Jenazah ASP Mohd Noor Mat Yaub dan isterinya Suriya Abdul Rahman yang maut dalam kemalangan di Kampung Teluk Teduri, Baling, Kedah pagi tadi selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Buluh, Ipoh di sini, pukul 6.30 petang ini.
Kedua-dua jenazah yang dibawa pulang menaiki van jenazah dari Baling pada pukul 2 petang tiba di kediaman anggota keluarga Suriya pada pukul 6 petang.
Ketua Polis Daerah Baling, Supt Sharifuddin Yusof dan Ketua Polis Daerah Tanah Merah DSP Suzaimi Mohamed turut hadir pada majlis pengebumian itu.
Sementara itu, bapa Mat Yaub Puteh, 68, berkata beliau reda dengan pemergian Mohd Noor dan bersyukur kerana empat cucunya terselamat dalam kemalangan itu walaupun ada yang cedera.
Beliau berkata kali terakhir bertemu dengan arwah anak dan menantunya itu pada Jumaat lepas ketika mereka ke rumahnya di Pasir Puteh.
Menurut laporan awal Balai Bomba dan Penyelamat Baling, kejadian pukul 7.15 pagi itu berlaku apabila kereta jenis Toyota Passo yang dinaiki Mohd Noor sekeluarga sedang dalam perjalanan dari Kupang ke Baling.
Difahamkan, Mohd Noor sedang hendak menghantar isterinya, seorang guru, dan empat anak mereka ke Sekolah Kebangsaan Teluk Teduri. -- Bernama
Bernama
Tue Apr 18 2017
![Jenazah pegawai polis dan isteri terbabit kemalangan di Baling selamat dikebumikan Jenazah pegawai polis dan isteri terbabit kemalangan di Baling selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/81492524794_Kemalangan.jpg)
ASP Mohd Noor Mat Yaub dan isteri Suriya Abdul Rahman maut di tempat kejadian apabila kereta mereka terlibat dalam satu nahas tiga kenderaan di Kampung Teluk Teduri, Jalan Baru Kupang Baling pagi tadi. -fotoBERNAMA
![EPL: Manchester United belum 100 peratus bersedia - Erik ten Hag EPL: Manchester United belum 100 peratus bersedia - Erik ten Hag](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723774337_EriktenHag.jpg)
EPL: Manchester United belum 100 peratus bersedia - Erik ten Hag
Pra-musim yang kurang cemerlang, United menang dua kali, tewas tiga kali, sebelum tewas kepada Manchester City hujung minggu lalu.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Ogos 2024
Indeks petunjuk pasaran yang dibuka 2.28 mata lebih tinggi kepada 1,614.63, turun naik antara 1,605.69 dan 1,614.69 sepanjang sesi dagangan.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 16 Ogos 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit meningkat dengan ketara berbanding dolar AS sejak isyarat untuk penurunan kadar di AS mendapat momentum.
![Gurmit Singh K.S - Pejuang ekologi yang lantang bersuara Gurmit Singh K.S - Pejuang ekologi yang lantang bersuara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723712701_GurmitSinghKS.jpg)
Gurmit Singh K.S - Pejuang ekologi yang lantang bersuara
Gurmit Singh K.S. menghabiskan hampir sebahagian besar umurnya untuk berkempen dan memperjuangkan isu alam sekitar bagi memastikan kehijauan bumi tercinta ini terus terpelihara.
![Vance, Walz setuju debat Naib Presiden AS pada 1 Okt Vance, Walz setuju debat Naib Presiden AS pada 1 Okt](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723772704_JDVanceTimWalz.jpg)
Vance, Walz setuju debat Naib Presiden AS pada 1 Okt
Debat akan dikendalikan Norah O'Donnell bersama Margaret Brennan.
![Sweden sahkan kes pertama varian cacar monyet di luar Afrika Sweden sahkan kes pertama varian cacar monyet di luar Afrika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723772501_Mpoxvirus.jpg)
Sweden sahkan kes pertama varian cacar monyet di luar Afrika
Individu itu disahkan dijangkiti varian cacar monyet yang lebih mudah merebak semasa berada di Afrika.
![Anak Ronaldinho pilih Burnley dari Barcelona Anak Ronaldinho pilih Burnley dari Barcelona](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723771510_AnakRonaldinho.jpg)
Anak Ronaldinho pilih Burnley dari Barcelona
Keputusan Joao Mendes yang menandatangani kontrak bersama Burnley itu telah mengejutkan pelbagai pihak.
Analisis KDNK suku kedua menjelang pengumuman
Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof membincangkan jangkaan mengenai data penuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua 2024.
AWANI Pagi: Suara minda global ke arah kebitaraan mahasiwa
Diskusi 8.30 pagi Jumaat, membedah buku Memugar Ikhtiar Ke Arah Kebitaraan Mahasiswa tulisan Profesor Dr Mohd Izani Mohd Zain, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di mana salah satu daripadanya ialah berfikiran global, bertindak lokal menerusi program ESG Global Young Summit 2024 dianjurkan UMT minggu depan.
![Pekerja cuci kereta maut, pengawal keselamatan cedera ditetak di Bedong, Kedah Pekerja cuci kereta maut, pengawal keselamatan cedera ditetak di Bedong, Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723770703_maut.jpg)
Pekerja cuci kereta maut, pengawal keselamatan cedera ditetak di Bedong, Kedah
Tiga lelaki berusia 20-an hingga 30-an ditahan polis di sekitar Sungai Petani untuk membantu siasatan berhubung kes itu.
![Jenazah pegawai polis dan isteri terbabit kemalangan di Baling selamat dikebumikan Jenazah pegawai polis dan isteri terbabit kemalangan di Baling selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/81492524794_Kemalangan.jpg)
Jenazah pegawai polis dan isteri terbabit kemalangan di Baling selamat dikebumikan
Kedua-dua jenazah yang dibawa pulang menaiki van jenazah dari Baling pada pukul 2 petang tiba di kediaman anggota keluarga Suriya pada pukul 6 petang.