pada Khamis.

Jutawan Juragan 99 akhirnya mengaku, bohong beli jet peribadi
Dunia hiburan Indonesia saat ini sedang hangat dengan kisah penipuan usahawan usahawan muda mereka yang mengaku jutawan.

COVID-19: Orang kaya Hong Kong terpaksa tempah jet peribadi untuk selamatkan 'si comel' mereka
Golongan kaya Hong Kong kini menempah pesawat jet persendirian untuk menyelamatkan haiwan kesayangan mereka.

13 maut jet peribadi terhempas di Mexico
Sebuah jet peribadi yang dilaporkan hilang ketika dalam penerbangan dari Las Vegas ke Monterrey, ditemui pada Isnin.

Kemalangan landasan: Dua pengawal udara digantung tugas
Dua pengawal trafik udara yang bertugas ketika insiden pesawat persendirian melanggar kenderaan MAHB digantung tugas.

Bawa balik jet Jho Low hanya jika berbaloi - PM Tun Mahathir
Usaha membawa balik jet peribadi milik ahli perniagaan yang sedang dicari Low Taek Jho, atau Jho Low, hanya akan dilakukan sekiranya ia berbaloi, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jet peribadi terhempas di AS, sembilan dikhuatiri maut
Menurut laporan media tempatan, kesemua penumpang termasuk dua juruterbang dalam pesawat itu dipercayai terkorban.

Penggunaan jet adalah hak Najib sebagai PM - Shahidan Kassim
Datuk Seri Shahidan Kassim berkata kos perbelanjaan terhadap jet tersebut juga adalah harta kerajaan dan bukannya harta individu.