Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang mengesahkan air di Sungai Telang, Kampung Beletik, Lipis kelihatan tercemar dengan warnanya bertukar seakan-akan air lumpur, seperti yang diadu oleh orang awam.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata JAS Pahang telah mengambil sampel air sungai di kawasan berkenaan untuk dianalisis susulan aduan yang diterima oleh beliau menerusi aplikasi WhatsApp pada 12 dan 19 Dis lalu.
Katanya siasatan lanjut JAS Pahang juga mendapati berlaku aktiviti perlombongan di kawasan hutan Simpan Tersang dan usaha sedang dijalankan bagi mengenal pasti sama ada lombong terbabit beroperasi secara sah atau tidak.
"Saya memandang serius terhadap pencemaran sungai ini kerana Sungai Telang merupakan sumber utama yang digunakan penduduk kampung untuk kegunaan harian seperti air minuman, mencuci pakaian dan menangkap ikan.
"Oleh demikian, saya telah mengarahkan JAS untuk menggunakan apa juga kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 untuk mengekang pencemaran ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu, Wan Junaidi berkata buat masa ini, arahan pemberhentian kerja serta-merta akan dikeluarkan terhadap operator terbabit bagi membendung pencemaran yang berlaku dan arahan untuk melaksanakan langkah-langkah pemulihan kawasan yang menjadi punca pencemaran sungai juga akan dikeluarkan.
Keengganan mematuhi arahan ini boleh menyebabkan setiap operator didenda sehingga RM50,000 atau dipenjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan, katanya.
"Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar sentiasa mengambil berat dan prihatin terhadap keperluan dan denyut nadi rakyat dalam mengurus pembangunan negara demi mengekalkan sumber asli dan alam sekitar secara lestari," katanya.
Wan Junaidi berkata JAS Cawangan Cameron Highlands juga telah memanjangkan aduan itu kepada Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Pahang, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang, Pejabat Tanah dan Daerah Lipis serta Pejabat Hutan Daerah Raub untuk tindakan selanjutnya di bawah bidang kuasa agensi masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 25 2017

Air di Sungai Telang, Kampung Beletik, Lipis kelihatan tercemar dengan warnanya bertukar seakan-akan air lumpur. - Gambar hiasan

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

Bekalan air dari LRA Bukit Temoh kembali pulih - LAP
Bagaimanapun, kerja tambakan tanah dan pemasangan paip baharu di kawasan kejadian tanah runtuh di Taman Bunga Raya, Tapah masih diteruskan.

Pembukaan banyak pusat data boleh jejas sumber air negara
Meskipun Malaysia mengalu-alukan pelaburan itu, pakar bimbang tidak ada cukup langkah untuk melindungi air bagi kegunaan awam dan persekitaran.

Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.

Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.

Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.

Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.

Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.

Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.

Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.

Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.