Satu jawatankuasa khas bagi menangani masalah pengangguran dan tangga gaji rendah dalam kalangan belia negara telah diwujudkan, kata Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman hari ini.
Menurutnya, jawatankuasa itu akan memperhalusi kedua-dua isu utama yang membelenggu golongan itu dan berharap masalah berkenaan dapat diselesaikan dengan kadar segera.
Katanya, jawatankuasa khas yang akan dipengerusikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan disertai jemaah menteri dan tokoh korporat itu akan mencipta puluhan ribu peluang pekerjaan di negara ini.
Syed Saddiq berkata, pengumuman mengenai jawatankuasa khas itu akan dibuat Perdana Menteri tidak lama lagi.
Katanya, statistik Kementerian Sumber Manusia dan Bank Negara Malaysia (BNM) menunjukkan kadar pengangguran belia di negara ini berada pada paras 10.7 peratus.
Justeru, pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berusaha untuk mengurangkan kadar pengangguran itu kepada ‘single digit’ menerusi jawatankuasa khas tersebut.
"Kajian yang dilakukan Bank Negara bulan lepas menunjukkan ada kebolehan tenaga kerja kemahiran tetapi tangga gaji sudah statik, mencecah 20 tahun. Jadi, masalah di Malaysia ialah tangga gaji anak muda. Ini masalah utama.
"Sepatutnya kita kena kolaborasi dengan sektor korporat supaya mereka berani untuk naikkan tangga gaji bagi anak muda. Mereka kata anak muda malas, tak mampu lakukan sesuatu kerana muda, mentah, minta gaji terlalu tinggi, ia tidak benar," kata Syed Saddiq selepas merasmikan program Penang Youth Festival 2019 di Sungai Nibong, di sini.
Beliau berkata dengan adanya jawatankuasa khas itu ia secara tidak langsung dapat merealisasikan hasrat kerajaan mencipta satu juta peluang pekerjaan sepertimana dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum yang lalu.
Dalam masa sama, Syed Saddiq berkata, masalah tangga gaji yang rendah dan statik sejak 20 tahun lalu juga antara masalah utama biarpun belia mempunyai kemahiran dan mengikut kehendak pasaran.
Selain golongan belia di dalam bidang TVET, mereka yang mempunyai ijazah sarjana muda dan sarjana muda juga berdepan dengan masalah tangga gaji yang statik.
Sehubungan itu, pihaknya amat memerlukan sokongan daripada sektor swasta bagi mengatasi masalah tangga gaji tersebut.
Astro Awani
Sun Apr 21 2019
Syed Saddiq menyampaikan ucapan sempena 'Penang Youth Festival' di George Town hari ini. -- fotoBERNAMA
Dr Wan Azizah cadang wujudkan 'rumah kucing'
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencadangkan supaya 'rumah kucing' diwujudkan bagi menjaga kebajikan kucing gelandangan, terutama di kawasan perumahan kos rendah.
Keputusan ceburi bidang sukan bawa tuah buat 'Pocket Rocketman'
Biarpun keputusan yang diambil ketika beliau berusia 15 tahun itu amat berat, Azizulhasni nekad demi mengejar impiannya.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
AWANI 7:45 [20/11/2024] – Delegasi perniagaan bayar RM4.5 juta | Perolehan aset luar negara | Penjenayah perang | Polis 'curi tulang'
Kerajaan jimat hampir RM1 juta, PM ke lima negara.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
Anak muda sanggup rentas sempadan, guna laluan tidak sah untuk berhibur di Thailand
Mereka biasanya bertindak memarkir kenderaan di Rantau Panjang sebelum menyeberangi Sungai Golok untuk ke Thailand.
TVET buka peluang pekerjaan besar untuk anak muda
Bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tidak boleh lagi dilihat sebagai kerjasa pilihan kedua, kerana ia kini menjanjikan peluang pekerjaan yang besar.
SUKMA: Sabah tampil 90 peratus atlet muda, muka baharu dalam lawan pedang
Sabah bakal menampilkan 90 peratus atlet muda dan muka baharu dalam saingan lawan pedang pada Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 yang akan berlangsung di Sarawak bulan depan.
PRK Sungai Bakap: Jumlah pengundi muda keluar mengundi memberangsangkan - SPR
Peratusan anak muda keluar mengundi pada PRK Sungai Bakap pada sebelah pagi dilihat agak memberangsangkan.
RIUH x Hari Belia Negara di Melaka angkat penggiat seni dan kreatif muda
RIUH x Hari Belia Negara 2024 yang akan diadakan di Dataran Pahlawan, Melaka pada Sabtu dan Ahad ini menumpukan kepada penyertaan penggiat seni dan kreatif dalam kalangan anak muda.
Usaha 'remajakan' PKR perlu diteruskan, penuhi aspirasi anak muda - Fahmi
Usaha 'meremajakan' PKR yang menginjak usia 25 tahun perlu terus dilaksana dengan memastikan setiap dasar, program dan aktiviti parti memenuhi aspirasi anak muda pada masa ini.
Sidang Belia Wilayah Persekutuan medan anak muda bentuk, tambah baik dasar negeri
Pentas terbuka dan inklusif untuk belia dari setiap parlimen di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan membahaskan usul berkaitan dasar-dasar Wilayah Persekutuan.
Anak muda kongsi rezeki masak bubur lambuk guna kayu api
Sekumpulan anak muda dari Pertubuhan Warga Cakna membanting tenaga dengan bergotong-royong menyiapkan bubur lambuk untuk diagihkan sebagai juadah berbuka di sekitar Jitra.
Pemilu 2024: Visi calon presiden untuk anak muda masih kabur - Wakil Pelajar Indonesia
Visi calon-calon presiden dalam Pemilihan Umum (Pemilu) 2024 untuk anak muda ketika ini masih belum jelas.
Usaha kekalkan semangat muafakat perlu bermula dari rumah - Bryan Ng
Ibu bapa memainkan peranan penting kerana anak-anak mencontohi dan mempelajari setiap amalan dan percakapan yang ditunjukkan oleh orang tua mereka.