Kisah bermula apabila pelakon Zahirah Macwilson didakwa menjadi punca hubungan antara Kamal dan Emma retak.
BACA: "Kamal Adli, tolong jadi matang dan jangan ganggu saya" - Zahirah MacWilson
Kisah cinta mereka agak rumit untuk dirungkai kerana terdapat pelbagai versi cerita yang disampaikan.
BACA: Kamal Adli enggan panjangkan kontroversi, gembira Emma datang beri sokongan
Namun begitu, kehadiran Emma di pentas akhir Super Spontan Superstar 2017 menyokong Kamal mengundang seribu persoalan dan peminat mula membuat spekulasi mengenai status hubungan mereka.
Menurut Emma menerusi satu laporan media, dia kini hanya menganggap jejaka sebagai sahabat dan tidak salah jika dia memberi sokongan kepada Kamal.
Sama seperti ikatan perkahwinan, walaupun ada pasangan artis sudah tidak lagi bersama, perpisahan bukan halangan untuk mereka menjalinkan hubungan yang baik.
Astro Gempak menyenaraikan tiga pasangan yang sudah putus kasih tetapi masih mengekalkan hubungan harmoni demi kebaikan bersama.
Nora Danish dan Jejai
Biarpun mereka sudah tidak sehaluan dan berpisah semenjak tahun 2008, Nora dan Jejai masih mengekalkan hubungan baik demi anak mereka, Putra Rayqal Ramli. Jejai juga hadir memeriahkan majlis perkahwinan Nora dan Nedim yang diadakan pada Mac lalu.
Erra Fazira - Engku Emran
Berpisah pada tahun 2014, Erra dan Emran masih menjalinkan hubungan baik dalam menjaga puteri tunggal mereka, Engku Aleesya. Erra juga mendoakan hubungan Emran yang kini berkahwin dengan aktres Indonesia, Laudya Cynthia Bella bahagia hingga akhir hayat.
Norman Hakim - Abby Abadi
Tahun 2008 menjadi saksi terlerainya hubungan suami isteri Norman dan Abby. Lembaran baru sudah dibuka dan kini Norman dan Abby menjalinkan hubungan yang sangat baik demi anak-anak. Malah baru-baru ini, Norman dan Abby bersanding atas satu pentas bersama pasangan masing-masing.