Jenazah Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan telah digali keluar dan dibawa Pusat Perubatan Universiti Malaysia bagi membolehkan proses bedah siasat kedua mengenal pasti punca kematiannya.
Proses penggalian semula jenazah Nazrin bermula sekitar jam 10.30 pagi sehingga 12.45 tengah hari tadi di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 9, Kota Damansara, Petaling Jaya.
Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor sebentar tadi.
Jenazah akan dibedah siasat di pusat perubatan berkenaan petang ini, menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor, Nor Azman Muhammad Yusof.
Pagi tadi, isteri Allahyarham Nazrin, Samirah Muzaffar gagal dalam permohonannya untuk menangguhkan proses penggalian kubur suaminya hari ini.
Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh Datuk Mohtarudin Baki selepas mahkamah menolak permohonan Samirah.
Astro Awani
Mon Oct 08 2018

Van yang membawa jenazah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn bhd, Allahyarham Nazrin Hassan selepas proses menggali semula bagi siasata polis di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9 Kota Damansara, hari ini. - fotoBERNAMA

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Jenazah Nazrin Hassan dibawa ke PPUM untuk bedah siasat kali kedua
Jenazah Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan telah digali keluar, dibawa ke PPUM untuk bedah siasat kali kedua.

Misi penggalian kubur Nazrin Hassan diteruskan
Isteri bekas CEO Cradle Fun Sdn Bhd, Samirah Muzaffar gagal dalam permohonannya untuk menangguhkan proses penggalian kubur suaminya, Nazrin Hassan hari ini.

Mahkamah benar permohonan polis gali kubur CEO Cradle Fund
Majistret Nor Ariffin Hisham membuat keputusan itu dalam kamarnya selepas mendengar permohonan pihak polis yang diwakili pegawai penyiasatnya.

Kerana nak kaya lelaki sanggup gali kubur rakan, curi 'tali pocong'
Lelaki berkenaan mengaku bersalah menggali kubur rakan karibnya sendiri semata-mata untuk mengambil tali pocong atau tali kain kafan.