Walaupun jaring keselamatan hampir siap dipasang di Projek Perumahan Rakyat PPR Sri Pantai, namun ada segelintir penduduk yang 'menggunakannya' sebagai tempat pembuangan sampah.
Paket-paket plastik dan tisu kelihatan di celah-celah jaring yang mula dipasang sejak hampir dua minggu lepas.
Tinjauan Astro AWANI mendapati rata-rata penduduk berpuas hati dengan pemasangan jaring tersebut tetapi kecewa dengan sebilangan penduduk yang masih membuang sampah dari tingkat atas.
Salah seorang penduduk, Isa Yatim merasakan jaring tersebut memenuhi keperluan penduduk di sana dari aspek keselamatan namun berpendapat ia kurang sesuai dari aspek kebersihan.
"Memang bagus jaring ini dipasang. Lebih selamat, tetapi ada lagi orang yang buang sampah.
"Jadi, barang-barang seperti tisu bila tersekat di jaring, nampak tidak elok," katanya.
Tambah Isa, penyelesaian lain yang boleh dipertimbangkan adalah dengan membina lapisan konkrit.
"Namun, ini cuma pendapat saya. Terpulanglah kepada pihak berkuasa," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Sri Pantai Tusiah Sino berterima kasih kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana memasang jaring keselamatan tersebut.
"Ini merupakan fasa pertama. Ada lagi yang tidak siap. Namun, kami berterima kasih dengan pemasangan jaring ini.
"Saya berharap agar penduduk selepas ini tidak lagi membuang sampah dari atas dan janganlah gunakan jaring ini sebagai tempat untuk membuang sampah," katanya.
Jaring keselamatan ini dipasang sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan mempertingkatkan keselamatan penghuni PPR.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilaporkan berkata, langkah itu adalah bagi memastikan kejadian remaja lelaki maut ditimpa kerusi yang dicampak dari tingkat atas PPR Sri Pantai pada 15 Januari tidak berulang.
Hafiz Marzukhi
Thu Feb 01 2018

Nampak tak bungkusan plastik itu? Adakah akan ada tangan-tangan 'gatal' yang akan membuang pelbagai jenis sampah lagi? - Astro AWANI/Hafiz Marzukhi

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Jaring keselamatan sudah dipasang, tetapi jadi tempat buang sampah pula
Walaupun jaring keselamatan hampir siap dipasang di Projek Perumahan Rakyat PPR Sri Pantai, namun ada segelintir penduduk yang 'menggunakannya' sebagai tempat pembuangan sampah.

Jaring keselamatan mula dipasang di setiap PPR Kuala Lumpur
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, langkah itu adalah bagi memastikan kejadian remaja lelaki maut ditimpa kerusi di PPR Sri Pantai minggu lalu tidak berulang.