KUALA LUMPUR: Organisasi jawatankuasa pengurusan COVID-19 di tempat kerja perlu diperkukuh dengan keberadaan individu dalam syarikat yang mempunyai kuasa membuat keputusan akhir.

Perunding Keselamatan dan Kesihatan Awam, Safety Management Academy, Mohd Soffian Osman melihat ketiadaannya menyebabkan usaha menangani penularan COVID-19 di tempat kerja tidak dapat digerakkan dengan berkesan.

Ini kerana beliau melihat masih ada syarikat yang tidak berbuat demikian walaupun asasnya telah digariskan dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.




Jawatankuasa pengurusan COVID-19 di tempat kerja perlu diperkukuh - Soffian Osman