PERMATANG PAUH: Jabatan Alam Sekitar ( JAS) Pulau Pinang mengesan sebuah tapak pelupusan haram yang menempatkan sisa pepejal, sisa binaan dan sisa disyaki buangan terjadual di kawasan sawah padi di Permatang Pauh, Pulau Pinang.
Pengarah JAS negeri, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, semua sisa buangan tersebut ditemui di belakang kawasan perumahan dekat Jalan Kubang Semang pada 15 Februari lepas.
Menurutnya, JAS pada mulanya menerima aduan penduduk berhubung pembakaran terbuka di kawasan tersebut, bagaimanapun semasa siasatan dijalankan pasukan penyiasat menemui satu tapak pelupusan haram tersebut.
“Sebanyak tiga puluh buah beg jumbo yang mengandungi sisa industri telah dilupuskan secara haram di kawasan sawah padi yang terletak di belakang kawasan pembakaran terbuka sampah sarap sisa binaan diatas tanah seluas 2 ekar.
“Sampel bahan buangan di tapak pelupusan telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia (JKM) untuk dianalisa,” katanya.
Mengulas lanjut, Sharifah Zakiah berkata, pihak JAS sudah mengenal pasti premis pengeluar bahan buangan tersebut termasuk pemilik tanah, penyewa serta pihak lain yang terlibat dalam kejadian tersebut.
Jelasnya, kesemua pihak yang dikenal pasti itu dipanggil untuk beberapa siri rakaman percakapan dan siasatan lanjut.
“Menerusi perbincangan dengan pihak terlibat iaitu premis pengeluar serta penyewa telah bersetuju untuk menanggung kos pembersihan dan pelupusan serta lain-lain kos berkaitan.
“Semua sisa yang telah tercemar dengan buangan terjadual akan dihantar ke tapak pelupusan akhir sisa berjadual di Kualiti Alam Sdn Bhd untuk pelupusan manakala untuk buangan sisa pepejal biasa, pemilik tanah telah diarahkan untuk melupuskan buangan itu di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sungai Burung,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Sharifah Zakiah berkata, pihaknya turut memaklumkan berhubung kewujudan tapak pelupusan haram itu kepada Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) untuk tindakan lanjut.
“Berdasarkan siasatan JAS, didapati bahawa pemilik dan penyewa tanah telah melakukan tambakan tanah menggunakan sisa buangan bagi tujuan pembinaan bangunan tanpa sebarang kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT)," katanya lagi.
Susulan insiden tersebut, Sharifah Zakiah berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan dibawah Seksyen 34B, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 yang membawa hukuman maksima RM500,000 serta mandatori penjara tidak lebih lima tahun serta Seksyen 24b akta sama yang membawa hukuman maksima RM100,000 atau lima tahun penjara.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Mar 09 2022
Semua sisa buangan tersebut ditemui di belakang perumahan dekat Jalan Kubang Semang pada 15 Februari lepas.- Foto JAS Pulau Pinang
Ringgit dijangka stabil berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan.
Siapkan projek fasa 1B lebuhraya Pan Borneo ikut jadual
Kontraktor projek lebuhraya Pan Borneo Sabah yang baru menerima surat lantikan untuk memulakan kerja bagi fasa 1B diberi amaran awal supaya memastikan projek berjalan lancar.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata, beliau mahu memastikan semua 19 pakej kerja dalam fasa berkenaan tidak berlaku kelewatan.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata, beliau mahu memastikan semua 19 pakej kerja dalam fasa berkenaan tidak berlaku kelewatan.
Belanjawan 2025 diharap bantu B40, M40 miliki kediaman sendiri
Kerajaan melalui SPNB komited menyediakan perumahan mampu milik, khususnya untuk golongan B40, sebagaimana terbukti dalam RMK-12.
[TERKINI] Sultan Pahang perkenan fatwa GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, memperkenankan fatwa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Perundingan Syarak negeri itu bahawa pengikut Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd sama ada pekerja atau mana-mana orang Islam adalah menyeleweng dan sesat.
[TERKINI] 19 terkoban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sekurang-kurangnya 19 orang terkorban akibat banjir dan tanah runtuh yang melanda Bosnia-Herzegovina pada Jumaat
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi
Ikuti temubual bersama YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
#AWANIPagi
#AWANIPagi
Gelombang haba pecah rekod cengkam barat daya AS
Gelombang haba luar biasa sedang melanda wilayah barat daya Amerika Syarikat dengan suhu mencatat rekod baharu.
AWANI Ringkas: Media sosial - Ini ingatan daripada KSN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cukai Minuman Manis: Luas skop cukai, tarik semula subsidi gula - Pusat Galen
Menurut Azrul, jika kerajaan bercadang menaikkan cukai gula, maka sewajarnya subsidi kepada pengeluar dan pengilang gula juga perlu ditarik balik.
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 5 Oktober 2024
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
Kebakaran tapak pelupusan sampah haram, JAS Selangor tahan 3 lelaki
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor menahan tiga lelaki disyaki mempunyai kaitan dengan kejadian kebakaran di tapak pelupusan sampah haram berdekatan Plaza Tol Sungai Long, Kajang.
Pencemaran bau: Tapak pelupusan sampah haram di Bandar Mahkota Cheras ditutup
Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menutup tapak pelupusan sampah haram yang menjadi punca pencemaran bau busuk di Bandar Mahkota Cheras pada 31 Mei lepas.
JAS kesan tapak pelupusan sisa buangan haram di kawasan sawah padi
Semua sisa buangan tersebut ditemui di belakang perumahan dekat Jalan Kubang Semang pada 15 Februari lepas.
Usaha padam kebakaran tapak pelupusan sampah guna pesawat APMM
Kerja pemadaman api di tapak pelupusan sampah haram di Kampung Limau Manis, Sungai Merab, Sepang, Selangor yang terbakar sejak Ahad lepas masih diteruskan.