KUALA LUMPUR: Satu jawatankuasa akan diwujudkan bagi mengkaji secara menyeluruh mengenai bahan cemar baharu termasuk mikroplastik yang berisiko memberi kesan kepada kesihatan manusia serta alam sekitar di negara ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata jawatankuasa itu berfungsi untuk mengenal pasti bahan cemar baharu serta meneliti tindakan yang boleh diambil secara bersepadu dari segi penguatkuasaan dan langkah pencegahan.
"Apakah prosedur operasi standard (SOP) baharu yang perlu ada supaya apa sahaja standard yang ada sekarang ini mungkin tidak mampu lindungi atau cover bahan-bahan baharu yang mencemar keadaan kita.
"Jadi kita kena tambah baik dan ini akan dilaksanakan secara bersepadu di bawah jawatankuasa ini yang bakal kita wujudkan nanti," kata beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air itu pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Abdul Khalib Abdullah (PN-Rompin) yang ingin tahu sama ada Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dengan Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah mengkaji keperluan membangunkan undang-undang khusus dalam menangani isu pembuangan dan pencemaran plastik.
Fadillah berkata jawatankuasa itu perlu diwujudkan bagi menyelaraskan bidang kuasa antaranya daripada aspek tindakan penguatkuasaan memandangkan pelbagai kementerian mahupun pihak berkuasa tempatan (PBT) mempunyai perundangan masing-masing dalam hal mengatasi isu bahan cemar.
Sementara itu, menyentuh mengenai dasar kerajaan menyasarkan sifar beg plastik menjelang 2025, beliau berkata antara langkah kerajaan adalah menggalakkan rakyat menggunakan bahan terbiodegradasikan iaitu bahan yang boleh dilupuskan.
"Kita juga menggalakkan supaya bahan kecantikan atau bahan lain yang menggunakan elemen plastik mikrobits sama ada pencuci muka atau scrubs juga patut dikurangkan dan kesedaran ini perlu diberikan kepada semua pengamal kesihatan.
"Kalau boleh kita juga mahukan lebih ramai menggunakan pengangkutan awam kerana tayar yang digunakan sebenarnya menghasilkan kesan sampingan, akhirnya apabila hujan ia akan mengalir ke air dan kesan tayar itu mendedahkan, itu juga merupakan bahan mikroplastik yang terlepas ke udara yang dihidu," kata beliau.
Beliau menjawab soalan tambahan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) yang ingin tahu perancangan kerajaan menguatkuasakan peraturan atau garis panduan sebagai penyelesaian awal menangani pengambilan mikroplastik susulan kajian seperti Pertubuhan Kimia Amerika (American Chemical Society) mendapati penggunaan bahan itu tertinggi di negara ini.
Menjawab soalan asal Syed Ibrahim mengenai usaha yang diambil PETRA untuk mengetengahkan isu mikroplastik sebagai bahan cemar baharu dalam kalangan rakyat, Fadillah berkata kementerian itu melalui NAHRIM telah menjalankan kajian dan penyelidikan berkaitan kualiti air.
"Pada ketika ini belum ada had piawaian pematuhan berkaitan bahan cemar baharu mikroplastik di dalam air. Contohnya, proses rawatan air perlu diberi perhatian bagi menjamin kualiti air yang selamat," katanya.
Berhubung usaha memperluas penyelidikan berkaitan kehadiran bahan cemar baharu mikroplastik dalam sumber air, beliau berkata NAHRIM akan mengambil beberapa langkah antaranya penggunaan dokumen bahan cemar baharu sebagai dokumen asas menyebarkan pengetahuan dan kesedaran berhubung pencemaran mikroplastik.
Selain itu, beliau berkata piawaian kualiti air mentah Malaysia akan ditambah baik dengan penambahan parameter bahan cemar baharu dan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan bagi pengumpulan data primer pencemaran mikroplastik dalam sumber air mentah di Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 18 2024

Fadillah berkata jawatankuasa itu berfungsi untuk mengenal pasti bahan cemar baharu serta meneliti tindakan yang boleh diambil secara bersepadu dari segi penguatkuasaan dan langkah pencegahan. - Gambar fail/Bernama
AWANI Ringkas: Kebimbangan Sultan Pahang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

KWSP kekal kukuh dengan strategi pelaburan seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh dalam mengimbangi portfolio pelaburannya di dalam dan luar negara, sekali gus memastikan pulangan kompetitif kepada ahlinya.

Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menteri Perpaduan Negara ingatkan semua pihak untuk tidak mencetuskan ketegangan atau perasaan benci antara penganut agama.

Fahmi arah MCMC siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Pengurusan Astro dan stesen radio tersebut akan dipanggil ke ibu pejabat MCMC bagi memberikan penjelasan penuh.

KWSP: Kerajaan tidak cadang wajib pencarum Islam pilih Simpanan Syariah - PM
Rekod penyamaan dividen KWSP itu dijangka akan meningkatkan lagi keyakinan pencarum beragama Islam untuk menambah simpanan Syariah.

'Dia tinggalkan semua demi saya, anak' - Ridzuan Ridzokumura sifatkan Akiko isteri penyayang
Meski masih cuba untuk kuat dengan kehilangan besar itu, Ridzuan bagaimanapun reda dengan pemergian isteri tercinta.

3 penyampai radio ERA mohon maaf secara terbuka
Nabil, Radin, Azad Jasmin susun jari mohon maaf berhubung aksi mereka yang kurang menyenangkan dan menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India.
ERA FM mohon maaf atas kandungan tidak sensitif
Stesen radio ERA FM tampil memohon maaf secara terbuka selepas penyiaran kandungan yang menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India. ERA FM menegaskan tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak dan berjanji lebih berhati-hati pada masa hadapan.
Fahmi arah siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Menteri komunikasi, Fahmi Fadzil mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan siasatan terperinci ke atas sebuah sebuah stesen radio milik Astro yang dilihat mempersenda upacara agama lain menerusi sebuah video dimuat naik di platform media sosial.

Aplikasi CIMB Clicks akan ditamatkan sepenuhnya pada 12 April 2025
Selepas tarikh tersebut, pengguna perlu menggunakan CIMB OCTO untuk tujuan perbankan sepenuhnya.

Jawatankuasa kaji bahan cemar baharu akan diwujudkan - Fadillah
Satu jawatankuasa akan diwujudkan bagi mengkaji secara menyeluruh mengenai bahan cemar baharu termasuk mikroplastik yang berisiko.