KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyarankan agar masjid, surau Jumaat dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan melaksanakan solat jenazah ghaib selepas solat Maghrib pada malam ini, 1 Ogos 2024.

Ini bagi mendoakan kesejahteraan dan kerahmatan untuk pemimpin Hamas Ismail Haniyeh yang dibunuh di Tehran, Iran pada Rabu.

[LAPOR LANGSUNG]: Solat jenazah ghaib Ismail Haniyeh di tiga masjid utama malam ini - JAKIM

Dalam satu kenyataan, Pengarah JAWI Kolonel Datuk Mohd Ajib Ismail, pemergian Haniyeh dalah suatu kehilangan besar dalam sejarah perjuangan rakyat Palestin menentang kezaliman dan penindasan rejim Israel.

"Kami mendoakan semoga Allah SWT menempatkan Allahyarham dalam kalangan para anbia, syuhada dan solihin," kataya dalam kenyataan itu.

JAWI juga beriltizam untuk terus bersolidariti dengan perjuangan rakyat Palestin melawan kekejaman Zionis.