Istiadat pemakaman jenazah Almarhum Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra selesai jam 7.20 malam tadi di Makam Diraja Langgar di sini.
Solat jenazah diimamkan Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad pada jam 4.56 petang yang disertai kerabat diraja, orang kenamaan dan kira-kira 1,000 rakyat jelata.
Terdahulu, orang kenamaan dan rakyat diberi peluang menziarahi Almarhum Sultan Yahya Petra di Istana Balai Besar di sini, selama dua jam bermula 2 petang tadi.
Jenazah Almarhum baginda meninggalkan perkarangan Istana Balai Besar jam 5 petang ke Makam Diraja Langgar dengan pedati yang diiringi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejauh 3.4 kilometer.
Ribuan rakyat jelata yang hadir memberi penghormatan terakhir sepanjang laluan turut bersedih dengan kemangkatan Almarhum Sultan Ismail Petra.
Berangkat ke istiadat pemakaman yang bermula pada 6.40 petang ialah isteri Almarhum, Raja Perempuan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid serta semua anakanda baginda termasuk Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.
Turut berangkat, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.
Vivi Sumanti
Sat Sep 28 2019
Jenazah Almarhum Sultan Ismail Petra tiba di perkarangan Makam Diraja yang diarak menggunakan pedati khas dari Istana Balai Besar sebelum dimakamkan di Makam Diraja Langgar hari ini. - BERNAMA
AWANI Ringkas: Industri getah perlu lakukan revolusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 23 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 23 Januari 2025
1️⃣ Industri getah perlu lakukan revolusi
2️⃣ Ibu bapa jadi sasaran along
3️⃣ Prabowo puji kabinetnya
#awaniringkas
1️⃣ Industri getah perlu lakukan revolusi
2️⃣ Ibu bapa jadi sasaran along
3️⃣ Prabowo puji kabinetnya
#awaniringkas
EU tolak dakwaan Presiden Trump mengenai defisit perdagangan AS
Suruhanjaya Eropah menolak dakwaan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang menyatakan bahawa Amerika Syarikat mengalami defisit perdagangan sebanyak US$350 bilion dengan Kesatuan Eropah.
Malaysia teliti perkembangan dasar baharu Trump - Mohamad
Kabinet akan membincangkan perkembangan terkini berkaitan dasar baharu pentadbiran Trump termasuk cadangan tarif import yang akan dikenakan terhadap beberapa negara.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Ketua Jabatan Polisi dan Strategi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Balqais Yusoff berkata berdasarkan simulasi, seseorang pekerja dengan gaji minimum RM1,700 juga boleh mencapai simpanan RM1 juta menjelang usia persaraan.
Siar perlawanan EPL secara haram, kafe pool didenda RM175,000
Dalam keputusan bertarikh 7 Januari, mahkamah memihak kepada Measat Broadcast Network Systems Sdn. Bhd., anak syarikat Astro Malaysia Holdings Berhad, dengan menganugerahkan ganti rugi statutori berjumlah RM175,000.
Pengurus projek mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pengurus projek sebuah anak syarikat konsesi lebuh raya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tiga pertuduhan menerima rasuah RM50,000.
Dialog Tiga Penjuru: Kita akan hilang kerja
92 juta pekerjaan di serata dunia bakal lenyap menjelang 2030, bagaimana pula Malaysia?
170 juta pekerjaan baharu juga dijangka wujud, adakah kemahiran sedia ada relevan?
Menarik bakat terbaik, adaptasi sektor pekerjaan perlu penuhi perubahan personalisasi, komuniti, dan pembelajaran?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
170 juta pekerjaan baharu juga dijangka wujud, adakah kemahiran sedia ada relevan?
Menarik bakat terbaik, adaptasi sektor pekerjaan perlu penuhi perubahan personalisasi, komuniti, dan pembelajaran?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Davoscast 14 minit bersama PM
Sebagai pengerusi ASEAN pada tahun ini, Malaysia mencatatkan permulaan yang kukuh dengan menyampaikan suara bersama blok dianggotai 10 negara itu mengenai cabaran, potensi dan kebebasannya dalam membuat keputusan pada Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025.
AWANI Sabah+: Inisiatif rumah mesra SMJ
Inisiatif Rumah Mesra SMJ yang diterajui kerajaan negeri Sabah membuktikan ikrar membasmi kemiskinan selain memberi akses kepada perumahan mampu milik.
772 terima darjah kebesaran sempena ulang tahun Keputeraan Sultan Kelantan
Seramai 772 individu akan menerima pengurniaan kehormatan kebesaran negeri di Istana Balai Besar sempena ulang tahun keputeraan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V ke-54, esok.
Masjid Iktikaf Ibadul Rahman di Tumpat inspirasi dari Istana Balai Besar
Masjid Iktikaf Ibadul Rahman menggunakan 80 peratus kayu seraya kitam dan seraya merah, manakala 20 peratus lagi kayu cengal dan merbau.
Jenazah Almarhum Sultan Ismail Petra selamat disemadikan
Istiadat pemakaman jenazah Almarhum Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra selesai jam 7.20 malam tadi di Makam Diraja Langgar.
Tengku Mahkota Kelantan langsung perkahwinan 19 April ini
Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, 45 tahun bakal menamatkan zaman bujangnya dengan wanita pilihan dari Sweden.