KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan bertunjangkan aktiviti berorientasikan domestik dan akan terus disokong oleh keadaan pasaran buruh dan pelaburan menjelang tahun depan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Rasheed Ghaffour.
Beliau berkata keadaan pasaran buruh, terutamanya pekerjaan dan gaji, terus bertambah baik, yang menyokong keupayaan isi rumah untuk berbelanja.
"Sementara itu, pelaburan oleh sektor swasta dan awam berkekalan untuk masa akan datang, dan faktor ini akan terus menyokong ekonomi pada 2024," kata beliau ketika berucap di Persidangan Antarabangsa mengenai Jenayah Kewangan dan Pembiayaan Keganasan (IFCTF) ke-13 hari ini.
Di samping itu katanya, ekonomi juga akan mendapat manfaat daripada kitaran teknologi yang pulih secara beransur-ansur dan pemulihan dalam permintaan luar.
Abdul Rasheed berkata Malaysia, bernasib baik kerana tidak menghadapi cabaran inflasi yang teruk seperti ekonomi-ekonomi lain dan inflasi teras terus menyusut kepada 2.5 peratus pada Ogos tahun ini, sejajar dengan harga komoditi global yang lebih rendah dan keadaan penawaran dan permintaan yang bertambah baik.
"Kami menjangkakan inflasi akan terus menurun sejajar dengan momentum kenaikan harga yang perlahan. Kami akan terus memantau potensi risiko terhadap prospek itu, yang berlaku terutamanya perubahan kepada dasar domestik mengenai subsidi bahan api," katanya.
Mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR), Abdul Rasheed berkata ia berada pada tahap prapandemik iaitu 3.0 peratus dan dasar monetari kekal menyokong ekonomi.
Beliau berkata Jawatankuasa Dasar Monetari tetap berwaspada dengan keadaan yang berubah dan kesannya terhadap inflasi domestik dan juga prospek bagi pertumbuhan.
"Melangkaui jangka masa terdekat, kita harus menyasarkan ke arah mengekalkan pertumbuhan jangka panjang, sambil meningkatkan kualiti hidup untuk semua rakyat Malaysia. Pembaharuan struktur memainkan peranan kritikal dalam mencapai matlamat ini dan kerajaan baru-baru ini telah melaksanakannya, dengan mengeluarkan Rangka Kerja Ekonomi MADANI, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara," katanya.
Berhubung penipuan (scam) kewangan, Abdul Rasheed berkata penjenayah kini semakin canggih, menggunakan gelombang teknologi dan aktiviti jenayah juga semakin kompleks, memandangkan penjenayah mengeksploitasi kelemahan yang merentasi sempadan.
"Sehubungan itu, kita semua yang berada dalam industri kewangan, sama ada di sektor awam atau swasta, mesti melengkapkan diri dengan penangkis tipologi jenayah kewangan terkini dan yang baru muncul untuk mengesan, mencegah dan menghapuskan aktiviti haram secara berkesan," kata beliau.
Abdul Rasheed menambah bank pusat secara berterusan menyesuaikan rangka kerja kawal selianya dengan menyemak semula dasar, termasuk dokumen-dokumen dasar membabitkan Pengubahan Wang Haram (AML) dan kaedah elektronik Kenali Pelanggan Anda (e-KYC).
Beliau berkata dasar-dasar seperti itu akan terus diselaraskan dengan falsafah "berasaskan risiko" kawal selia bank itu dan ia adalah penting, terutamanya memandangkan operasi bank digital di Malaysia akan direalisasikan tidak lama lagi.
Mengenai lima langkah utama yang diperkenalkan tahun lepas untuk institusi kewangan mengukuhkan tindak balas penipuan, Abdul Rasheed berkata semua bank utama telah melaksanakannya, termasuk mengehadkan aplikasi pengesahan kepada satu peranti dan memperkenalkan "kill switch" untuk pelanggan.
"Usaha-usaha ini telah membuahkan hasil apabila kami mendapati transaksi perbankan dalam talian tanpa kebenaran yang dilaporkan kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) mengalami pengurangan sebanyak 58 peratus dalam tempoh lima bulan lepas," katanya.
Sejak dilancarkan pada Oktober 2022, NSRC telah menerima lebih 19,000 laporan mengenai kes-kes penipuan, yang telah menyebabkan lebih RM60 juta dibekukan dan mengenal pasti 43,000 keldai akaun.
Mengenai Portal Fraud Kebangsaan (NFP) yang akan dilancarkan menjelang pertengahan 2024, Abdul Rasheed berkata ia akan memperkemas respons penipuan dalam industri dari hujung ke hujung, daripada pengenalan dan pelaporan awal, kepada pemulihan dana.
"Platform ini akan meningkatkan kecekapan dengan proses yang diautomasikan, membolehkan tindak balas yang lebih pantas untuk membantu mangsa. Kami menjangkakan NFP akan berkembang dengan memasukkan ramalan keldai akaun yang boleh dinilai, analisis lanjutan dan algoritma pengesanan dana," tambahnya.
IFCTF ke-13, bertemakan "Trust Reinvented: Building a Sustainable Culture of Integrity, Transparency and Accountability", dianjurkan bersama oleh Institut Bank-bank Bertauliah Asia (AICB) dan Kumpulan Rangkaian Pegawai-pegawai Pematuhan dengan sokongan BNM, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan.
Semasa acara itu, Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia dan Persatuan Perbankan Islam dan Institusi Kewangan Malaysia melancarkan kempen kesedaran #JanganKenaScam yang diperbaharui.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 03 2023

Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour berucap pada Persidangan Antarabangsa mengenai Jenayah Kewangan dan Pembiayaan Keganasan (IFCTF) ke-13 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama

PRK DUN Ayer Kuning: BN Tapah guna pendekatan berbeza santuni pengundi
Barisan Nasional (BN) Tapah akan menggunakan pendekatan berbeza dalam menyantuni pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.

Syukuri nikmat kesihatan, jadikan Ramadan ubah gaya hidup lebih sihat - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah masyarakat perlu mensyukuri nikmat kesihatan dan menjadikan Ramadan sebagai bulan untuk berubah kepada gaya hidup lebih sihat.

Usaha bantu golongan memerlukan sentiasa jadi keutamaan kerajaan - Noraini
Usaha membantu golongan memerlukan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan dengan pelbagai inisiatif telah tersedia.

Mesin pengimbas bagasi akan ditambah baik di KLIA
Mesin pengimbas bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan ditambah baik bagi memerangi penyeludupan haiwan eksotik dan terancam.

MATRADE lancar Perdagangan Digital MADANI
MATRADE dengan kerjasama Nazsoft Tech Sdn Bhd, melancarkan MDT, sebuah platform bersepadu maya yang direka untuk mengukuhkan akses pengeksport Malaysia ke pasaran antarabangsa.

Kiosk Sentuhan MADANI disasar diperluas ke 30 lokasi seluruh negara
Inisiatif Kiosk Sentuhan MADANI disasar untuk diperluaskan ke 30 lokasi di seluruh negara dalam tempoh 36 bulan.

Lebih 70,000 ekor lembu diseludup di negeri bersempadan Malaysia-Thailand
Aktiviti penyeludupan itu dikesan berlaku di negeri Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak sekali gus memberi kesan kepada penternak tempatan.

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.

Inflasi Malaysia pada Jun terkawal, kekal 2% pada bulan pertama rasionalisasi subsidi
Inflasi Malaysia kekal 2.0 peratus pada Jun 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.0 berbanding 130.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Niaga hadapan FBM KLCI dijangka terus catat momentum meningkat minggu depan
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengekalkan trajektori meningkat minggu depan.

Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar kepada RM5.1 bilion pada Januari
Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar pada Januari, apabila warga asing menjual bersih sekuriti hutang bernilai RM5.1 bilion.

Elak birokrasi, tumpu usaha tarik pelabur asing - Tengku Zafrul
Semua kementerian perlu memberi tumpuan terhadap usaha menarik pelaburan dari luar negara dengan mengurangkan birokrasi.

Inflasi Malaysia 2.4 peratus pada Jun, terendah bagi separuh pertama 2023
Inflasi Malaysia pada Jun 2023 mereda kepada 2.4 peratus, angka terendah bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Bursa Malaysia dibuka rendah susulan sentimen berhati-hati
Bursa Malaysia memulakan dagangan Isnin dengan lebih rendah berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.

Ringgit susut berikutan pengukuhan dolar AS
Ringgit meneruskan penurunannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal Isnin.

Elon Musk minta jumpa PM Anwar minggu depan
Bilionair Elon Musk menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu depan berhubung penambahan pelaburan di Malaysia.

Anwar umum duti setem dikurang kepada 0.10 peratus, tingkat daya saing pasaran saham
Kerajaan mengumumkan kadar duti setem bagi saham yang didagangkan di Sekuriti Bursa Malaysia dikurangkan daripada 0.15 peratus kepada 0.10 peratus daripada nilai kontrak.

AmInvestment semak turun unjuran pendapatan Malaysia Airports bagi FY23-FY24
Bagaimanapun, keuntungan bersih FY25 dikekalkan dengan menjangkakan peningkatan yang mampan dalam trafik penumpang MAHB.