Jemaah haji sebelum 1970-an menghadapi lebih banyak cabaran untuk menunaikan rukun Islam kelima itu kerana perlu menaiki kapal laut yang memakan masa 15 hari perjalanan dari Malaysia ke Arab Saudi, dengan pelbagai kemungkinan boleh terjadi sepanjang pelayaran itu.
Mereka juga perlu bertolak sebulan lebih awal iaitu pada bulan Ramadan dan menyambut Aidilfitri di Tanah Suci selain Aidiladha pada musim haji, kata bekas pembantu muassasah Ahmad Kamil Abdul Rahman, 64, kepada wartawan Malaysia yang berkunjung ke rumahnya di Al-Rusaifah, kira-kira dua kilometer dari Masjidilharam di sini baru-baru ini.
Ahmad Kamil, yang datang ke sini untuk menyertai ibu bapanya yang menetap di sini semasa berumur sembilan tahun pada tahun 1959, berkata berikutan kesukaran itu, jemaah haji ketika itu amat fokus dan disiplin dalam mengerjakan ibadah haji.
"Orang dulu senantiasa beramal ibadah terutama di Masjidilharam, sekarang ini jemaah haji banyak dipengaruhi oleh suasana semasa. Ketika di Tanah Suci pun boleh dok ikut keputusan pilihan raya di tanah air," katanya yang telah lebih 30 tahun bekerja dengan seorang Sheikh Arab dalam mengendalikan jemaah haji, terutama warga Malaysia, sejak berusia 16 tahun.
Ahmad Kamil, yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan telah menetap di sini lebih lima dekad berkata, pada masa dulu, jemaah haji jika diajak panjat Jabal Nur (640 meter tinggi) atau Jamal Thur (1,405 meter) akan turut serta walaupun warga emas.
Kini ramai jemaah Malaysia hanya mampu melihat dari kaki kedua-dua bukit itu kerana tidak digalakkan mendaki berdasarkan faktor keselamatan, kata bapa kepada sepasang cahaya mata itu.
Di Jabal Nur terletaknya Gua Hira, tempat Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama menerusi malaikat Jibril iaitu Iqra manakala sebuah gua di Bukit Thur, merupakan tempat Nabi Muhammad SAW dan sahabatnya Saidina Abu Bakar as-Siddiq bersembunyi daripada orang-orang Quraish, semasa hendak berhijrah ke Madinah.
Cucu saudara kepada bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi itu tidak dapat melupakan perjalanan pertamanya ke Makkah, yang menyaksikan bukan sahaja ada jemaah yang meninggal dunia dalam kapal, tetapi juga ada yang bertemu jodoh dan berkahwin semasa dalam pelayaran tersebut.
Sementara perjalanan dari Jeddah ke Makkah pada kekika itu pula mengambil masa tiga hari berbanding dua jam sekarang, kata Ahmad Kamil.
Beliau berkata dulu selain menjadi mutawif, beliau juga perlu membawa jemaah haji ke Arafah dan Mina dengan kereta.
Ahmad Kamil berkata pada masa itu beliau dibayar 100 Saudi Riyal (SR) atau kira-kira RM88 untuk setiap seorang jemaah haji yang mahu dikendalikan oleh muassassah tempat beliau bekerja.
Beliau selalu berulang alik ke Malaysia untuk mendapatkan jemaah haji untuk majikannya itu, dan setiap Sheikh Haji akan mengendalikan antara 200 hingga 300 jemaah haji.
Beliau amat seronok bekerja dengan Sheikh Arab itu kerana beliau dilayan amat baik, walaupun semasa bekerja mereka bekerja sebagai majikan dan pekerja, tetapi sebaik waktu pejabat tamat, hubungan mereka berubah sebagai seorang kawan.
Pengalaman tiga dekad dalam bidang pengelolaan haji, telah memberinya banyak pengajaran bukan sahaja cara untuk mengendalikan pelbagai ragam jemaah, tetapi juga menjalankan pelbagai tanggungjawab lain, katanya.
Beliau berkata jemaah haji masa dahulu amat berpegang kepada janji, "jika 30 orang berjanji untuk mengerjakan umrah, kesemua mereka akan menunggu saya keesokkannya untuk menaiki bas yang saya sewa untuk mengerjakan umrah.
"Tetapi kini berbeza, malam 30 orang berjanji, esok pagi hanya 10 orang sahaja yang muncul," katanya dan menurutnya beliau terpaksa menanggung kos sewa bas untuk 20 lagi jemaah yang tidak hadir.
Ahmad Kamil yang dibesarkan berhampiran dengan Masjidilharam telah berpindah ke tempat penginapannya yang baharu di Al-Rusaifah berikutan projek pembesaran masjid itu yang dilakukan oleh kerajaan Arab Saudi.
Katanya semasa beliau datang pada tahun 1950-an, beliau tidak tahu berbahasa Arab, tetapi hubungannya dengan kanak-kanak yang tinggal di sekeliling kawasan Masjidilharam telah membantunya dengan pantas menguasai bahasa itu.
Beliau berkata apabila Tabung Haji ditubuhkan pada 1970-an, tanggungjawab muassassah persendirian ini semakin terhakis dan kini urusan haji jemaah dari Asia Tenggara di Makkah dikendalikan oleh sebuah badan Muassasah Asia Tengara.
Setelah melibatkan diri dalam bidang pengelolaan jemaah haji yang begitu lama, beliau turut mempunyai ramai rakan yang dibinanya hasil daripada pertemuan semasa mengendalikan mereka, katanya.
Ahmad Kamil yang berkahwin dengan Sharifah Bee Che Din, 53, hingga kini tidak pernah sunyi daripada menerima kunjungan pelbagai lapisan masyarakat termasuk Sultan dan pemimpin negara.
Bernama
Sat Sep 13 2014
Jemaah haji sebelum 1970-an menghadapi banyak cabaran kerana perlu menaiki kapal laut yang memakan masa 15 hari perjalanan ke Arab Saudi.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik kenyat
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
PM Anwar ucap penghargaan kepada Arab Saudi
Pertemuan dengan Mohammed memberi ruang kepada dua pemimpin itu menyentuh pelbagai aspek hubungan Malaysia-Arab Saudi, khususnya perdagangan dan pelaburan.
PM dijadual bertemu pemimpin Lubnan, Kuwait di Riyadh
PM dijadual bertemu pemimpin Lubnan, Kuwait di Riyadh
Arab Saudi anjur Sidang Kemuncak Arab-Islam tangani pencerobohan Israel di Palestin, Lubnan
Keganasan di Palestin dan Lubnan, termasuk pencerobohan kejam Israel, telah memaksa pemimpin Arab dan Islam untuk mengambil tindakan segera.
Arab Saudi hantar pesawat bantuan ke-21 ke Lubnan
Pusat Bantuan dan Kemanusiaan Raja Salman (KSrelief) menghantar pesawat bantuan ke-21 ke Lubnan pada Sabtu.
Lelaki China sanggup berbasikal tujuh bulan jumpa Cristiano Ronaldo
Seorang pemuda sanggup berbasikal dari China ke Arab Saudi untuk bertemu bintang bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo.
Arab Saudi mulakan pembinaan Mukaab
Media antarabangsa melaporkan projek bernilai $50 billion (RM237.5 billion) itu dijangka siap sepenuhnya pada 2030.
Kelayakan Piala Dunia: Roberto Mancini, Arab Saudi berpisah
Mancini bergelut untuk memberikan impak sepanjang peranannya sebagai ketua jurulatih apabila hanya memenangi tujuh daripada 18 perlawanan.
WHO dan Arab Saudi perluas program kad kesihatan digital haji
Kad kesihatan Haji ini dibangunkan berdasarkan infrastruktur utama (PKI) dalam Rangkaian Pensijilan Kesihatan Digital Global (GDHCN) WHO.
Arab Saudi menyumbang kepada sokongan UNRWA untuk pelarian Palestin
Kerajaan Arab Saudi komited sokong perjuangan Palestin dan membolehkan UNRWA melaksanakan tanggungjawabnya terhadap pelarian Palestin.
Pakistan, Saudi bincang situasi di Palestin dan Lubnan
Kedua-dua menteri turut mengkaji hubungan dua hala serta membincangkan perkembangan serantau dan antarabangsa.