Semua masjid di seluruh negara disaran melaksanakan solat sunat Istisqa selepas menunaikan solat Jumaat bagi memohon doa diturunkan hujan supaya masalah jerebu dapat dikurangkan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata sebagai seorang Muslim, setiap umat Islam perlu berdoa supaya segala masalah dan musibah dikurangkan.
"Oleh itu, saya menyeru semua masjid mengadakan solat sunat Istisqa bagi memohon hujan dan mengurangkan jerebu. Semoga Allah memelihara negara ini daripada jerebu serta bencana yang tidak diingini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beberapa negeri di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak merekodkan peningkatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) daripada sederhana kepada tahap sangat tidak sihat iaitu 200 sehingga menyebabkan sebanyak 1,484 sekolah di tujuh negeri diarahkan tutup hari ini.
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 18 2019

Bangunan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri) diselubungi jerebu. - Gambar fail/BERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Konvensyen Amanah: Perwakilan bebas kritik kepimpinan - Mujahid
Perwakilan bebas memberi kritikan terhadap kepimpinan parti sewaktu sesi perbahasan pada Konvensyen Nasional 2019 Parti Amanah Negara (Amanah) minggu depan.

Jerebu: Masjid disaran adakan solat sunat Istisqa selepas solat Jumaat
Semua masjid di seluruh negara disaran melaksanakan solat sunat Istisqa selepas menunaikan solat Jumaat bagi memohon doa diturunkan hujan supaya masalah jerebu dapat dikurangkan.

Kenyataan tidak berasas isu kuota haji boleh jejas hubungan Malaysia, Arab Saudi
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata penetapan kuota haji dan pemberian kuota tambahan berdasarkan rayuan adalah hak Arab Saudi.

'Adinda' belum jawab warkah 'kekanda'
Entri paling terbaharu dimuat naik 17 jam lalu berkenaan lawatan ke tapak pertanian bersama Jabatan Pertanian di Mengkuang Semarak.

Tak keluar TV dan radio tak apa, ini cara baharu saya berdakwah... - Kazim Elias
Melalui muat naik di laman sosial Instagram beliau, Ustaz Kazim berkata dua platform itu telah membawa mesej dakwah beliau serata negara.

Kerajaan tidak akan kompromi pihak lakukan penyelewengan
Kerajaan menegaskan tidak akan berkompromi terhadap pihak yang melakukan penyelewengan terutama jika ia melibatkan wang rakyat.