Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai yang berada di kawasan merekodkan kualiti udara tidak sihat akibat jerebu susulan kebakaran hutan di Indonesia supaya mengurangkan aktiviti fizikal yang menyebabkan peningkatan kadar pernafasan dan metabolisma badan.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini berikutan ia boleh meningkatkan risiko penyakit akibat jerebu dan cuaca panas.
Beliau turut meminta orang ramai supaya mengurangkan aktiviti di luar bangunan atau menggunakan penutup hidung dan mulut, payung, dan topi sekiranya berada di luar rumah.
"Orang ramai juga perlu menutup tingkap bagi mengurangkan asap jerebu masuk ke dalam rumah atau bangunan dan mengelakkan aktiviti yang boleh meningkatkan pencemaran udara dalam rumah atau bangunan dengan tidak merokok dan sentiasa membersihkan persekitaran dalaman," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut menasihatkan orang ramai untuk lebih kerap meminum air kosong bagi mengekalkan tahap hidrasi dan mendapatkan rawatan segera sekiranya tidak sihat.
Dr Noor Hisham berkata orang awam boleh mendapatkan langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu dan cuaca panas menerusi laman sesawang kementerian.
BACA: Lembah Klang, Pulau Pinang bakal kena tempias jerebu Indonesia - MetMalaysia
BACA: Negara diselimuti jerebu kembali
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) pada Khamis melaporkan beberapa negeri bakal berdepan tempias jerebu berterusan dalam tempoh tujuh hari berikutan monsun Barat Daya dengan cuaca kering dan stabil, susulan kebakaran hutan di lima wilayah di Indonesia.
Jerebu yang merentas sempadan dari Sumatera boleh mempengaruhi keadaan terutama di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan di sebelah utara semenanjung seperti Pulau Pinang.
Menurut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) menerusi laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), setakat pukul 7.00 petang Khamis, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh negara berada di tahap sederhana kecuali dua kawasan yang merekodkan bacaan tahap tidak sihat iaitu Johan Setia, Selangor dan Rompin, Pahang di mana terdapat kebakaran di kawasan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 01 2019
Pemandangan Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur yang terjejas dengan jerebu akibat kebakaran hutan di lima wilayah di Indonesia ketika tinjauan di sekitar ibu kota pada 1 Ogos, 2019. --fotoBERNAMA
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Cuaca panas Tahap 1 di tiga kawasan - MetMalaysia
Tiga kawasan itu ialah Kemaman, Terengganu, Maran, Pahang dan Limbang, Sarawak.
Cuaca panas di semenanjung tempias Taufan Trami
Fredolin berkata, Malaysia didominasi fasa kering Ayunan Madden-Julian yang menghalang perolakan dan mengurangkan pembentukan awan dan penurunan hujan.
Tujuh kawasan di Semenanjung alami cuaca panas sekurang-kurangnya tiga hari
Larut, Matang dan Kuala Kangsar (Perak), Gombak dan Petaling (Selangor), Wilayah Persekutuan Putrajaya serta Maran dan Temerloh di Pahang merupakan kawasan yang terlibat.
Amaran gelombang haba dikeluarkan untuk Seoul
Amaran gelombang haba dikeluarkan apabila suhu tertinggi dijangka mencapai 33 darjah Celsius atau lebih selama dua hari berturut-turut.
Hospital Putrajaya buat persiapan rapi, siap sedia bantuan perubatan
Pasukan perubatan dengan kekuatan 250 petugas disediakan, dengan petugasnya termasuk daripada beberapa hospital di Lembah Klang.
Seoul catat rekod 'malam tropika' terpanjang dalam 18 tahun
'Malam tropika' berlaku apabila suhu kekal pada 25 Celsius atau lebih tinggi dari 6.01 petang hingga 9 pagi keesokan harinya.
Bosnia-Herzegovina mohon bantuan antarabangsa padam kebakaran hutan
Majlis itu pada Isnin meluluskan keputusan yang dicadangkan oleh Kementerian Keselamatan untuk mendapatkan bantuan antarabangsa.
Kesediaan makanan lebih penting bagi pengguna daripada kualiti - Presiden CFOS
Cuaca ekstrem yang melanda ketika ini tidak menjejaskan pengguna untuk mendapatkan bekalan makanan selagi mana harga tidak melambung.
Cuaca panas: Trend kes lemas meningkat
Berdasarkan statistik, insiden lemas paling tinggi direkodkan di kawasan sungai, pantai dan tasik dan air terjun.
Tiga empangan simpanan air mentah pada paras bahaya - Nadma
Empangan Muda di Kedah, Empangan Bukit Merah di Perak dan Empangan Teluk Bahang di Pulau Pinang menunjukkan penyusutan baki stok simpanan semasa air mentah berada pada paras bahaya.