KUALA LUMPUR: Beberapa cadangan pindaan kepada Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 (Akta 700) antara yang diteliti dalam sesi perbincangan pengukuhan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) pertama, pada Selasa.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata sesi itu membincangkan mandat Perdana Menteri mengenai cadangan mewujudkan badan bebas baharu dan/atau pengukuhan EAIC bagi memantau salah laku agensi penguatkuasaan.
"Antara perkara yang telah dibincangkan adalah penubuhan Jawatankuasa Pro-tem yang dipersetujui oleh Jemaah Menteri pada 19 April 2023.
"Jawatankuasa Pro-tem ini akan, antara lain mengkaji keperluan memasukkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai salah sebuah agensi penguatkuasaan yang disenaraikan di bawah seliaan EAIC," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Susulan itu, Azalina berkata Jawatankuasa Pro-tem itu akan mengadakan sesi libat urus bersama dengan semua pihak berkepentingan termasuk Ahli-ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang serta badan bukan kerajaan dalam masa terdekat.
"Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri amat komited dalam mewujudkan sebuah badan benar-benar bebas yang mempunyai kuasa kawalan tatatertib yang efektif dan berkesan untuk menyemai dan meningkatkan integriti dalam kalangan pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan," katanya.
Mesyuarat yang diadakan di Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU) hari ini dihadiri Pengerusi EAIC Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Peguam Cara Negara Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh dan wakil EAIC, BHEUU, Jabatan Peguam Negara (AGC), SPRM, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Jabatan Perdana Menteri.
EAIC ditubuhkan melalui Akta 700 yang telah diwartakan pada 3 Sept 2009 dan mula berkuat kuasa pada 1 April 2011.
Ketika ini, terdapat 21 agensi penguatkuasaan disenaraikan di bawah Jadual Akta 700 dan pemakaiannya kepada SPRM telah dikecualikan melalui peruntukan di bawah subseksyen 1(5) Akta 700.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 02 2023
Azalina berkata, Jawatankuasa Pro-tem itu akan adakan sesi libat urus bersama semua pihak berkepentingan termasuk Ahli-Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang serta NGO. - Gambar fail
Permohonan sertai program TVET meningkat 3.75 peratus dalam tempoh 6 bulan - Ahmad Zahid
Kini terdapat sejumlah 1,345 institusi TVET awam dan swasta yang beroperasi di seluruh negara.
Bursa Malaysia dijangka meningkat semula minggu depan
Ketua Penyelidikan Apex Securities Bhd Kenneth Leong menjangka paras 1,600 akan menjadi tumpuan berikutan indeks utama dilihat akan mempertahankan paras tersebut.
Empat rumah di Jelutong Timur musnah terbakar
Kebakaran turut melibatkan beberapa buah motosikal milik penduduk namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
PRK Sungai Bakap: Pengundi muda teruja tunai tanggungjawab kali pertama
Ramai dalam kalangan pengundi muda datang awal kerana enggan melepaskan peluang memangkah calon buat kali pertama.
UN bina penempatan bagi mangsa banjir di Brazil
Kompleks Canoas mempunyai kapasiti untuk sekitar 630 orang, dengan bilik tidur dan ruang untuk dobi, tempat makan dan kebersihan diri.
Surau atas Gunung Keriang beri kemudahan selesa pengunjung tunai ibadah
Surau itu mampu memuatkan 10 individu dalam satu masa dan membolehkan pengunjung menunaikan solat atau melakukan ibadat lain.
AWANI Ringkas: Sungai Bakap Memilih hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kekejaman zionis: Lima rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel
Pihak berkuasa Palestin sahkan lima rakyatnya terbunuh dalam serangan Israel di bandar Jenin, Tebing Barat, pada Jumaat.
Jabatan Perikanan Johor beri amaran kehadiran petropoda berbahaya di perairan Mersing
Perubahan iklim, peningkatan suhu air dan air 'ballast' perkapalan dipercayai menjadi punca penyebaran spesies ini ke perairan negara.
Kekejaman zionis: Usaha gencatan senjata, bebas tebusan dapat momentum
Usaha untuk mendapatkan gencatan senjata dan pembebasan tebusan di Gaza mendapat momentum pada Jumaat.
Jawatankuasa Pro-tem kaji keperluan masukkan SPRM di bawah selian EAIC
Sesi itu membincangkan mandat Perdana Menteri mengenai cadangan mewujudkan badan bebas baharu dan/atau pengukuhan EAIC.