Berpuasa di perantauan sudah pasti mempunyai pelbagai cabarannya. Selain berjauhan dari kaum keluarga dan keceriaan suasana Ramadan di tanah air, berpuasa di luar negara mempunyai cabarannya tersendiri - dari sudut cuaca, tempoh berpuasa yang panjang bagi negara-negara yang kini dalam musim panas sehinggalah komuniti Islam yang lebih kecil.
Itu antara perkongsian kisah oleh beberapa individu melalui sesi Google Hangout secara langsung bersama Astro AWANI, yang mana kami mengajak mereka berkongsi pengalaman berpuasa di luar negara.
Penyanyi dan penulis lirik kacukan Melayu, Indonesia dan Belanda, Imran Ajmain antara yang berkongsi pengalaman sewaktu berpuasa di Belanda.
Beliau berkata sewaktu musim panas, tempoh berpuasa itu agak panjang, iaitu waktu Subuh jatuh antara jam 3 hingga 3.30 pagi dan waktu berbuka puasa pula pada sekitar jam 10 malam.
“Kalau kita dapat berjumpa kalendar Islam di mana Ramadan jatuh waktu musim sejuk, itu yang sangat dinanti-nantikan sebab jangka masa berpuasa pendek dan cuaca dingin sepanjang hari. Itu saya anggap sebagai satu hadiah bagi mereka yang berpuasa di negara yang beriklim sejuk.
“Musim panas pun hanya setakat 24 hingga 25 darjah Celsius. Cuma yang bezanya adalah cuacanya kering dan kita kurang selesa dengan kelembapan udara yang rendah," katanya.
Tambah beliau, yang membuat suasana meriah adalah komuniti Asia Barat yang ramai jumlahnya di Belanda.
“Mereka daripada Algeria dan Maghribi. Bazar Ramadan di sana dikendalikan oleh komuniti mereka. Kita sebagai orang Melayu mungkin mencari sesuatu yang pedas dan berkarbohidrat tetapi di sana, semua makanan perlu dicicah dengan roti,” katanya.
Nadhirah Babji yang sudah empat tahun berpuasa di Davangere, India berkata penduduk beragama Islam adalah komuniti minoriti di bandar itu iaitu sekitar 1,000 orang, dan 200 orang daripadanya merupakan rakyat Malaysia.
Kata pelajar perubatan di Jagadguru Jayadeva Murugarajendra Medical College itu, pelajar Malaysia di sana sering berbuka puasa bersama, dan mengambil giliran untuk masak.
“Kita juga rapat dengan penduduk tempatan yang fasih berbahasa Inggeris. Sebagai contoh, seorang pakcik ini bekerja sebagai pemandu. Dalam sekali seminggu, dia akan mengajak kami ke rumahnya. Dari situ kita boleh lihat bagaimana penduduk tempatan berpuasa dan bagaimana mereka berbuka.
“Kalau berbuka di rumah mereka, anda kena bersedia dengan selera yang besar kerana memang banyak sangat makanan. Bila anda kekenyangan, mereka akan menambah nasi lagi,” katanya.
Anas Ridhwan Fauzi, yang merupakan pelajar kejuruteraan awam di Niigata University di Niigata, Jepun pula berkata ini tahun kedua beliau berpuasa di sana.
“Subuh jatuh pada jam 2.10 pagi, dan berbuka puasa pula pada jam 7.10 malam. Kami di Jepun berpuasa selama 16 hingga 17 jam mengikut lokasi. Jepun merupakan bukan sebuah negara Islam dan suasana Ramadan tidak sangat dirasai di sini.
“Bagaimanapun, kehidupan komuniti Islam di sini boleh dikatakan agak meriah. Terdapat 22 pelajar Islam dari Malaysia, dan ditambah dengan pelajar dari Bangladesh, Arab, Indonesia dan negara-negara lain juga,” katanya.
Jelas Anas, oleh kerana mereka tinggal berasingan, jamuan iftar bersama selalunya diadakan seminggu sekali.
Untuk lebih banyak kandungan menarik, layari Jendela Ramadan
Sementara itu di England pula, pelajar Siti Nor Effadila Su’aif berkata tempoh berpuasa begitu panjang kerana sekarang ini adalah musim panas.
Pertama kali berpuasa di sana, pelajar Masters (Applied Linguistics) di Universiti Sheffield itu mengakui pada hari pertama berpuasa, beliau terlepas untuk bersahur dan menganggap ia sebagai satu cabaran.
“Di sini kita berpuasa dari 2.30 pagi sehingga 9.40 malam. Kalau anda tidak bersahur, anda akan rmerasa kepayahan sikit. Saya bertuah sesi pembelajaran sudah berakhir maka saya tidak perlu berulang-alik ke kuliah, jadi saya tidak kepenatan sangat,” katanya.
Siti Nor Effadila berkata walaupun berjauhan dari pelajar Malaysia dan komuniti Islam yang lain, namun dia tidak menghadapi masalah dari segi makanan kerana kedai menjual daging halal ada di mana-mana sahaja dan dia juga memilih untuk memasak sendiri.
“Hujung minggu ini, persatuan pelajar-pelajar Malaysia ada menganjurkan bazar Ramadan. Walaupun tidak besar berbanding di Malaysia, tetapi bolehlah pelajar-pelajar Malaysia melepaskan rindu dengan suasana bazar dekat Malaysia,” katanya.
BACA: 7 idea hidangan sahur ringkas yang kenyang dan berkhasiat
Wan Emir Astar yang merupakan pelajar seni bina (postgraduate) di Kingston University dan memasuki tahun ketiga berpuasa di London.
Katanya, berpuasa di luar negara merupakan pengalaman yang begitu bermakna.
“Berpuasa di sini memberikan saya pandangan dan dimensi yang berbeza dalam perjalanan rohani saya. Di Malaysia, ramai berpuasa bersama anda. Di sini, kebanyakan mereka tidak berpuasa. Ia menjadi lebih mencabar tetapi akhirnya, ia menjadi lebih bermakna.
“Buat masa ini, kami berpuasa selama 19 jam. Kami mempunyai lima jam untuk berbuka puasa, menunaikan solat terawikh sebelum sahur. Anda perlu mempunyai disiplin dan perancangan yang betul untuk memanfaatkan ruang masa yang singkat itu,” katanya.
Tambahnya, United Kingdom bukan negara majoriti Islam. Suasana Ramadan di situ terasa seperti hari biasa, tidak sama dengan suasana Ramadan di Malaysia.
"Saya rindu bazar Ramadan, dengan pelbagai juadah yang boleh didapati. Saya rindu kuih pelita dan bubur lambuk Kampung Baru.
“Keduanya, di Malaysia lebih mudah untuk bersama rakan-rakan dan ahli keluarga ketika berbuka puasa. Lebih-lebih lagi Ramadan adalah peluang untuk mengukuhkan ikatan silaturahim sesama ummah. Sudah tentu ia boleh dilakukan di sini dengan rakan-rakan dan masyarakat Islam di sini, tetapi ia tidak pernah sama seperti di Malaysia."
INFOGRAFIK: Sekilas puasa Ramadan
Syafique Shuib
Sun Jun 21 2015

Beberapa individu yang berada di luar negara berkongsi pengalaman dan cabaran berpuasa di luar negara bersama sesi Google Hangout Astro AWANI.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

#JendelaRamadan: Berpuasa di perantauan, inilah kisah kami
Beberapa individu yang berada di luar negara berkongsi pengalaman dan cabaran berpuasa di luar negara ketika sesi Google Hangout bersama Astro AWANI.