Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberi amaran bahawa kerajaan akan mengambil tindakan terhadap syarikat-syarikat Malaysia yang mengusahakan ladang-ladang di Indonesia yang menyumbang kepada masalah jerebu yang kini melanda negara.
Kerajaan akan mengarahkan mereka memadamkan kebakaran terlebih dahulu dan sekiranya mereka enggan, tindakan akan diambil terhadap mereka, kata beliau.
"Mereka harus dipertanggungjawabkan atas kebakaran di ladang-ladang milik mereka walaupun ia terletak di luar Malaysia," katanya pada sidang media selepas melancarkan Kerangka Dasar Luar Malaysia Baharu di sini hari ini.
Dr Mahathir berkata Malaysia telah mengambil beberapa langkah untuk menangani kesan jerebu seperti melaksanakan pembenihan awam, menggalakkan orang ramai agar sentiasa berada dalam rumah dan menutup sekolah-sekolah, namun cara-cara baharu untuk mengurangkan jerebu perlu dicari.
"Kita telah mengambil langkah-langkah ini tetapi kita perlu mencari sendiri cara-cara untuk mengurangkan jerebu. Saya fikir pembenihan awan adalah satu daripadanya tetapi kita juga perlu menyemburkan air di kawasan tertentu untuk mengurangkan jerebu," tambah beliau.
MAHATHIR-JEREBU 2 PUTRAJAYA
Dr Mahathir yang turut ditanya mengenai kenyataan menteri di Indonesia yang mengatakan jerebu adalah berpunca dari Malaysia berkata : "Itulah sebabnya saya kata kita patut keluarkan peta yang menunjukkan gambar satelit titik-titik panas."
Dr Mahathir berkata beliau belum lagi menulis apa-apa surat kepada Presiden Indonesia Joko Widodo berkenaan isu jerebu.
Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin dilaporkan berkata bahawa Dr Mahathir akan menghantar surat berhubung isu jerebu kepada Presiden Indonesia dengan seberapa segera.
Kepada soalan adakah perlu semua sekolah ditutup sehingga Jumaat ini ekoran masalah jerebu, Dr Mahathir berkata perkara itu tidak boleh dilakukan kerana indeks pencemaran udara (IPU) adalah berbeza mengikut tempat.
"Kita kena tengok banyak mana jerebu sebab (kadar) jerebu tidak sama di seluruh Malaysia," katanya.
MAHATHIR-JEREBU 3 (AKHIR) PUTRAJAYA
Mengenai dakwaan India bahawa mereka telah meminta Malaysia menghantar pulang penceramah bebas Dr Zakir Naik pada Januari lepas, Dr Mahathir berkata beliau telah bertemu dengan Perdana Menteri Narendra Modi tetapi perdana menteri itu tiada membuat permintaan seperti itu.
"Beliau tidak pun membangkitkan isu berkenaan. Beliau ada menyebut mengenai Zakir Naik, tetapi beliau tidak meminta agar Zakir Naik dihantar pulang ke India," katanya.
New Delhi diaporkan menyangkal penegasan Dr Mahathir bahawa India tidak pernah mendesak agar Zakir Naik dihantar pulang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 18 2019
Kerajaan akan mengarahkan mereka memadamkan kebakaran terlebih dahulu dan sekiranya mereka enggan, tindakan akan diambil terhadap mereka. - Foto Astro AWANI/ HAHIR OMAR
Pantau Belanjawan: Tinjauan IPSOS: Menilai sentimen positif rakyat, realiti atau ilusi?
Adakah rasa optimis yang kian meningkat ini hasil daripada dasar-dasar kerajaan atau hanyalah cerminan prestasi ekonomi jangka pendek? Bagaimana sentimen rakyat ini dibandingkan dengan negara jiran di Asia Tenggara, dan adakah ia akan berdaya tahan? Ikuti diskusi mendalam di Pantau Belanjawan.
Enlarging the economic pie amidst crisis emergence
Join Ibrahim Sani in conversation with Taras Kachka, Ukraine’s Deputy Minister of Economy, as they discuss strategies for fostering trade growth and expanding economic opportunities amid emerging crises. Don’t miss this insightful episode of The Economy.
Ina Naim kembali bergelar isteri, selamat disatukan dengan Mohd Khairul Rizal
Rata-rata netizen mendoakan agar segala urusan pasangan ini dipermudahkan di samping menzahirkan ucapan tahniah buat Ina dan suami.
Apple dilapor melabur AS$10 juta di Indonesia untuk bolehkan iPhone 16 dijual
Kementerian Perindustrian Indonesia sedang menilai cadangan dengan keputusan dijangka akan diberikan tidak lama lagi.
iOS 18 jadikan sistem sekuriti iPhone semakin sukar ditembusi pihak berkuasa
Peranti dalam mod AFU diperlukan bagi memudahkan sistem memintas sekuriti seperti Celebrite boleh digunakan bagi menyahkunci dan kemudiannya membaca kandungan telefon yang sedang disiasat.
Marissa Wong 'gadis tandas' raih perhatian di TikTok
Pempengaruh angkat isu kebersihan tandas awam dalam usaha membangkitkan kesedaran masyarakat terhadap isu yang kerap kali dianggap remeh.
Ramai penunggang tiada lesen memandu, tidak perbaharui cukai jalan - JPJ
Sebanyak 28,811 notis dikeluarkan JPJ atas pelbagai kesalahan dalam Op Khas Motosikal sejak dilaksanakan pada 1 November.
UniMAP rangka Pelan Strategik 2026-2030, sasar penghasilan 37,500 bakat
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sedang merangka Pelan Strategik UniMAP 2026-2030 yang antara lain menyasarkan melahirkan seramai 37,500 bakat menjelang 2030.
UECL: Chelsea belasah Noah tanpa belas kasihan
Chelsea mengekalkan rekod sempurna dalam saingan Liga Persidangan Eropah (UECL) dengan membelasah kelab Armenia, Noah, 8-0.
Setel akan kenakan caj 1% untuk tambah nilai guna kad kredit
Setel mengatakan caj 1% ini tidak tertakluk kepada tambah-nilai automatik ke dompet digital berkenaan.
Apple dilapor melabur AS$10 juta di Indonesia untuk bolehkan iPhone 16 dijual
Kementerian Perindustrian Indonesia sedang menilai cadangan dengan keputusan dijangka akan diberikan tidak lama lagi.
Tiga suspek pengganas ditahan di Jawa Tengah - Polis Indonesia
Pihak berkuasa Indonesia mengesahkan bahawa unit antikeganasan Polis Nasional, Detasemen Khusus 88 (Densus 88), telah menahan tiga suspek pengganas di lokasi berbeza di Jawa Tengah pada Isnin.
Indonesia, Thailand mulakan rancangan tubuhkan Badan Peguam Negara ASEAN
Indonesia dan Thailand telah memulakan rancangan untuk menubuhkan sebuah badan Peguam Negara ASEAN di bawah Sekretariat ASEAN.
TMB100 2024: Baling cemerlang sebagai destinasi ekopelancongan antarabangsa
Acara The Magnificent Baling 100 (TMB100) 2024 melabuhkan tirainya dengan gemilang, sekali lagi mengukuhkan Baling sebagai destinasi ekopelancongan unggul di Malaysia.
Indonesia sekali lagi usir kapal pengawal pantai China dari Laut Natuna
Indonesia sekali lagi mengusir kapal Pengawal Pantai China di Laut Natuna Utara, mencetuskan satu lagi ketegangan berhubung sempadan maritim.
Indonesia kecam serangan tentera Israel ke atas Iran
Kementerian Luar Indonesia berkata semua pihak perlu mengawal diri dan elak daripada sebarang tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan.
Indonesia di hadapan Malaysia, dibezakan tiga anak tangga
Indonesia berada pada tempat ke-130 dunia, turun satu anak tangga, kerana merekodkan satu seri (Bahrain) dan satu kekalahan (China).
Persahabatan Anwar dan Prabowo suntik dinamisme baharu hubungan Indonesia-Malaysia
Gambar-gambar yang dikongsi kedua-dua pihak di media sosial jelas akan pertemuan itu menampakkan keakraban mereka.
Kabinet ‘gemuk’ Prabowo perlu buktikan prestasi, bukan sekadar berbahagi kuasa - Pakar
Anggota Kabinet baharu yang diumumkan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto perlu membuktikan prestasi kerja yang jelas kepada rakyat.
Xi Jinping ucap tahniah kepada Prabowo atas pelantikan sebagai Presiden Indonesia
Tahun depan menandakan ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik antara China dan Indonesia, yang akan menyediakan peluang baharu bagi memajukan kerjasama dua hala, kata Xi.