KUALA LUMPUR:Jawatankuasa Khas Bebas Darurat perlu mempunyai peranan lebih daripada sekadar menasihati Yang di-Pertuan Agong, mengenai kewujudan berterusan darurat, serta penamatannya.
Pegawai Penyelidik Research for Social Advancement (REFSA), Fakhrurrazi Rashid berkata, peranan jawatankuasa ini seharusnya mencakupi aspek pengendalian prosedur operasi standard (SOP), urusan ekonomi, sehinggalah pemantauan terhadap sistem pendidikan di negara ini.
Beliau perkara, peranan yang lebih luas perlu, memandangkan sistem semak dan imbang negara tergantung seketika, apabila Parlimen tidak dapat dijalankan dalam tempoh darurat ini.
“Perlu melihat daripada segi strategi COVID-19 tentang bagaimana kerajaan mengendalikan SOP dan sebagainya daripada Majlis Keselamatan Negara. Saya rasa ini perkara pokok yang perlu mendapat liputan atau penjelasan lebih lanjut oleh pihak kerajaan kepada rakyat yang masih lagi keliru tentang beberapa SOP dan sebagainya.
"Mereka juga perlu memikirkan strategi dalam mengendalikan urusan ekonomi negara. Saya rasa ekonomi merupakan aspek yang penting untuk sama-sama dilihat dalam jawatankuasa ini, khususnya pihak yang bukan daripada kerajaan,” katanya kepada Astro AWANI hari ini.
Selain itu, Fakhrurrazi berkata, jawatankuasa tersebut perlu melihat kepada sistem semak dan imbang terhadap polisi dan dasar memandangkan Kerajaan bakal membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 tahun ini.
Terdahulu hari ini Pejabat Perdana Menteri mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat yang dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.
Selain Arifin, Bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Samsudin Osman, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Norian Mai dan bekas Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin turut dipilih menganggotai jawatankuasa tersebut.
Empat ahli Parlimen kerajaan yang dipilih menganggotai jawatankuasa ini terdiri dari Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar, Tan Sri Noh Omar, Ahli Parlimen Batang Lupar Datuk Sri Rohani Abdul Karim, Ahli Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd. Dun dan Ahli Parlimen Pasir Puteh Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh.
Manakala tiga ahli Parlimen pembangkang pula adalah Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook dan Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
BACA: Tun Arifin Zakaria ketuai Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021
Mengulas lanjut, Fakhrurrazi berkat , perlu juga bagi jawatankuasa berkenaan memantau operasi pengagihan vaksin kepada rakyat Malaysia, bagi memastikan ia memenuhi sasaran yang ditetapkan.
Selain itu, beliau berpendapat, jawatankuasa itu perlu memikirkan tentang perancangan masa hadapan, khususnya tentang penyelidikan.
“Ini kerana kita dapat lihat berapa banyak kajian daripada UNICEF dan sebagainya tentang bagaimana sistem pendidikan itu telah menerima impak agak teruk ketika pandemik ini.
“Jadi jawatankuasa ini juga perlu fikir bagaimana kita perlu bantu atau corakan balik sistem pendidikan Malaysia yang telah mengalami satu perubahan yang radikal.
“Dari segi aspek pendekatan teknologi, pembelajaran dan kemudahan yang perlu disediakan. Pada saya lima perkara ini terlalu penting untuk jawatankuasa bebas membahaskan dan membincangkan perkara ini,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Tue Feb 09 2021
![Jawatankuasa Khas Bebas Darurat perlu ada peranan lebih luas - REFSA Jawatankuasa Khas Bebas Darurat perlu ada peranan lebih luas - REFSA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71609261336_RaisYatim.jpg)
Peranan yang lebih luas perlu, memandangkan sistem semak dan imbang negara tergantung seketika akibat penggantungan Parlimen. - Gambar fail
![ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia naik dua anak tangga ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia naik dua anak tangga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739319977_ACLE.jpg)
ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia naik dua anak tangga
Hasil daripada kemenangan JDT, ia membenarkan kedudukan AFC MA Ranking Malaysia melonjak sebanyak dua anak tangga.
AWANI Ringkas: Malaysia peneraju ekonomi digital Asia Tenggara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
"Ribuan yang mencatat kerugian besar" - PM Anwar
Perdana Menteri berkongsi telah memberi arahan tidak mewujudkan syarikat dibawah agensi tanpa kelulusan peringkat tertinggi kerana mencatat kerugian besar.
"Memutuskan untuk membatalkan bukan perkara yang mudah tetapi jika wajib dilakukan, kita harus lakukan"katanya
#AWANInews
"Memutuskan untuk membatalkan bukan perkara yang mudah tetapi jika wajib dilakukan, kita harus lakukan"katanya
#AWANInews
![UCL: Magis Ousmane Dembele pastikan PSG selesa benam Brest UCL: Magis Ousmane Dembele pastikan PSG selesa benam Brest](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739319097_UCL.jpg)
UCL: Magis Ousmane Dembele pastikan PSG selesa benam Brest
Dembele bertindak sebagai pemisah dengan meledak dua gol untuk merekodkan jaringan keenam dalam saingan UCL.
"Biar hal picisan itu dianggap picisan" - PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan untuk tidak menjadikan semua perkara sebagai isu politik picisan.
"Menasihat menegur itu baik, sebab itu saya kata apa pun kita lakukan soal akidah umat perlu dibetulkan kalau ada yang tercemar"katanya
#AWANInews
"Menasihat menegur itu baik, sebab itu saya kata apa pun kita lakukan soal akidah umat perlu dibetulkan kalau ada yang tercemar"katanya
#AWANInews
![Isteri ditikam bertubi-tubi hingga mati kerana bercakap dengan lelaki lain Isteri ditikam bertubi-tubi hingga mati kerana bercakap dengan lelaki lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739318311_Isteriditikam.jpg)
Isteri ditikam bertubi-tubi hingga mati kerana bercakap dengan lelaki lain
Mangsa dikenali sebagai CD meninggal dunia di lokasi kejadian.
PM Anwar gesa program iPayment dipercepatkan pada awal bulan Mac
Perdana Menteri menggesa sistem terimaan elektronik bersepadu iPayment yang dibangunkan oleh Jabatan Akauntan Negara (JANM) yang dijadualkan pada akhir bulan April 2025, dipercepatkan pada awal bulan Mac 2025.
#AWANInews
#AWANInews
AWANI Pagi: ASEAN KITA: Decoding the pillars of ASEAN
What holds ASEAN together? It is time to break down the pillars that shape our region’s future. In this episode, ASEAN Kita presents “Decoding the Pillars of ASEAN”, an insightful look at the foundations driving cooperation, growth, and stability. Join us on ASEAN Kita to explore and decode these pillars.
![Houthi sedia lancar serangan ke atas Israel jika perang di Gaza kembali tercetus Houthi sedia lancar serangan ke atas Israel jika perang di Gaza kembali tercetus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739316467_Houthifighters.jpg)
Houthi sedia lancar serangan ke atas Israel jika perang di Gaza kembali tercetus
"Tangan kami berada di picu dan bersedia untuk segera meningkatkan serangan terhadap Israel jika kembali meningkatkan ketegangan di Semenanjung Gaza."
![Rakyat Israel protes, bantah ancaman Netanyahu di Gaza Rakyat Israel protes, bantah ancaman Netanyahu di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739314407_protest.jpg)
Rakyat Israel protes, bantah ancaman Netanyahu di Gaza
Netanyahu sebelum ini menegaskan bahawa jika tebusan tidak dikembalikan sebelum tengah hari Sabtu, gencatan senjata di Gaza akan berakhir.
![PRU15: Perbaiki institusi Parlimen, bawa rakyat dekati politik PRU15: Perbaiki institusi Parlimen, bawa rakyat dekati politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41665391185_BangunanParlimen.jpg)
PRU15: Perbaiki institusi Parlimen, bawa rakyat dekati politik
Penyertaan rakyat akan membawa impak yang besar untuk membantu mencorakkan kematangan dan rasa tanggungjawab dalam kalangan ahli parlimen.
![Azam Baki tidak patut sekat demokrasi maklumat - Fakhrurrazi Rashid Azam Baki tidak patut sekat demokrasi maklumat - Fakhrurrazi Rashid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81641444247_AzamBaki.jpg)
Azam Baki tidak patut sekat demokrasi maklumat - Fakhrurrazi Rashid
Kenyataannya mahu mengheret pemberi maklumat ke mahkamah adalah sangat bertentangan dengan prinsip ketelusan.
![Cari kekuatan pemulihan ekonomi pada persidangan Parlimen akan datang - REFSA Cari kekuatan pemulihan ekonomi pada persidangan Parlimen akan datang - REFSA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61622362361_TBParlimen.jpg)
Cari kekuatan pemulihan ekonomi pada persidangan Parlimen akan datang - REFSA
Malah katanya pihak kerajaan juga seharusnya menjalinkan kerjasama yang baik dengan pembangkang.
![Perlu segera tubuhkan Jawatankuasa Parlimen Khas bipartisan - REFSA Perlu segera tubuhkan Jawatankuasa Parlimen Khas bipartisan - REFSA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/41613807756_TBFakhrurraziRashi.jpg)
Perlu segera tubuhkan Jawatankuasa Parlimen Khas bipartisan - REFSA
Azalina mengutuskan surat kepada Peguam Negara yang antara lainnya mencadangkan agar Jawatankuasa Parlimen Khas yang dianggotai Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.
![Jawatankuasa Khas Bebas Darurat perlu ada peranan lebih luas - REFSA Jawatankuasa Khas Bebas Darurat perlu ada peranan lebih luas - REFSA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71609261336_RaisYatim.jpg)
Jawatankuasa Khas Bebas Darurat perlu ada peranan lebih luas - REFSA
Peranan yang lebih luas perlu, memandangkan sistem semak dan imbang negara tergantung seketika akibat penggantungan Parlimen
![Belanjawan 2021: Pembangkang perlu kemuka cadangan konstruktif, bukan bergantung undian belah bahagi Belanjawan 2021: Pembangkang perlu kemuka cadangan konstruktif, bukan bergantung undian belah bahagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/71594689521_PersidanganParlimen.jpg)
Belanjawan 2021: Pembangkang perlu kemuka cadangan konstruktif, bukan bergantung undian belah bahagi
Anggota Parlimen pembangkang perlu memikirkan strategi yang bernas dan bukan sahaja bergantung kepada undian belah bahagi sahaja.
![Pendengaran pra-pelantikan calon KP SPRM wajar dipertimbangkan Pendengaran pra-pelantikan calon KP SPRM wajar dipertimbangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/81606299118_SPRMMDBrasuah.jpg)
Pendengaran pra-pelantikan calon KP SPRM wajar dipertimbangkan
Pencalonan KP SPRM secara terbuka dapat meningkatkan penyertaan orang awam dalam menguatkan lagi hubungan SPRM dengan rakyat.