GEORGE TOWN: Jenayah indeks di Pulau Pinang merekodkan sebanyak 6,120 kes sepanjang tahun lepas iaitu penurunan 43.4 peratus atau 2,657 kes berbanding tempoh sama pada tahun 2021.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata penurunan jenayah itu adalah hasil pelbagai usaha yang dijalankan pihaknya terutama dalam memastikan kehadiran pihak polis di lokasi tumpuan dan pemantauan berterusan kawasan kerap berlaku jenayah.
"Secara keseluruhannya kejayaan yang dikecapi dari segi penurunan kadar jenayah indeks tahun lepas di sumbangkan oleh hasil perancangan teliti pada 2021 iaitu dengan kami telah melakukan pelbagai pendekatan berbeza dalam menanganinya," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan PDRM Pulau Pinang di Pasukan Polis Marin (PPM) Batu Uban, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata bagi kategori jenayah kekerasan, jumlah nilai ambang ialah 1,488 kes berbanding jenayah indeks iaitu 946 kes menyaksikan penurunan 542 kes atau 36.4 peratus.
Katanya jenayah harta benda pula nilai ambang 4,632 kes berbanding jenayah indeks 2,517 kes, penurunan 2,115 kes atau 45.7 peratus.
Mohd Shuhaily berkata 8,641 kertas siasatan dibuka dan 4,290 atau 49.65 peratus kertas siasatan telah dituduh sepanjang tahun lepas berbanding 8,695 dibuka dan 3,812 atau 43.84 peratus kertas siasatan telah dituduh iaitu peningkatan pertuduhan sebanyak 478 kes bersamaan 12.5 peratus pada tahun 2021.
Sementara itu, katanya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM15.56 juta dan 13,110 orang telah ditahan sepanjang tahun lepas.
"Daripada jumlah tersebut 2,494 orang ditahan di bawah kategori bekalan, seramai 7,463 orang ditahan di bawah kategori pemilikan dan 3,153 orang di bawah kategori urin. JSJN Pulau Pinang juga diiktiraf berada di kedudukan kedua terbanyak di Malaysia dalam perlucutan harta iaitu RM14.78 juta,'' katanya.
Dalam pada itu, katanya Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pulau Pinang merekodkan 2,546 kes membabitkan jumlah kerugian RM122.17 juta pada tahun lepas berbanding 3,209 kes dicatatkan dengan jumlah kerugian RM538.20 juta pada tahun 2021.
Beliau berkata kes jenayah komersial menunjukkan penurunan bagi kes yang disiasat iaitu 20.7 peratus dan jumlah kerugian juga menurun 77.3 peratus.
''Sepanjang tahun 2022 juga, JSJK telah menjalankan 1,715 operasi dengan jumlah tangkapan 1,757 orang dan hasil daripada operasi tersebut mencatatkan penyelesaian kes 40.1 peratus,'' katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 06 2023

Mohd Shuhaily berkata penurunan jenayah itu adalah hasil pelbagai usaha yang dijalankan pihaknya terutama dalam memastikan kehadiran pihak polis di lokasi tumpuan.- Foto BERNAMA
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Makluman dari perniagaan mengenai JS-SEZ sedang ditangani - Onn Hafiz
Kerajaan Johor dan persekutuan sedang mengambil langkah serius untuk menangani maklum balas dan kebimbangan perniagaan mengenai Zon Ekonomi Khas (JS-SEZ) Johor-Singapura yang akan datang.

Tidak sesuai berhujah Kanun Jenayah Syariah Kelantan gagal - Mufti
Mufti Kelantan berpendapat tidak sesuai untuk berhujah bahawa Kanun Jenayah Syariah gagal membendung kes jenayah berkenaan di negeri ini.

Pasukan keselamatan Lubnan tertekan ekoran jenayah babitkan pendatang semakin meningkat
Katanya, kehadiran sebilangan besar pelarian itu memberi tekanan kepada pasukan keselamatan, menyebabkan kehabisan sumber negara.

Jenayah di Pulau Pinang menurun 43.4 peratus
Jenayah indeks di Pulau Pinang merekodkan sebanyak 6,120 kes sepanjang tahun lepas iaitu penurunan 43.4 peratus atau 2,657 kes berbanding tempoh sama pada tahun 2021.

Pembukaan sempadan: Polis Johor nafi kadar jenayah meningkat
Polis Johor menafikan dakwaan kadar jenayah di negeri itu akan meningkat apabila sempadan Malaysia-Singapura dibuka berikutan kedudukan jenayah indeks terkawal dan tidak menunjukkan sebarang kenaikan.

Los Angeles catat hampir 400 pembunuhan pada 2021, tertinggi dalam tempoh 15 tahun
Statistik mendedahkan, Los Angeles tahun lalu merekodkan 397 pembunuhan, meningkat sebanyak 42 kes daripada 2020.

PKP: Kes jenayah turun 70 peratus di seluruh negara
Walaupun kadar jenayah menunjukkan penurunan dalam tempoh perintah itu, pihaknya mendapati jenayah yang ketara dilakukan adalah melibatkan kes pecah rumah dan mencuri motosikal.

Mengembara bersendirian? Ini tip untuk anda!
Mengembara bersendirian memerlukan anda mengambil langkah waspada dengan keadaan sekeliling.

Pinda hukuman mati mandatori tidak naikkan kadar jenayah
Meminda hukuman mati mandatori tidak akan menyebabkan kadar jenayah meningkat, kata Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran.

Polis kenal pasti tujuh negeri 'kawasan panas' PRU14
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata negeri terbabit ialah Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Terengganu, Perak, Sabah dan Sarawak.