Jenazah Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah diterbangkan ke Kuantan, Pahang kira kira jam 6.30 petang tadi.
Terdahulu kenderaan yang membawa jenazah Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah tiba kira-kira jam 5.45 petang di Pangkalan Udara Subang.
Jenazah kemudiannya diberi penghormatan terakhir dalam upacara Kawad Jenazah oleh Anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sehingga ke dalam Pesawat Airbus A400M milik TUDM.
Turut kelihatan, Kerabat Diraja Pahang dan pembesar negeri.
Imam Istana Negara Ustaz Nik Ridzuan Nik Mohamed kemudiannya membacakan doa sebelum pesawat berlepas.
Pesawat Airbus A400M yang membawa jenazah Almarhum Sultan Ahmad Shah turut dinaiki Raja Permaisuri Agong, Isteri Almarhum Sultanah Kalsom Abdullah dan anakanda Almarhum Sultan Ahmad Shah, Tengku Abdul Fahd Mu’adzam Shah.
Turut mengiringi pesawat itu, pesawat Global BD 700 Milik TUDM yang dinaiki Kerabat Diraja Pahang dan pesawat jenis C-130 Hercules yang membawa Pembesar Pahang dan lain lain pegawai negeri Pahang.
Jenazah Almarhum Sultan Ahmad Shah dijangka tiba di Pangkalan Udara Kuantan, Pahang kira kira jam 7.15 malam ini sebelum dibawa ke Istana Abu Bakar untuk disemayamkan bagi penghormatan terakhir Kerabat Diraja, Pembesar Negara dan rakyat negeri Pahang.
Jenazah Almarhum akan dikebumikan di Makam Diraja Pekan selepas solat zohor esok.
Fareez Azman
Wed May 22 2019

Jenazah Almarhum diterbangkan menaiki sebuah pesawat khas ke Istana Abu Bakar, Pekan di Pahang, untuk dimakamkan di Makam Diraja Pekan selepas solat Zohor esok.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Tun M dibenar keluar IJN
Dr Mahathir yang berusia 99 tahun dibenarkan pulang ke rumah selepas dua minggu dirawat di Institut Jantung Negara disebabkan batuk.

“Lambat 5 minit, saya mungkin sudah tiada…” - Azlee Senario bersyukur
Azlee bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk hidup selepas dikejarkan ke Institut Jantung Negara akibat serangan jantung.

MB Pahang selesai jalani pembedahan di IJN
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail telah selesai menjalani prosedur pembedahan di Institut Jantung Negara hari ini.

Seniman S Amin Sahab dirawat di CCU, IJN
Penulis lirik S Amin Shahab, kini dilaporkan sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Koronari, Institut Jantung Negara (IJN).

PM Anwar lawat Mutang Tagal di IJN
Perdana Menteri hari ini melawat Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal, yang kini sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara.

Mutang Tagal masih dirawat di IJN, jangan sebar spekulasi - Pejabat Speaker
Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal, sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.

Peruntukan segera RM80 juta wujud Pusat Jantung Negara di Sabah - PM Anwar
Penubuhan pusat itu berikutan kapasiti perkhidmatan kardiologi di Sabah adalah terbatas sehingga menyebabkan ramai yang terpaksa mendapatkan rawatan sehingga ke Kuala Lumpur.

'You're the best' - Arthur Kurup kenang pemergian bapa
'Terima kasih bapa... Anda terbaik'. Demikian kata Datuk Arthur Joseph susulan pemergian bapanya, mendiang Tan Sri Joseph Kurup.

Cuepacs mahu keistimewaan penjawat awam terima rawatan di IJN, dikekalkan
Cuepacs menggesa kerajaan untuk mengekalkan keistimewaan sedia ada yang diterima penjawat awam khususnya berkaitan penerimaan rawatan di Institut Jantung Negara.

Gambar tular keadaan terkini kesihatan Tun M palsu
Gambar yang sedang tular di pelbagai platform media sosial, berkaitan kesihatan terkini bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah palsu.