PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengaktifkan semula Jawatankuasa Keharmornian Antara Penganut Agama (Harmoni) yang berperanan sebagai medium perbincangan antara pemimpin agama bagi menyelesaikan persoalan berkaitan agama serta kaum.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata jawatankuasa itu akan dipengerusikan secara bersama antara beliau dan Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang dan dianggotai pemimpin agama utama dalam negara.
Jawatankuasa Harmoni ditubuhkan pada 14 Ogos 2020 namun tidak aktif sejak kebelakangan ini.
Bercakap dalam sidang media selepas Majlis Muhibbah Merdeka Bersama Pemimpin-pemimpin Agama di sini hari ini, Mohd Na'im berkata pihaknya akan melaksanakan libat urus dengan pelbagai pihak berkepentingan bagi proses pengaktifan jawatankuasa itu pada kadar segera.
"Jawatankuasa Harmoni ini diharapkan dapat berfungsi sebagai badan perundingan rasmi bagi para pemimpin agama utama di Malaysia memberikan input terbaik dan mencadangkan program yang praktikal untuk dilaksanakan demi memperkukuhkan persefahaman serta keharmonian hidup beragama dalam kalangan masyarakat," katanya.
Pada majlis hari ini, 20 wakil daripada pelbagai pertubuhan utama berasaskan agama dalam kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia, hadir antaranya wakil pertubuhan Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism; Buddhist Association; Christian Federation Malaysia; Malaysia Hindu Sangam; Sikh Federation; dan Persatuan Tao Malaysia.
Mohd Na'im berkata antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan itu ialah memperkasakan program Dialog Antara Tamadun sebagai pendekatan bagi memperkukuhkan keharmonian hidup beragama dalam kalangan masyarakat Malaysia.
"Pendekatan dialog bagi meningkatkan kefahaman dan mengatasi kekeliruan akan diperkasakan menerusi pelaksanaan seminar, penerangan dan penerbitan bahan ilmiah," katanya yang turut menyifatkan pertemuan itu membuktikan semangat persefahaman dan kerjasama yang utuh dalam kalangan pemimpin agama di negara ini.
Pada majlis itu juga, Presiden Angkatan Belia Islam (ABIM) Muhammad Faisal Abdul Aziz menyerahkan memorandum kepada Mohd Na'im supaya kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan JPM (Hal Ehwal Agama) mencari jalan penyelesaian kepada isu pentadbiran agama Islam menerusi bidang kuasa negeri dan Mahkamah Syariah agar pertikaian bidang kuasa yang disepakati sebelum ini tidak berulang.
Antara yang dicadangkan ABIM menerusi memorandum itu ialah jalan penyelesaian yang dirintis seharusnya menjurus kepada langkah pengharmonian kedua-dua bidang kuasa iaitu Syariah dan Sivil, dalam masa yang sama meneruskan usaha memperkasakan Mahkamah Syariah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 29 2023
Mohd Na'im Mokhtar berkata, jawatankuasa itu akan dipengerusikan secara bersama antara beliau dan Aaron Ago Dagang dan dianggotai pemimpin agama utama dalam negara. - Gambar fail/Bernama
Fadillah mahu diaspora Malaysia di Laos teroka sektor tenaga boleh baharu
Setiap negara anggota ASEAN kini sedang menumpukan usaha untuk meningkatkan penghasilan TBB dan tenaga bersih.
PRK Mahkota: BN berpotensi menang, tapi berapa besar majoriti?
Di atas kertas, peluang calon BN Syed Hussien Syed Abdullah untuk menang pada PRK Mahkota lebih cerah jika dibandingkan dengan lawannya.
KBS rancang hantar atlet pelapis ke lebih banyak kejohanan antarabangsa
KBS sedang berbincang dengan Kementerian Kewangan mengenai cara meningkatkan pembiayaan bagi sukan dan menggalakkan sektor korporat melabur.
Kekurangan penerbangan ke dan dari Labuan disebabkan 'faktor muatan' - Hasbi
Walaupun MoT berkuasa luluskan penerbangan baharu atau tambahan atas permintaan, keputusan akhir terletak pada syarikat penerbangan komersial.
Malaysia mampu jadi hab perkhidmatan serantau untuk firma global - Tengku Zafrul
MITI komited untuk terus memupuk bakat, mengukuhkan hubungan dagangan selain memastikan Malaysia kekal sebagai peneraju hab pembuatan dan perkhidmatan.
LTdL: Beberapa jalan di Negeri Sembilan, Pulau Pinang ditutup
Beberapa laluan di daerah Nilai, Seremban dan Rembau ditutup secara berperingkat susulan perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024.
Durian segar Malaysia boleh dinikmati pengguna China dalam tempoh 36 jam
Bagi golongan pengguna China, durian segar lebih sedap dan rasanya lebih halus berbanding dengan durian sejuk beku.
Pasangan panda gergasi tiba di Hong Kong
Sepasang panda gergasi yang dihadiahkan oleh kerajaan pusat kepada Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) China tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pagi Khamis.
Ribuan berkabung, beri penghormatan akhir untuk mangsa kebakaran
Orang ramai berkumpul di hadapan barisan keranda putih pada Khamis semasa upacara peringatan untuk 21 kanak-kanak yang meninggal dunia dalam kebakaran sekolah asrama di Kenya awal bulan ini.
Korea Selatan bakal laksanakan RUU larang deepfake,hukuman maksimum
Penggubal Undang-Undang Korea Selatan pada Khamis telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) yang menjenayahkan pemilikan atau menonton rakaman deepfake lucah, termasuk hukuman penjara dan denda.
Tahun Baharu Tamil, Hari Vishu diharap bawa permulaan hidup harmoni - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata kedua-dua sambutan itu mempunyai keunikan budaya dan sejarahnya yang tersendiri.
Minoriti Siam Kelantan tidak rasa terasing, hidup harmoni dalam kemerdekaan
Asimilasi budaya yang telah sebati dan berakar umbi sejak zaman nenek moyang menjadikan mereka seperti bersaudara.
Pemimpin perlu beri contoh pupuk semangat saling memahami, menghormati - Sultan Perak
Pertahanan negara akan menjadi rapuh jika warga yang terdiri daripada pelbagai kaum, pelbagai agama, gagal menjalinkan hubungan yang harmoni.
Rakyat Sabah diminta jadi benteng tolak politik perkauman - Hajiji
Datuk Hajiji Mohd Noor menyeru agar rakyat di Sabah menjadi benteng bagi menolak sebarang tindakan atau pendekatan yang membawa unsur politik perkauman ekstrem di negeri ini.
Karakter Upin Ipin diangkat sebagai duta mahabbah - Maszlee
Beliau berkata, elemen saling menghormati, sayang-menyayangi dalam kalangan pelbagai kaum di negara ini wujud dalam karakter Upin dan Ipin, sekali gus memainkan peranan mempromosikan budaya majmuk.
Sultan Nazrin dukacita dengan sifat riak pemimpin politik
Baginda juga mengingatkan pemimpin politik agar tidak menjadi dalang melakukan provokasi yang boleh memarakkan api kebencian dan permusuhan.
Anggota FRU perketat kawalan di Kuil Sri Maha Mariamman
Sebanyak enam kenderaan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) dengan kekuatan lebih 1000 anggota di tempatkan di perkarangan Kuil Sri Maha Mariammam sejak jam 5 petang tadi.
Pelbagai kaum sambut perayaan bersama, petanda baik untuk negara - Tun Mahathir
Perdana Menteri berkata hubungan rapat antara kaum membolehkan pelbagai lapisan masyarakat merayakan semua hari kebesaran bersama-sama.
Kerajaan tubuh Majlis Perundingan Keharmonian Rakyat kukuh integrasi nasional
Langkah itu diambil bagi mempromosikan Malaysia di peringkat global sebagai model negara moderat yang berjaya menjaga keharmonian antara kaum dan agama.
3 pasangan yang putus kasih tetapi masih baik
Kisah bermula apabila pelakon Zahirah Macwilson didakwa menjadi punca hubungan antara Kamal dan Emma retak.