Datuk Muhammad Ibrahim menyifatkan pelantikannya sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai peluang bagi beliau menyumbang kepada negara.
Beliau berkata kestabilan sistem kewangan dan ekonomi negara merupakan keutamaannya buat masa kini.
"Adalah penting untuk kita sentiasa memastikan kestabilan sistem kewangan negara dan ekonomi kita.
“Saya juga mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Kerajaan dan BNM atas kepercayaan yang diberi untuk menggalas tugas ini," kata Muhammad.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media sejurus pelancaran galeri Chang Fee Ming di Sasana Kijang di sini, hari ini.
Muhammad juga turut mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Zeti Akhtar Aziz atas kepimpinan mantapnya sebagai Gabenor BNM sejak 16 tahun lalu dan 35 tahun berkhidmat bersama bank pusat.
Zeti akan bersara pada akhir April nanti.
Pelantikan Muhammad sebagai Gabenor BNM yang kelapan berkuat kuasa 1 Mei ini.
Kontrak Muhammad bertempoh lima tahun selepas mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.
Pelantikan beliau telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga Menteri Kewangan, menerusi satu kenyataan media hari ini.
Muhammad yang menyertai bank pusat itu pada 1984 dan dilantik sebagai Timbalan Gabenor pada Jun 2010.
Beliau memiliki Ijazah Sarjana daripada Harvard University, Ijazah Perakaunan daripada Universiti Malaya dan diploma lepasan ijazah dalam Perbankan dan Kewangan Islam daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Selama 32 tahun bersama dengan bank pusat, beliau berkhidmat dalam banyak bahagian termasuk peraturan dan pengawalseliaan bank, perancangan strategik, sistem pembayaran, insurans, perbankan luar pesisir, perbendaharaan dan pasaran kewangan.
Sebelum itu Muhammad juga pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Danamodal Nasional Bhd dan Pesuruhjaya Suruhanjaya Sekuriti.
Ketika ini beliau merupakan Pengerusi Lembaga Pembangunan Profesional Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF), Pengarah Agensi Akreditasi Kewangan, Pengarah Bebas Petronas dan ahli lembaga Kumpulan Wang Persaraan.
Malik Ridhwan, Luqman Hariz
Wed Apr 27 2016
![Janji Gabenor Bank Negara Malaysia baru Janji Gabenor Bank Negara Malaysia baru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/81461754702_DatukMuhammad.jpg)
Muhammad berkata kestabilan sistem kewangan dan ekonomi negara merupakan keutamaannya buat masa kini. - fotoBERNAMA
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan - Gabenor Bank Negara Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan - Gabenor Bank Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81696311307_GabenorBNM.jpg)
Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan - Gabenor Bank Negara
Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan bertunjangkan aktiviti berorientasikan domestik dan disokong keadaan pasaran buruh dan pelaburan menjelang tahun depan.
![Gabenor BNM: Abdul Rasheed sinonim kepada pengalaman dan pengetahuan luas - Ahli Ekonomi Gabenor BNM: Abdul Rasheed sinonim kepada pengalaman dan pengetahuan luas - Ahli Ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41654689031_AbdulRasheedGhaffo.jpg)
Gabenor BNM: Abdul Rasheed sinonim kepada pengalaman dan pengetahuan luas - Ahli Ekonomi
Gabenor BNM yang baharu, Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour, bukan orang baharu dalam badan berkanun itu.
![Abdul Rasheed calon tepat, paling sesuai jadi Gabenor BNM - Bekas Gabenor Abdul Rasheed calon tepat, paling sesuai jadi Gabenor BNM - Bekas Gabenor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41631186297_ShaikAbdul.jpg)
Abdul Rasheed calon tepat, paling sesuai jadi Gabenor BNM - Bekas Gabenor
Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour adalah calon yang tepat dan paling sesuai untuk menjadi peneraju bank pusat negara, kata bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Muhammad Ibrahim.
![Langkah keselamatan ketat perlu, jamin keselamatan pengguna - Gabenor Bank Negara Langkah keselamatan ketat perlu, jamin keselamatan pengguna - Gabenor Bank Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41652431340_GabenorBankNegara.jpg)
Langkah keselamatan ketat perlu, jamin keselamatan pengguna - Gabenor Bank Negara
Biarpun langkah kawalan akan menjadikan urusan perbankan dalam talian lebih rumit, ia perlu bagi melindungi kepentingan pelanggan.
![Skim Beli Sekarang Bayar Kemudian: BNM gubal Akta Kredit Pengguna tahun depan Skim Beli Sekarang Bayar Kemudian: BNM gubal Akta Kredit Pengguna tahun depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81636706890_TBiDATUKNORSHAMSI.jpg)
Skim Beli Sekarang Bayar Kemudian: BNM gubal Akta Kredit Pengguna tahun depan
Bank Negara Malaysia (BNM) akan menggubal Akta Kredit Pengguna pada 2022 bertujuan mengukuhkan pengaturan kawal selia.
![Nilai ringgit bertambah 0.9 peratus sejak 1 Oktober - Bank Negara Nilai ringgit bertambah 0.9 peratus sejak 1 Oktober - Bank Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81629299527_TBRINGGITMALAYSIA.jpg)
Nilai ringgit bertambah 0.9 peratus sejak 1 Oktober - Bank Negara
Ia sejajar dengan trend mata wang serantau yang lain dan katanya, ringgit terus disokong oleh prospek dalam negara yang lebih baik susulan pembukaan semula ekonomi dan kenaikan harga komoditi.
![Pertumbuhan ekonomi suku pertama susut mendadak akibat COVID-19 Pertumbuhan ekonomi suku pertama susut mendadak akibat COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/61589345149_NorShamsiahMohdYu.jpg)
Pertumbuhan ekonomi suku pertama susut mendadak akibat COVID-19
Ekonomi Malaysia susut kepada 0.7 peratus pada suku pertama tahun ini berbanding 4.5 peratus yang direkodkan pada suku sama tahun sebelumnya.
![Nor Shamsiah gabenor yang hebat - Lagarde Nor Shamsiah gabenor yang hebat - Lagarde](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/41561354713_TBSHAMSIAH.jpg)
"Nor Shamsiah gabenor yang hebat" - Lagarde
Nor Shamsiah telah melakukan perkara yang benar-benar dalam jangkaan, dan keperluan IMF, terutamanya dalam menstabilkan kewangan negara.
![Bank Negara dedahkan 1MDB didenda RM15 juta Bank Negara dedahkan 1MDB didenda RM15 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/61468231699_mdb.jpg)
Bank Negara dedahkan 1MDB didenda RM15 juta
Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan denda sebanyak RM15 juta terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
![Bank Negara keluar tiga wang kertas edisi terhad Bank Negara keluar tiga wang kertas edisi terhad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/41513344786_RinggitMalaysia.jpg)
Bank Negara keluar tiga wang kertas edisi terhad
BNM mengeluarkan tiga wang kertas edisi terhad khas sempena sambutan ulang tahun ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.