Beberapa lapangan terbang utama hari ini beroperasi seperti biasa dan hampir semua perjalanan penerbangan mengikut jadual ditetapkan, menurut Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
Jurucakap MAHB Ahmad Shahreen Ramli berkata operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) berjalan lancar dan semuanya berjalan mengikut jadual.
"Setakat hari ini, belum ada arahan penerbangan untuk berpatah balik dan kami berharap tiada penerbangan yang terbatal atau tergendala disebabkan oleh jerebu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Katanya semua penerbangan di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh yang melibatkan pelepasan dan ketibaan juga beroperasi seperti biasa tanpa mengalami sebarang kelewatan sejak pagi ini.
MAHB memaklumkan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang hari ini beroperasi seperti biasa tanpa sebarang pembatalan atau kelewatan penerbangan sejak pagi ini.
Bagaimanapun, MAHB menerusi laman Twitternya, menasihatkan para penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) menghubungi syarikat penerbangan masing-masing untuk mendapatkan maklumat jadual penerbangan terkini dari semasa ke semasa.
Sementara itu, satu penerbangan melibatkan syarikat penerbangan AirAsia dari klia2 iaitu bagi sektor KL-Pekanbaru, Indonesia, terganggu kerana jarak penglihatan di bawah minimum disebabkan oleh keadaan jerebu pada jam 11 pagi tadi.
Menurut jurucakapnya, kesemua penumpang penerbangan itu telah dimaklumkan dan bantuan sewajarnya diberikan kepada penumpang di klia2.
Bernama
Tue Sep 29 2015
![Jerebu: Lapangan terbang beroperasi seperti biasa, hanya satu penerbangan terjejas Jerebu: Lapangan terbang beroperasi seperti biasa, hanya satu penerbangan terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/61443413218_Malaysiaairport.jpg)
Beberapa lapangan terbang utama hari ini beroperasi seperti biasa dan hampir semua perjalanan penerbangan mengikut jadual ditetapkan, menurut Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). -Gambar fail
![Projek LCS: Mahkamah arah bekas Pengarah Urusan BNS dirujuk pakar psikiatri Projek LCS: Mahkamah arah bekas Pengarah Urusan BNS dirujuk pakar psikiatri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723717543_tbAhmadRamli.jpg)
Projek LCS: Mahkamah arah bekas Pengarah Urusan BNS dirujuk pakar psikiatri
Mahkamah Sesyen mengarahkan bekas Pengarah Urusan BNS Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, dirujuk ke bahagian psikiatri di Hospital Kuala Lumpur.
![Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723718198_tokyo.jpg)
Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu
Nasihat gempa bumi Palung Nankai mendorong kerajaan pusat dan komuniti tempatan untuk memperhebatkan persiapan bencana sejak minggu lepas.
![Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723717957_IbuMBKedahmenigg.jpg)
Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Meriam Ahmad, 74, ibu Menteri Besar Kedah, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pau jam 5.45 petang Khamis.
![Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723717419_tbIsmeeIsmail.jpg)
Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Ahli Lembaga Pengarah SRC International adalah sekumpulan profesional dan bukannya 'boneka' Najib.
![Mesir tekankan keperluan gencatan senjata segera di Gaza Mesir tekankan keperluan gencatan senjata segera di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723717873_BadrAbdelatty.jpg)
Mesir tekankan keperluan gencatan senjata segera di Gaza
Pendekatan itu adalah satu-satunya cara menghentikan peningkatan ketegangan serantau dan membendung percubaan untuk meluaskan konflik.
Berita Terkini Kita: Hero Kita: Kisah wira negara yang tidak didendang
Irfan Faruqi menjelajah Johor membawakan kisah-kisah wira tidak didendang yang memainkan peranan penting dalam pembangunan negara bersempena bukan kemerdekaan.
Niaga AWANI: Potongan 50 peratus bagi pendaftaran domain .my dan .com.my
MYNIC Berhad, agensi di bawah Kementerian Digital menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dengan memberi potongan harga hingga 50 peratus bagi pendaftaran domain .MY dan .COM.MY yang baharu.
Niaga AWANI: K'jaan Persekutuan, Negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur – PM
Kerajaan Persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan perlu meningkatkan kepantasan dalam memberi kelulusan tanpa berkompromi dengan peraturan yang dikuat kuasa bagi menjadikan Malaysia tumpuan pelabur di rantau ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Niaga AWANI: KDNK Jepun meningkat 3.1 peratus tahun ke tahun pada suku kedua
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Jepun mencatatkan pertumbuhan 3.1 peratus tahun ke tahun pada suku tahun kedua tahun ini, menurut data awal yang dikeluarkan kerajaan Jepun, lapor Sputnik.
Niaga AWANI: Zus Coffee lancar ciri derma baharu dalam aplikasi
ZUS Coffee menjadi syarikat terbaharu yang menyuarakan sokongannya terhadap Palestin.
![Jerebu akibat kebakaran terbuka dan kemarau, ibu bapa risau kesihatan anak Jerebu akibat kebakaran terbuka dan kemarau, ibu bapa risau kesihatan anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710584063_TBKEMARAUPAPAR.jpg)
Jerebu akibat kebakaran terbuka dan kemarau, ibu bapa risau kesihatan anak
Keadaan jerebu akibat pembakaran terbuka dan kemarau yang melanda daerah Papar membuatkan ibu bapa bimbangkan kesihatan anak-anak.
![Bangkok dilanda jerebu tebal, seluruh Thailand catat udara tidak sihat Bangkok dilanda jerebu tebal, seluruh Thailand catat udara tidak sihat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707970229_BangkokThailand.jpg)
Bangkok dilanda jerebu tebal, seluruh Thailand catat udara tidak sihat
Bangkok dan 66 wilayah di Thailand itu terus diselubungi jerebu dengan zarah tidak selamat pada PM2.5 direkodkan pada Khamis.
![El Nino: Persiapan rentas agensi hadapi cuaca panas El Nino: Persiapan rentas agensi hadapi cuaca panas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61701594806_NikNazmiNikAhmad.jpg)
El Nino: Persiapan rentas agensi hadapi cuaca panas
Antara yang akan turut serta adalah Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Belia dan Sukan.
![Jerebu: Klang kekal catat bacaan IPU tidak sihat Jerebu: Klang kekal catat bacaan IPU tidak sihat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697763805_jerebu.jpg)
Jerebu: Klang kekal catat bacaan IPU tidak sihat
Antara kawasan yang menghampiri bacaan IPU tidak sihat seperti di Petaling Jaya (90) dan Banting (89) di Selangor.
![Jerebu: Hanya satu kawasan catat bacaan IPU tidak sihat Jerebu: Hanya satu kawasan catat bacaan IPU tidak sihat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696822567_jerebu.jpg)
Jerebu: Hanya satu kawasan catat bacaan IPU tidak sihat
Klang di Selangor mencatatkan bacaan IPU tertinggi pada paras 154.
![Empat kawasan catat bacaan IPU tidak sihat setakat 9 pagi Empat kawasan catat bacaan IPU tidak sihat setakat 9 pagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61697169892_jerebu.jpg)
Empat kawasan catat bacaan IPU tidak sihat setakat 9 pagi
Empat kawasan di Semenanjung mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi ini.
![Dua kawasan catat bacaan IPU tidak sihat pagi ini Dua kawasan catat bacaan IPU tidak sihat pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51697583749_Jerebu.jpg)
Dua kawasan catat bacaan IPU tidak sihat pagi ini
Berdasarkan laman web APIMS kendalian JAS, Klang di Selangor catat bacaan IPU tertinggi pada paras 153.
![Jerebu: Batu Pahat, Alor Gajah catat IPU tidak sihat pagi ini Jerebu: Batu Pahat, Alor Gajah catat IPU tidak sihat pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61697169892_jerebu.jpg)
Jerebu: Batu Pahat, Alor Gajah catat IPU tidak sihat pagi ini
Batu Pahat di Johor dan Alor Gajah, Melaka merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 10 pagi ini dengan bacaan IPU masing-masing 152 dan 151.
![Jerebu: Batu Pahat, Larkin kekal catat IPU tidak sihat petang ini Jerebu: Batu Pahat, Larkin kekal catat IPU tidak sihat petang ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41697106135_TBJEREBULARKIN.jpg)
Jerebu: Batu Pahat, Larkin kekal catat IPU tidak sihat petang ini
Dua kawasan di Johor kekal merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 4 petang ini.
![Kes kemasukan ke hospital meningkat dua kali ganda akibat jerebu - Nik Nazmi Kes kemasukan ke hospital meningkat dua kali ganda akibat jerebu - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697080200_TBNikNazmi.jpg)
Kes kemasukan ke hospital meningkat dua kali ganda akibat jerebu - Nik Nazmi
Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, negara terpaksa berhadapan dengan kos yang sangat besar akibat jerebu yang melanda negara.